Tuesday, October 5, 2021

NASI GORENG DAGING

  

    Setiap kali singgah jamu selera di Restoran Sakura Kristal yang sepelaung dari rumah Kjee, Sizzling Black Pepper Beef Fried Rice menjadi pilihan Kjee. Ada macam-macam food lain dalam menu. Tetapi tetap order yang sama! 
      Actually Nasi Goreng biasa-biasa aje. cuma restoran tu jual letak nasi tu dalam hot plate. Nasi goreng daging seketul-seketul. Apabila Kjee google resipi, rupa-rupanya agak renyah preparation nya. 
      Hari ini Kjee buat sebab teringin. Nak pergi Sakura tak larat. Maklumlah dah seminggu Kjee the tak sihat. Terbaring aje. UnclePali pula sibuk buat artwork buku. So Kjee gerak pelan-pelan ke dapur. 

       First thing first kena dadu daging.  Kena guna daging batang pinang atau apa jua bahagian yang lembut. Sebab dimasak daging secara stir fry. 
      Selepas didadu (lebih kurang 300gms), letak satu sudu kecil minyak bijan, setengah sudu kecil baking soda, satu sudu makan kicap hitam (kicap karamel), satu sudu makan kicap cair, satu sudu makan tepung jagung, satu sudu makan lada hitam kisar dan dua sudu air. Gaul rata. Kemudian diperap lebih kurang 30 minit dalam peti ais. 
       Nasi yang digunakan dikatakan elok  nasi sejuk (istilah arwah mak untuk dimasak semalaman). Kononnya nasi tidak bergumpal ketika digoreng. Tetapi Kjee tak suka. Lebih suka nasi itu dimasak tiga empat jam sebelum itu. Kemudian disejukkan dan dileraikan. Nak bagi nasi tidak bergumpal atau melekat, basahkan tangan ketika meleraikan. Jangan ramas. Cukuplah sekadar ia tidak bergumpal. 

      Bahan-bahan lain yang Kjee gunakan ialah mixed vegetables. Kjee cerewet beli mix vege. Kjee beli yang yang premium quality. Mahal sedikit tetapi sayur-sayuran yang digunakan especially frozen peas, tidak keras. Another alternatif guna carrot atau brokoli atau kacang buncis yang dipotong-potong. 
      Dadu kecik-kecik satu biji bawang besar dan empat ulas bawang putih. 
      Kemudian sediakan sos yang hendak dituang kepada nasi. Sediakan satu mangkuk kecil. Campur satu sudu makan kicap manis, satu sudu kecil minyak bijan,  satu sudu makan air dan sedikit msg, kalau guna. Gaul bersama dua sudu makan air. Sos ini akan dituang kepada nasi ketika ia sedang digoreng. 
      Pukul manja dua biji telor. Letak secubit garam. Panaskan kuali. Letak sedikit minyak. Goreng telor ala2 Scrambled eggs. Tetapi jangan terlalu masak. Tepikan. 

      Daging dah siap tempoh perap. Tambah lebih kurang dua sudu makan minyak ke dalam kuali tadi. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah didadu. Dah elok garing sedikit, masukkan daging. Balik-balikkan sehingga daging masak. Tak perlu garing. Keluarkan. 
       Kemudian tambah lagi dua sudu minyak kepada kuali tadi. Dah panas, masukkan mixed vege dan nasi. Goreng seketika dan curah sos. Terus goreng. Kemudian masukkan Scrambled eggs tadi. tadi. 
      Apabila sudah bercampur, masukkan pula daging goreng. Goreng lebih kurang 5 minit. Rasa. Kalau sudah cukup rasa, terus hidang. 
      Kalau mahu nasi goreng itu pedas sedikit, ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Selain itu, cili padi juga boleh dihiris-hiris dan diletak kicap cair. Makan bersama nasi goreng. 

      
    

0 comments:

Post a Comment