DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, December 30, 2022

AYAM MASAK MERAH MUDAH


       Tekak Kjee memang cerewet. Bagi Kjee, Ayam Masak Merah mesti terasa pedas dan masam serta manis. Opkos juga mesti warna merah 🤭. 
        Aritu UP beli Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dekat2 kawasan kami. Nasi dia pada Kjee, lulus aje. Maklumlah Kjee suka makan Nasi Tomato beras Basmathi. Dan cara Kjee buat super special sebab letak sup tomato dalam tin. Klik SINI.
        Tetapi my other half tak suka. Dia suka Nasi Tomato beras biasa. Sukati lah kan. Malangnya Ayam Masak Merah yang dibeli itu tidak menepati citarasa. Cempleng kata orang Jawa.

        So tadi Kjee masak sendiri Ayam Masak Merah. Makan dengan nasi putih aje sebab tak larat. Tetapi kita puji sendirilah hasilnya walaupun tiada cili kisar. 
        Otak Kjee pantas fikir guna sedikit ibu sambal aje. Mana tahu sedap kan! Tetapi memang tidak mengecewakan. Tiada rotan akar pun berguna.
        Ayam ada 3 potong aje. Kjee kasi kunyit garam dan goreng separuh masak. Pastu hiris bulat2 sebiji bawang besar. Hiris satu inci halia. Tumis. 
        Dah layu letak separuh cawan air asam Jawa. Didihkan dan letak dua sudu ibu sambal tumis. Didihkan kemudian letak dua sudu makan sos cili dan sos tomato. Kemudian masukkan ayam, secubit gula juga garam.
       Siap! Sangat cepat masaknya dan menepati seleraku. Cubalah Ayam Masak Merah mudah ini. 

Friday, December 23, 2022

CHEESE CORNBEEF BERGEDIL


      Salam semua. Lamanya Kjee tak singgah sini. Kejap tak sihat, kejap malas. Gitu lah sebabnya. 😅
      Actually, sejak dua menjak ni, Kjee tak berapa sihat. So jarang2 Kjee ke dapur. Sekiranya UP tak masak, dia beli aje dari kedai makan atau gerai2 yang berdekatan rumah kami. 
      Beberapa hari lalu UP bakar roti dan letak sekeping CornBeef. Oh ada rupanya stok dalam peti ais. Pastu tetiba muncul idea nak buat Bergedil Sumbat CornBeef dan cheese.
       Tak ada niat pun nak masukkan resipi ini ke dalam blog. Tetapi Kjee lakukannya sebab ada yang tanya, sama ada resipi sudah masuk dalam blog. 
        Ini kali pertama Kjee buat Bergedil Sumbat camni. Yang sumbat dalam taupok adalah. 

        Bahan2nya kentang, cornbeef, cheese ( Ceddar Slice) dan telor. Bahan2 Kjee buat main campak2 aje. Kentang ada 5 biji. 
        Kjee buang kulit, potong ala2 wedges dan goreng. Lepas itu tumbuk. Dah lumat, letak sedikit lada hitam. Kjee guna Ajishio Blackpepper. Pukul telor sebiji letak sedikit garam kalau tak guna Ajishio Pepper dan gaul sehingga mesra.
       Hiris CornBeef sebesar satu lorek jari kelinking. Sebenar, agak2 jer lah boleh buat satu Bergedil yang sederhana besar. Pastikan nanti kentang tadi dapat menutup keseluruhan cornbeef.
       Kjee letak satu potong cheese slice. Satu slice dibahagi tiga.


       Amik kentang tumbuk tadi dan bulatkan sebesar bola tennis. Bulatkan kemudian dileperkan. Letak satu potong cheese dengan diikuti cornbeef. Selepas itu dibalut sehingga menutupi dua bahan tadi.
        Setelah siap semua (5 biji kentang dapat 6 biji Bergedil), panaskan minyak dalam kuali. Pukul sebiji telor dan letak sedikit garam. Jangan banyak sangat kerana kentang dah letak sedikit garam dalam telor. Cornbeef pun agak masin.

