DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, December 31, 2021

2022 - MOGA KITA SELAMAT


      Ini foto terbaru Kjee. Dirakam pada Selasa 28 Disember 2021. Nampak kurus ke? Taklah bukan kurus tapi dah kecut. 🤭
At 66 okaylah kan! Well I pun pernah lalui zaman muda yang kebahboom. 😂
      Hari ini hari terakhir 2021. Banyak kenangan yang cukup memilukan terutama sekali di hujung-hujung tahun, lebih tepat bulan dua belas. 
     Negara dilanda Tsunami kecil. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai Tsunami tetapi melihat kepada musibah yang melanda, itulah yang dikatakan ramai orang.
      Nauzubillah jika Tsunami sebenar berlaku seperti di Aceh dulu. Kjee tak nak fikirkannya. Seram sangat. Moga Allah swt lindungi kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 
      Seperti kebiasaannya apabila tiba penghujung tahun, semua pasti teruja untuk sambut ketibaan tahun baru. Tetapi Kjee yakin sambutan kali ini tidak sama. Musibah banjir yang dikatakan akan berlarutan hingga awal tahun depan, merunsingkan. 
      Mujur Kerajaan membatalkan semua majlis menyambut Tahun Baru. Tiada percikan bunga api di tengah-tengah ibu kota atau  berkumpul depan Jam Besar di Jalan Sultan Abdul Samad, untuk final countdown, jam 12 malam. 
      Sebaliknya setiap orang tanpa mengira bangsa dan Agama disaran buat majlis doa selamat. Mohon agar negara kita selamat dari sebarang malapetaka dan bahaya. 
🤲🤲🤲
      So harap-harap esok tiada yang ucap Selamat Tahun Baharu. Kita mohonlah agar KITA SELAMAT DI TAHUN BAHARU. 
      AAMIIN YA RABBAL ALAMIN. 

Saturday, December 18, 2021

CHEONG FUN IMBAU MASA LALU

    

    Dah banyak hari plan nak buat tetapi tiap kali ada aje halangan. So malam tadi sebelum tidur, Kjee susun elok2 strategi. 
      Pagi breakfast Kjee kukus pau red bean dan kelapa. Ada 6 biji. So tiga sorang. Hanya untuk alas perut.
      Lebih kurang kul 11am, Kjee buat Chee Cheong Fun. Buat dua pieces sorang jer. Alas perut sebelum lunch. Kemudian kul 4 petang,  UnclePali kata nak makan nasi kandaq kat restoran Yasin. Kira early dinner lah.
      Happy UP. Maklumlah minggu lepas dia nak makan Nasi Kandar Yasin tapi queue punya lah panjang. Kjee kata tak payahlah. Kjee tahu UP kecik hati apabila Kjee suruh dia patah balik. 


      Kjee buat CCF letak udang dan kucai hiris halus baki semalam. Tamak letak udang banyak maka susah nak gulung. 😬
     Resipi penuh klik SINI. 
      Satu pertiga (one third cup) bersamaan dengan 43 grams kalau tak ada measuring cup. 


      Kejadian arini tak molek. Maklumlah tiga empat tahun sekali baru buat. 😁


       Ala UnclePali pujuk kata asal ada persamaan rasa dan boleh makan. Sweet kan asben kita. 
       Sambal udang kering kita beli jer kat Hero Market. 




Friday, December 17, 2021

MY COMFORT FOOD PFKT


      Inilah favorite food Kjee. My beloved husband sanggup tolong gorengkan tadi walaupun dia baru sihat sikit.
      "Tepi tepi. Pi duduk jauh-jauh. Biar I masak. You masak tak sedap!" Hehehe tersenyum simpul Kjee. Dia tak sedar Kjee yang ajar dia masak PFKT ini dulu.
       Tapi dia memang tererlah masak PFKT ni. Cukup rasa. Sedap jugak mata memandang. Tetapi dalam pada itu rupa2nya dia kecut sebaik sahaja Kjee amik suapan pertama.
       "Okay ke?" Kjee pura2 buat muka serius. Ternyata kecut perut dia. Apabila Kjee tunjuk dua ibu jari baru dia senyum. Kalau tak sedap, takkan jadi cam foto bawah ni. 👇


      Oklah Kjee dah kekenyangan macam ular sawa. Resipi penuh dan cara goreng step by step, klik SINI. 

