Wednesday, December 8, 2021

BISKUT ARAB SUSU


      Pening jugak nak bagi nama biskut minyak sapi yang ramai kata Biskut Arab. Oleh kerana Kjee letak susu tepung maka nak namakan dia Biskut Susu Arab! Opppsss susu Arab? 🤔
      So Kjee hantam sajalah letak Biskut Arab Susu. Korang kalau nak buat nanti letak ajelah apa yang korang suka ya. 😁
      Memang perangai Kjee dari muda dulu kalau teringin nak makan biskut Raya, terus buat. Tak payah tunggu musim Raya. Peliknya time Raya tak pulak buat biskut. 😂


      Pagi ini Kjee buat biskut ini sebab UnclePali kata dah lama tak makan. Maknanya suruh buat ler tu. Okaylah kita tunaikan aje permintaan dia sebab sekarang dia tengah tak sihat. Masa kita sakit dia layan kita bagai Permaisuri. So pepaham aje lah.
      Mujur lah senang sangat nak buat berbanding tat nanas kelmarin. Kemain lagi dia tunjuk balang tat nanas yang dah kosong. 😁
     Biskut Arab Susu ni dah beberapa kali Kjee buat. Adik angkat Kjee, arwah Syed Roslan yang bagi tiga ke empat tahun lalu. Dia suruh Kjee terai buat. Tetapi Kjee adjust letak kurang tepung dan lebih susu tepung atas saranan UnclePali. Sedap lah!

      Bahan2 yang Kjee adjust adalah : 5 cawan tepung gandum, 3 cawan susu tepung dan minyak sapi. Pepandailah korang adjust minyak sapi untuk jadikan dohnya agak lembut dan senang dibulatkan. Rasa-rasanya Kjee guna dalam 350gms.
      Setelah dibulat-bulatkan, Kjee tekan2 sikit supaya leper, susun atas loyang alluminium yang telah dilapik parchment paper atau kertas minyak. Tak payah disapu minyak atas kertas ya. 



      Kemudian dibakar dalam oven. Suhu oven Kjee 160 darjah Celcius, atas bawah selama lebih kurang 25 minit. Ikut kepanasan oven korang ya.
     Selepas 15 minit, alihkan loyang atas ke bawah. Bakar lagi 10 minit. Masa ini korang cuba check sebiji dulu. Tengok bahagian bawah dia dah garing ke belum. Panas sangat tau so hati2. Kalau belum cukup keperang-perangan, adjustlah suhu. Boleh letak 180 darjah Celcius. 
      Kalau korang biasa buat biskut Arab tentu korang tahu kejadian biskut yang sudah masak agak pucat. Maklumlah hanya guna tepung, susu tepung dan minyak sapi. Tapi kalau montot biskut dah brown, okaylah tu. 

      Sejukkan loyang atas redai. Kemudian diayak gula ising. Penting ditaburkan gula ising sebab biskut ini langsung tidak diletak gula. Rasanya kalau tak ada gula ising, gula caster pun okay kot. 
      Sebelum diayak gula ising, boleh susun dulu dalam paper cups. Kemudian baru 'dibedakkan'. 
      Selamat mencuba. 





0 comments:

Post a Comment