       Goreng dalam minyak sederhana panas. Tunggu sampai agak keperang-perangan baru diterbalikkan. Terlalu pantas diterbalikkan nanti Bergedil berderai.
       Tos atas tisu dapur utk serap minyak. Hidang dengan kicap cili padi. Dengan sos cili biasa pun okay. Ikut tekak kita. 
       Kalau buat banyak, boleh digoreng separuh masak dan sejukkan. Simpan dalam peti ais. Digoreng semula apabila hendak makan.
       Kalau tak nak letak CornBeef, boleh dipelbagaikan dengan letak udang atau ayam. Mungkin ayam lebihan yang telah digoreng.
       Corn beef adalah daging yang telah diproses. Didatangkan dalam tin. Boleh dibeli di banyak pasaraya. 

Thursday, October 27, 2022

CARROT CAKE CHEESE TOPPING


       Kjee tak pandai buat kek. Kerana itu lah Kjee jarang-jarang baking. Tetapi jauh di sudut hati tetap berkeinginan untuk mencuba. Ada lah cuba beberapa kali tetapi kalau Kjee senyap aje dan tak post dalam blog, pepaham lah kan. 🤫
       Beberapa hari lepas, UnclePali teringin nak makan Carrot Cake. So dia singgah kat Secret Recipe. Beli dua potong kecik. Mak oiii RM8 sepotong. Kjee hitung2 kalau buat sendiri mungkin modal hanya RM20 untuk sebiji Carrot Cake! 
       You reti buat ke, UP tanya? Eh see the leg lah jawab Kjee. Kan pernah buat sekali dulu. Why tak buat lagi? Kjee diam. Then pelan2 jawab. First time aritu tak sukses sangat. 🤭
       UP kata biar dia buat kali ini. Barang semua dah beli. Oppps pagi tadi, tangan dia luka. Since bahan2 dah keluar fridge Kjee pun buatlah sorang2. 


       Masuk dalam oven. Cek resipi, aikkk bake 20 minit aje? Biar betul!! Lepas 20 minit, permukaan kek masih basah. Tambah 20 minit lagi. Tak puas hati. Isyhhh kena tambah masa lagi kot. Dah 50 minit baru puas hati. 

       Lepas keluar dari oven, Kjee terbalikkan atas redai besi dan sejukkan. Sejukkan betul2 baru boleh sapu cheese topping. 
      Kita tengok bahan2. Kjee siap semua baru start kerja. Panaskan oven dan sediakan loyang 8x8in. Loyang bulat ke, empat segi ke, suka hati lah. Lapik kertas minyak. 

Resipi asal Kathrine Kwa. 
BAHAN2 
200 gms carrot sagat (tepikan) 
50 gms kismis (kjee letak 80gms)
A
150gms minyak jagung 
150 gms gula castor 
3 biji telor gred A 
B
180gms tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
Setengah sudu kecil baking soda 
Setengah sudu kecil serbuk kayu manis 
Secubit garam 
(Satukan dan ayak) 
C
120 gms Butter 
70 gms Cream cheese
40 gms Gula icing
1 sudu kecik Jus lemon
Kacang walnut (optional) 

CARA
Guna whisk atau senduk kayu dan kacau A sehingga sebati. Masukkan kismis. Gaul. Masukkan B dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan carrot. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit ikut kepanasan oven masing2. Keluar dan sejukkan atas redai. 
       Putar butter dengan cream cheese hingga pucat. Masukkan gula icing. Kacau. Masukkan jus lemon. Kacau lagi. 
      Sapu atas kek. Hias dengan kacang walnut yang telah dibakar dalam oven, ikut kreativiti. Kalau tak ada kacang, okay aje. 
       Kjee gandakan bahan2 untuk cheese topping sebab mahu tutup keseluruhan kek. Kjee guna satu tiub 250gms cream cheese, 150gms butter, 80gms gula dan dua sudu kecik jus. Kalau tidak, ikut sahaja resipi asal. 
       Abaikan kejadian cream cheese topping dan taburan kacang. Hasil kerastangan UnclePali. 🤭
       Chill kan sejam dalam fridge baru potong tau. 



       Kjee dan UnclePali suka sangat hasil kejadian. Boleh buat lagi dan lagi. Tak cerewet pembikinannya. 
       Selamat mencuba. 



       















Tuesday, October 25, 2022

WE MADE IT. ALHAMDULILLAH.