Saturday, December 11, 2021

APPLE TART JEM NANAS



      Yezza arini Kjee buat tat nanas lagi. Apabila UnclePali yang tak sihat sangat kata aritu makan tak puas, semalam Kjee buat lagi jem nanas. 
      Eh why Apple Tarts jem Nanas? Hehehe bentuk dia macam apple. So that's why Kjee kata Apple Tarts. Nak makan cabut buang dulu cengkih tu. 
      Rupa2nya orang Singapura pun panggil ini Apple Tart kata my fren Ana Abdul Rahman. 

      Actually, resipi sama jer macam Tart Nanas yang Kjee post sini a few days ago. Klik SINI. Cuma bentuk bagi bulat2 dan sapu egg wash. Kemudian baru cucuk cengkih. Then bakar. 
      Dulu2 Kjee pernah amik order Apple Tarts ni. Laku keras tapi sekarang dah tak larat nak jual. Resipi ada so korang buat ler sendiri ya. 


Wednesday, December 8, 2021

BISKUT ARAB SUSU


      Pening jugak nak bagi nama biskut minyak sapi yang ramai kata Biskut Arab. Oleh kerana Kjee letak susu tepung maka nak namakan dia Biskut Susu Arab! Opppsss susu Arab? 🤔
      So Kjee hantam sajalah letak Biskut Arab Susu. Korang kalau nak buat nanti letak ajelah apa yang korang suka ya. 😁
      Memang perangai Kjee dari muda dulu kalau teringin nak makan biskut Raya, terus buat. Tak payah tunggu musim Raya. Peliknya time Raya tak pulak buat biskut. 😂


      Pagi ini Kjee buat biskut ini sebab UnclePali kata dah lama tak makan. Maknanya suruh buat ler tu. Okaylah kita tunaikan aje permintaan dia sebab sekarang dia tengah tak sihat. Masa kita sakit dia layan kita bagai Permaisuri. So pepaham aje lah.
      Mujur lah senang sangat nak buat berbanding tat nanas kelmarin. Kemain lagi dia tunjuk balang tat nanas yang dah kosong. 😁
     Biskut Arab Susu ni dah beberapa kali Kjee buat. Adik angkat Kjee, arwah Syed Roslan yang bagi tiga ke empat tahun lalu. Dia suruh Kjee terai buat. Tetapi Kjee adjust letak kurang tepung dan lebih susu tepung atas saranan UnclePali. Sedap lah!

      Bahan2 yang Kjee adjust adalah : 5 cawan tepung gandum, 3 cawan susu tepung dan minyak sapi. Pepandailah korang adjust minyak sapi untuk jadikan dohnya agak lembut dan senang dibulatkan. Rasa-rasanya Kjee guna dalam 350gms.
      Setelah dibulat-bulatkan, Kjee tekan2 sikit supaya leper, susun atas loyang alluminium yang telah dilapik parchment paper atau kertas minyak. Tak payah disapu minyak atas kertas ya. 



      Kemudian dibakar dalam oven. Suhu oven Kjee 160 darjah Celcius, atas bawah selama lebih kurang 25 minit. Ikut kepanasan oven korang ya.
     Selepas 15 minit, alihkan loyang atas ke bawah. Bakar lagi 10 minit. Masa ini korang cuba check sebiji dulu. Tengok bahagian bawah dia dah garing ke belum. Panas sangat tau so hati2. Kalau belum cukup keperang-perangan, adjustlah suhu. Boleh letak 180 darjah Celcius. 
      Kalau korang biasa buat biskut Arab tentu korang tahu kejadian biskut yang sudah masak agak pucat. Maklumlah hanya guna tepung, susu tepung dan minyak sapi. Tapi kalau montot biskut dah brown, okaylah tu. 

      Sejukkan loyang atas redai. Kemudian diayak gula ising. Penting ditaburkan gula ising sebab biskut ini langsung tidak diletak gula. Rasanya kalau tak ada gula ising, gula caster pun okay kot. 
      Sebelum diayak gula ising, boleh susun dulu dalam paper cups. Kemudian baru 'dibedakkan'. 
      Selamat mencuba. 





