Sunday, December 5, 2021

TAT NANAS


      Lama dah tak buat Tat Nanas. Sejak akhir2 ini asyik beli aje. Tetapi kerana teringin sangat last week, kita pun dapat restu dari UnclePali. Kalau dia tak bagi buat, kena ikut kata cos dia aje yang tahu bini dia sihat ke tidak.
      Even though tak lah berapa sihat tetapi bukan kerja menyangkul atau kait buah kelapa sawit kan! Mentang2 keluarga UP  orang Felda sawit. 😄

      So kita pun mula proses inti atau jem nanas sehari sebelum. Kjee guna tiga biji aje nanas yang kecik. So dapatlah dalam 40 biji tarts. Cara Kjee buat jemnya, nanas tu dibuang kulit dan disagat. Kjee masukkan dalam Food Processor. 
      Kemudian jerang. Jangan letak gula dulu. Tunggu sampai nak dekat kering baru letak. Nanti susah nak kering. Banyak mana gula ikut suka. 
     Dah sejuk jem, digentel. Dan disimpan dalam fridge sehingga nak guna tadi. 

      Untuk dohnya Kjee ikut resipi yang Kjee terjah dalam internet. Bahan2 mudah aje. 350 gms tepung gandum, dua sudu besar gula ising, 4 sudu besar tepung jagung,  225 grams butter dan 2 kuning telor. 
      Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam. Kalau guna salted butter tak perlu letak garam. Letak butter terlebih dahulu pada suhu bilik. 
      Selepas diayak ke dalam bekas atau mangkuk kaca, campurkan telor, butter dan gula ising bersama bahan yang diayak tadi. Ramas manja2 sehingga menjadi doh. Jika terlalu keras, tambah sedikit butter lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. 

      Bulat2kan doh, leperkan dan letak jem. Tutup molek2 hingga bercantum jadi rupa ala2 beluncas. Kjee punya sebesar ibu jari king kong kjee. 😁
      Lenkali buat, boleh dibentuk comel2 sikit. Baru first try kain. Through trial and error. 
      Susun atas loyang pembakar. Kemudian ditoreh-toreh permukaan guna pisau. Pastu diberus kuning telor yang telah dicampur sedikit butter. Suhu ikut oven memasing. Kjee letak 150 darjah Celcius pada rak atas bawah selama 18 minit. 

      Dah cantik keperang-perangan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kuih tertutup. 
      Alhamdulillah elok kejadiannya. Melt in the mouth gitu. 
      Selamat mencuba. 


0 comments:

Post a Comment