       Baru macam semalam dia kata... "You tak risau ke tinggal berdua dengan anak yang masih kecil? Apa kata kalau.. Kita... Kahwin!"
       Of course masa itu Kjee anggap lamaran tu macam kelakar. Baru berkenalan seminggu. Beza usia 13 tahun pulak! Boleh keluarga dia terima? Tetapi sebulan selepas itu, kami dijabkabul. 
       A few days ago Kjee tanya lagi. "Abang ada ke beritahu your family masa itu, yang you nak kahwin dengan I? Mesti berpeluh you dengar jawapan mereka!" 
       "Eh taklah. Mereka okay aje. I yang berpeluh tunggu jawapan you!" 
      Hehehe itu rupa2nya. Anyway, dah 22 tahun. Banyak berperang daripada berkasih-kasihan. Mujur tak ada yang kecundang. Well, almost! 
      Terima kasih Allah hantar jodoh ini buatku. Susah dan senang bersama. Sihat dan sakit juga bersama. Alhamdulillah. Love you Pazeli Ishak hingga ke Jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 












Sunday, October 16, 2022

KAK LONG KAWASAN PUNYA HAL

      Kelakar baca pasal pompuan yang mengaku dia Kak Long kawasan dan warning jangan ada gerai sebelah dia, jual apa dia jual. Kjee ingat kat ceruk mana rupa2nya kat kawasan elit Taman Tun Dr Ismail, TTDI. 
       Dulu pun Kjee niaga juga tapi bukan pacak payung. Niaga ada lesen di foodcourt Taman Melawati.
        Start jer niaga, ada satu dua peniaga (yang niaga 5-6 bulan sebelum Kjee) nyibuk intai apa Kjee jual. 



       Kjee jual lebih 20 makanan dari 7am-4pm. Laksa Johor, Mi Kari, Bubur Lambuk jer sudah sedia. Tak payah masak on the spot. Lain semua kena masuk dapur kenit kami, masak. Gilir2 Kjee, UP dan Nadia.
       Tiada gerai lain jual apa kami jual sebab Kjee tak mau gaduh. Mungkin dia orang dah ada pelanggan tetap. 
       Tetapi satu hari satu makcik ni (yang niaga selang 5 lot gerai), datang dan beritahu kalo Kjee stop niaga, dia nak amik semua menu Kjee. Kenapa tak amik sekarang? Dia kata tak mau gaduh. Pulak.

       Tetiba 6 bulan kemudian Kjee sakit. Nadia sambung masuk University. UP tak menang tangan so kami buat keputusan berhenti niaga. 
       Ali, yang niaga sebelah kata, gerai lain tak ramai pelanggan tapi tak tutup. Kenapa Kjee mesti tutup! Tak apalah. Biarlah kastemer Kjee ke gerai2 lain pulak. 
       Makcik tadi semestinya cukup seronok. Mesti  dia doa siang malam supaya Kjee stop niaga. Malah ada juga yang ke MPAJ, komplen gerai Kjee sapu semua customer. Tak nak kongsi2. Aikkkk.


       Foto 👆 masa Kjee last day niaga. Nasi briani dan segala dome atas meja tu, peniaga yang amik alih tumpang promo apa dia jual. 
        So the moral of my story ni, kalau niaga, pastikan jual makanan yang tak sama. Ada ke orang jual Laksa Johor, Mi Kari atau Bubur Lambuk dari jam 7 pagi? Ada orang Johor datang kata Laksa Johor bukan makanan untuk sarapan. Tapi heran ya, Kjee buka gerai jer, ada yang dah tunggu nak makan. So? Mungkin orang tak makan  Laksa Johor  pepagi buta sebab tak der org jual. 😁
       So kalo ada yang nak mula niaga, elakkan kemungkinan gaduh atau kena bomoh. Kjee tak kata kami tak terkena serpihan 'bomoh'. Ada kata tak nampak kedai kami, atau gelap macam tutup walhal kami cuti sehari jer seminggu.

       Ada pakcik (yang wajah dia ala2 bomoh 😄) datang kata dia jumpa selonggok duit satu sen belakang kedai kami. Hmmm ada kata dia yg tabur pastu kutip balik. Wallahualam. Foto 👆 hiasan.

       Ada satu pekedai upah mamat antar ais datang makan kat gerai kami sebaik sahaja bukak. Dia makan nasi lemak yang baru UnclePali bungkus. Terus jerit kata basi!! Kebetulan ada satu kastemer tgh makan nasi lemak kami. Dia pertahankan nasi lemak Kjee. Pastu setelah pemandu lori ais tu beredar, my maid kata nampak mamat tu ketawa sambil tepuk tangan dengan peniaga jiran. Macam hepi dia berjaya buat kecuh kat gerai Kjee.
       Sebab itu Kjee stop niaga dan amik order online. Tak ada org kacau. 