Sunday, December 5, 2021

TAT NANAS


      Lama dah tak buat Tat Nanas. Sejak akhir2 ini asyik beli aje. Tetapi kerana teringin sangat last week, kita pun dapat restu dari UnclePali. Kalau dia tak bagi buat, kena ikut kata cos dia aje yang tahu bini dia sihat ke tidak.
      Even though tak lah berapa sihat tetapi bukan kerja menyangkul atau kait buah kelapa sawit kan! Mentang2 keluarga UP  orang Felda sawit. 😄

      So kita pun mula proses inti atau jem nanas sehari sebelum. Kjee guna tiga biji aje nanas yang kecik. So dapatlah dalam 40 biji tarts. Cara Kjee buat jemnya, nanas tu dibuang kulit dan disagat. Kjee masukkan dalam Food Processor. 
      Kemudian jerang. Jangan letak gula dulu. Tunggu sampai nak dekat kering baru letak. Nanti susah nak kering. Banyak mana gula ikut suka. 
     Dah sejuk jem, digentel. Dan disimpan dalam fridge sehingga nak guna tadi. 

      Untuk dohnya Kjee ikut resipi yang Kjee terjah dalam internet. Bahan2 mudah aje. 350 gms tepung gandum, dua sudu besar gula ising, 4 sudu besar tepung jagung,  225 grams butter dan 2 kuning telor. 
      Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam. Kalau guna salted butter tak perlu letak garam. Letak butter terlebih dahulu pada suhu bilik. 
      Selepas diayak ke dalam bekas atau mangkuk kaca, campurkan telor, butter dan gula ising bersama bahan yang diayak tadi. Ramas manja2 sehingga menjadi doh. Jika terlalu keras, tambah sedikit butter lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. 

      Bulat2kan doh, leperkan dan letak jem. Tutup molek2 hingga bercantum jadi rupa ala2 beluncas. Kjee punya sebesar ibu jari king kong kjee. 😁
      Lenkali buat, boleh dibentuk comel2 sikit. Baru first try kain. Through trial and error. 
      Susun atas loyang pembakar. Kemudian ditoreh-toreh permukaan guna pisau. Pastu diberus kuning telor yang telah dicampur sedikit butter. Suhu ikut oven memasing. Kjee letak 150 darjah Celcius pada rak atas bawah selama 18 minit. 

      Dah cantik keperang-perangan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kuih tertutup. 
      Alhamdulillah elok kejadiannya. Melt in the mouth gitu. 
      Selamat mencuba. 


Monday, November 22, 2021

MY CATS AND I


     Minggu lepas Kjee pergi klinik Dr Amin di Melawati. Gatal2 di muka. Telan ubat resdung tak ada kesan. Malah dah mula naik gatal2 di bibir.
     Dr Amin tengok. Hmmm. Apa yang Dr Amin kata buat jantung Kjee hampir gugur! Ohhh tidak!!!
    


     
       "Akak ada bela kucing?! Elergik tu!! Tak elok tau bela kucing! Hama dia, kutu, najisnya bawa macam2 penyakit!"
      Kjee jeling UnclePali yang duduk di sisi. Fikiran kami bercelaru. Ada 10 anak di rumah. Mana aku nak letak dia orang?!! 
Dr Amin geleng kepala dengar Oscar, Chacha dan kekadang Rizkee tidur dengan kami dalam bilik. "Abis tu najis dia??!!! Kalau berak merata-rata dalam rumah tak elok untuk kesihatan." 
      Kjee beritahu anak2 kami tak berak merata. Satu tandas dalam rumah kecil kami, khas untuk mereka. Ada dua kotak pasir. Sebaik bawa masuk kucing baru, kami kurung mereka seketika dalam tandas supaya dia tahu itu tandas mereka! So tak adalah melepas merata-rata!! Dr Amin diam. 

      Balik rumah, Kjee sedih sangat apabila anak2 serbu sebaik grill dibuka. Seakan faham perasaan Kjee. Okaylah Mama tak relocate korang. Tak buang korang. Tapi Mama akan elak dari mencium, gomol korang! 
      Dua minggu berlalu. Sedih tak dapat peluk Rayn atau Rizkee yang manja sangat. Apakah itu menyebabkan gatal sudah berkurangan? Atau ubat2 yang diberi Dr Amin? Wallahualam. 