        Penang Fried Kwayteow yang laku keras. Masa itu jual rm3 rasanya satu pinggan. Sekarang ada jual rm8 hingga rm12 satu pinggan. Mungkin nak pergi Haji balik hari. 😁😁😁

Thursday, October 13, 2022

KUIH BINGKA LABU


       UP beli labu kuning kulit hijau, dua minggu lalu sebab Kjee nak buatkan dia kerepek labu yang viral kat FB. Nampak macam senang tapi setelah dihiris halus2 dan jemur, terpaksa buang sebab berair. Abih tu dah berair nak goreng camner kan!
       Mujur ada baki separuh biji lagi. Lebih kurang 700gms. Kjee terus fikir nak buat kuih bingka. Resipi perlu labu rebus sebanyak 500gms. Tapi dah buang biji dan kulit, dapatlah nanti 500gms.
       Labu ni buahnya keras. Agak susah nak buang kulit. Nasib baik Kjee nampak satu blog ni. Dia kata cuci bersih2 terutama bahagian kulit. Potong2 dan rebus. Dah lembut, guna sudu kikis kulit itu. Tapi Kjee guna pisau. Lagi senang gitu.



       Bagusnya resipi Kuih Bingka yang Kjee dah buat banyak kali ini sebab bahan2 semua kasi masuk blender dan trrrr sampai halus. Tapi pastikan blender yang digunakan tu, betul2 bersih. 
       Kuih yang Kjee buat arini, tersangatlah sedap. Rasanya ala-ala Egg Custard gitu. Mungkin sebab Kjee guna 4 biji telor gred double A. Seeloknya 3 biji gred A dah okay. 
       Seperti biasa Kjee guna acuan dibawah ini. UP keluarkan 3 biji acuan dari setor. Tak sangka pula adunan boleh jadi 4 biji. Sebab malas nak suruh UP keluarkan sebiji lagi acuan, Kjee juga guna loyang ukuran 7x7in. Yang sebelah kanan tu, acuan tembaga yang dah usia 80 tahun. 


       Itu ajelah kot nak story. Kjee rasa baik korang cuba buat. Sedap sangat. Curah semua adunan dalam satu loyang empat segi 9x9" atau yang bulat pun dah okay. Tapi lenser dengan marjerin dulu. Kjee guna kertas minyak. Dan yang penting, dah sejuk betul2 baru dipotong tau. 
       Resipi korang klik SINI. 





  

Tuesday, October 11, 2022

LEMAK PEDAS NISMILAN

        Banyak hari Kjee tak turun dapur. Lapan hari kot. Demam yang tak kebah2 walaupun dah telan paracetamol. Tak kuasa nak ke klinik sebab di pintu klinik, Dr Amin nanti tanya, ada demam, batuk? Then dia suruh balik jer kalau ada dua simptom itu. 
       Sebab itu malaslah nak pergi. 
Udah ler nak jalan pun tak larat! Dah suruh UP standby nombor fon ambulans if things get worse. 😅
       Mujur genap 10 hari petang semalam Kjee rasa lain macam. Rasa dalaman Kjee dah kuat. Dan pagi ini tersedar kul 5. Terus bangun, mandi dan tunggu azan Subuh. 
       Sejak 10 hari lalu, my kekasih awal dan akhir yang sediakan makan minum. Tiap pagi ada aje sarapan yang membuka selera. Lunch dia beli dan dinner Kjee hanya lalu minum satu mug nestum. 



       Dan selepas balik dari sarapan di Rest Taqwa, Gombak tadi (terpaksa pergi sebab kesian UP missed his roti canai), Kjee suruh UP gi kedai runcit Aceh beli kacang panjang dan cili padi. 
       UP diam aje apabila Kjee kata nak masak Lemak Kuning Pedas cara Nismilan. Alaaa yang letak hati ayam, ayam dan organ dalam ayam yang ada. Sepatutnya letak juga telor ayam gostan. Tapi tak ada stok susah sebenarnya nak dapat. 👇

       So Kjee hanya guna apa yang ada. Tengkok ayam yang peniaga ayam di pasar bagi free kat UP masa dia beli ayam dan hati ayam pun ada. 
       Kjee nak lauk ini dimasak pedas2 sebab tekak ini teringin setelah banyak hari tak selera makan. 
       So tumbuk 11 biji (😱) cili padi merah Bangla yang terlajak pedas tu dengan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan opkos kunyit hidup. Orang Nismilan pantang guna kunyit serbuk tau. 
       Tumbuk sama garam sampai halus dan tumis sehingga pecah minyak. Ketua dua batang serai dan masukkan. Harus tumis sampai terbersin satu rumah baru okay ya! 😁
      Masukkan ayam, tengkok dan hati ayam (yang telah Kjee rebus dulu takut hancur). Golek2 seketika, letak air pada lesung dan tuang dalam periuk. Orang tua2 kata air lesung tu yang buat sedap. Wallahualam. 
       Dah mendidih dan ayam/tengkok dah masak, letak satu kotak santan dan satu asam keping. Rasa. Kalau guna serbuk penambah rasa boleh ler letak. Padam api. Terus masukkan segenggam kacang panjang. Kacau2. Siap.
       Kjee suka masuk kacang panjang setelah padam api supaya kacang masih rangup dan bunyi kruk krak bila makan. Itu jer. 
       Bawah ini foto lama yang Kjee buat dulu. 

      Yang bawah lauk hari ini Kjee buat pekat2. Sikit aje kuahnya. Taburkan daun kunyit yang dimayang masa nak hidang. 

Monday, October 3, 2022

NASI GORENG STAIL CINA


       Hah kalau suruh Kjee buat nasi goreng, cara ini sahaja terlintas di fikiran. Nasi goreng lain, itu bidang tugas my asben. Dia terer buat. 😀
      Nasi goreng ini Kjee buat lepas Subuh tadi. Kami nak balik kampung so perut mesti kenyang sebab perjalanan lebih kurang 3 jam ke Kampung Ulu Jempul, Maran, Pahang. 
       Kjee suka letak udang yang halus2 tu. Tapi sebab secoit jer ada so Kjee letak juga isi ayam yang didadu kecik2. 
       UP tak suka selama ini tetapi apabila terhidang habis dia makan. 👍
       Bahan2 lain adalah seperti foto bawah. Kalau tak ada peas, letak jer hirisan daun bawang atau kacang panjang. 


       Tumis bawang putih sampai brown sikit, campakkan ayam. Dah masak ayam, letak udang. Biar masak sekejap. Pastu tepikan bahan2 di tepi kuali dan pecahkan telor. Telor dah mengeras, masukkan nasi dan kicap cair. Nak letak kicap manis pun okay. Semua dah mesra masukkan kacang peas yang Kjee dah celur seketika. Rasa. 
       Siap! Sediakan hirisan cili padi bersama kicap cair. 
       Bukan anak2 suka tapi Kjee yang dah tua bangka ni pun like! 

Sunday, October 2, 2022

SAMBAL IKAN CARA THAI


       Setiap kali singgah di restoran/gerai yang jual Tomyam, UnclePali pasti order sambal Ikan Kembung Pedas. Bukan yang tiga rasa. Dia hanya suka yang pedas.
       Kjee pernah dua tiga kali buat. Rasanya UP tak berapa berkenan. Dia diam sahaja bila makan. Kalau kena dengan citarasa dia, baru nampak dia happy.
       Hari itu Kjee cuba google resipi sambal ala Thai. Ohhh dia orang letak sos tiram dan sos tomato! Dulu Kjee letak sos cili. Itu yang UP kureng sikit sebab ada rasa manis sikit.

        Bahan-bahan mudah aje. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih. Tumbuk kasar-kasar. Tepikan.
       Goreng ikan sehingga garing. UP suka ikan kembung. Kalau Kjee, tentu ikan Talapia jadi pilihan.
       Tumis bahan tumbuk dan sebatang dua serai yang telah diketuk sehingga garing. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Juga sedikit air. Masak sehingga hampir kering. Kemudian masukkan hirisan daun limau purut. Buang tangkai tengah2 daun itu sebelum dimayang.

    
       Rasa. Kalau tak cukup masin, letak sikit sos nampla/kicap cair. Kjee tak letak sebabsos tiram dah masin. Boleh guna apa jua ikan. Rasanya ayam pun ok jer. 
        Curah kuah atas ikan goreng. Senangnya! UP tunjuk dua ibu jari. Suka sangat tengok dia makan sambil bertambah nasi.