      Dan a few days ago, Allah swt duga Kjee. Hantar seorang anak kucing yang kecik sikit daripada Rayn. Usia dalam 4 bulan. Mengiau-ngiau di belakang rumah. Apakah Kjee serik nak amik anak baru? Hmmm tak lah kot. Rezeki Allah dihantar dalam pelbagai bentuk. 
      So Max jadi anak kami yang ke-11! Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk kami suami isteri. Insya Allah kami akan bela Max dan 10 anak yang lain dengan penuh kasih sayang. 

      Perbelanjaan buat mereka bukan sikit. Dry food, wet food dan pasir lebih kurang rm400++ sebulan. Belum termasuk duit Vet kalau mereka sakit. 
      Walaupun Kjee penggangur dan UnclePali hanya kerja freelance, Alhamdulillah kucing kami tak pernah kebuluran. Ada aje sahabat2 yang seringkali hulur bantuan buat anak2 kami. Moga Allah swt murahkan rezeki awak dan keluarga awak semua. Aamiin. 
      
      

Sunday, November 14, 2021

KJEE NI WARTAWAN KE PELAKON?

      
      Kisah terjadi minggu lepas. Kjee tengah sarapan dengan UnclePali di sebuah restoran. Tetiba terdengar jeritan.. "Mona!!!" Kjee segera berpaling. Tak kenal siapa!
      Kalau tak kenal kenapa Kjee berpaling? Apa kena mengena Mona dengan Kjee? Hehehe panjang cerita tapi dipendekkan, ramai orang ketika zaman Kjee muda2 dulu lebih suka panggil kita Mona. Kjee malu masa itu.
     Kenapa Mona? Hah mak atau ayah korang semua pasti boleh beri jawapan. Itulah watak Kjee dalam drama Santan Berlada. Kisah gadis bernama Monaliza yang 'kurang seposen!'
     Sebenar Kjee sepatutnya muncul sebagai artis jemputan dalam satu episod Santan Berlada masa itu. Tetapi ketika rakaman di Studio Sound Stage Filem Negara, penulis skripnya ada sama. S.A.Takiyuddin kalau tak silap. Beliau ketawa lihat Kjee bawa watak itu. Justru dia tanya mahu tidak menjadi barisan pelakon tetap.
      Hati berbelah bagi. Kjee masa itu wartawan di NST. Adoiiii tapi minat sangat2 nak berlakon. Akhirnya.... Kjee curi2 berlakon. Tapi masa rehat, interviu artis2 untuk dimasukkan dalam paper. So tak kira ponteng lah kan., 🤭
       Antara pelakon Santan Berlada ketika itu. Fauziah Nawi, Accapan, Jantan Osman, Khairul Azhar. 👇

      Maka tiap episod Kjee berlakon lah. Oleh kerana watak kurang seposen, Mona dimekapkan oleh mendiang mekap artis Rama Lingham, dengan mekap tebal. Pipi merah menyala bagai.
      Kjee sanggup pakai kasut sebelah warna lain, subang juga sebelah lain, rambut kejap gerbang. Hehehe kelakar betul. Semata-mata nak hidupkan watak Monaliza yang senget 
      Dan kerana keberkesanan watak Mona, orang mula panggil Kjee nama itu. Sehingga hari ini, penonton zaman itu panggil kita Mona.
      Kjee sangat dikenali masa drama Santan Berlada. Actually watak Mona itu bercinta dengan Abg Ghani (lupa nama sebenar) tapi buat album Mona digandingkan dengan Os.
      Tetapi sekarang orang hanya ingat Kjee dalam drama Rumah Kedai. Kjee berlakon satu musim aje Rumah Kedai gantikan Rosnah Mad Aris, yang tarik diri.


      Setakat ini dah dekat 100 drama Kjee berlakon sejak RTM zaman hitam putih. Drama pertama 'Angin Bila Menderu' slot Panggung RTM arahan Abdullah Zainol. Baru-baru ini diulang tayang di TV9. Che Mat Gebu capture foto Kjee dalam drama itu minggu lepas. 👇

    
      Kjee dah berlakon lebih 100 drama setakat ini. Paling banyak drama bersiri. Filem ada lah sikit. 
     So Kjee ni Pelakon atau Wartawan? Hmmm satu kaki dalam industri drama dan satu kaki lagi dalam bidang kewartawanan. Itu aje yang kjee boleh kata. Tapi dua-dua Kjee suka. Masa jadi wartawan, Kjee menulis bidang hiburan.
      Malangya tak banyak foto untuk dijadikan kenangan. Yang bawah ni jer. 👇



Wednesday, November 3, 2021

RUMPUT HELIKOPTER

    

  Kjee dan UnclePali (UP), sehati sejiwa when it comes to cats. Sejak berkahwin dengan dia, dah berpuluh ekor kucing kami bela. Semua kucing tanpa tuan atau strays.
      UnclePali bukan sahaja sayang kucing tetapi semua haiwan peliharaan. Anjing jiran depan rumah juga sayang dia. Sebab UP cukup ambil berat kebajikan mereka. Kalau Tuan mereka outstation, UP pasti sediakan makan minum anjing2 tersebut.


      Ini Blackie ☝️. 
Bukan nama sebenar. Baru sekarang tahu nama sebenarnya Ruby. Oh betina! Patutlah tengok aje UP dia berlari datang. Kalau lapar ginilah cara dia niarap depan gate kami. 😁
      Entri ini bukan pasal anjing tetapi pasal Rumput Helikopter yang viral kerana air rebusannya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kucing seperti Parvo, batuk, selsema dan lain-lain. Wallahualam. 
      Walaupun ramai yang beritahu elok, Kjee tak pernah teruja mencuba sehingga Rizkee mula kena batuk dan selsema. Dijangkiti dari Snow White yang memang dah batuk2 sejak Kjee bawak masuk rumah. Kini Snow White dah tak ada. Rindunya Snow White. 😭

     Kjee panik makin hari makin teruk Rizkee batuk. Sangat takut kehilangan dia. So bawak dia ke Vet. Dua kali. Namun tetap batuk2. Tiap kali dia batuk, rasa nak gugur jantung Kjee. Selalu Kjee usap kepala dia dan mintak dia jangan tinggalkan Kjee dan UP. 😢
      Apabila musim PKP dan banyak Vet tutup, Kjee hilang punca. So Kjee beritahu UP supaya cuba beri air rumput helicopter. Banyak tumbuh melata di laman depan dan belakang rumah. Patutlah tiap kali BoBo lepas keluar, dia akan gigit2 rumput. Rumput Helikopter rupa2nya.
      Memang nasib kami baik. Rumput Helikopter yang berbunga putih dan hanya ada 3 daun, memang ada banyak. Menepati apa yang orang kata elok direbus dan airnya diberi kepada kucing. Pastikan bunga putih dan daunnya 3 helai. Ada yang bunga hijau, daun banyak helai. Itu is a No No!! 

      Kjee suruh UP hati2 cabut sebab nakkan sekali akarnya. Tetapi UP kata susah nak cabut bersama akar kerana halus sangat rumput tu. Okaylah. 
      Dapat secekak, Kjee rebus guna 3 mug air. Harus dimasak sehingga menjadi satu mug sahaja. Warnanya berubah jadi kaler air teh. 
      Dah sejuk, UP guna syringe (picagari). Dia beri Rizkee 10ml sekali sehari.
      Keadaan Rizkee tidak berubah. Seminggu, dua minggu, tiga minggu... Kjee hampir2 give up tetapi UP tetap sabar beri Rizkee minum. Oh ya baki air rebusan tu, dia simpan dalam esbok.


      Minggu keempat Kjee perasan batuk Rizkee sudah tidak sekerap mula2 dulu. Dan minggu kelima, Rizkee dah tak batuk lagi. Alhamdulillah. Syukurnya Kjee dan UP.
      Sekarang dah masuk minggu keenam. Selain batuk dah tak ada, ada kesan sampingan rasanya. Rizkee mula kuat makan. Kjee masuk aje dapur, dia bising nak makan. 
      Masa dia batuk2 dan selsema dulu, langsung tak lalu makan. Badan dia mula susut. Tetapi sekarang bukan main kuat makan. 
      Ikhtiarlah cari Rumput Helikopter kalau kucing korang sakit. Memang susah sikit nak cari. Tapi demi kucing kesayangan... 
      Kjee akan sentiasa sediakan air rebusan Rumput Helikopter ini dan simpan dalam esbok.