DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, February 26, 2022

LONTONG KERING


      Akhirnya, setelah mengidam banyak hari dan pembikinannya ditangguh sebab tak sihat, inilah Lontong Kering atau ada onJoho panggil Lontong Darat.
       Puas sangat hati sebab kejadiannya menepati selera wong Jowo ni. UnclePali pun turut makan dan puji. "I bagi 5 bintang, " katanya.
       Actually bukan hebat mana pun. Semua ini lauk pauk Jawa. So pada Kjee, no hal punyalah.

       Lodeh Kering. Resipi klik SINI. 

       Serunding Kelapa


       Resipi SINI. 


       Sambal Ayam. Resipi apa aje yang korang ada. 
       Kjee plan nak buat Nasi Impit. Tetapi dek kerana malas, suruh UP beli nasi impit mini jenama Nona. Puas hati lah. Lembut. Kjee masak dua jam instead of 90 minit yang tertera pada peket. 
       Untuk Serunding Kelapa, Kjee buat ikut resipi arwah mak. 
       Satu sudu ketumbar dan satu sudu jintan manis disangai sehingga naik bau. Terus tumbuk hingga halus. Kemudian tumbuk sekali satu biji bawang besar, tiga ulas bawang putih, setengah inci lengkuas, dua sudu udang kering. Semua ditumis hingga wangi bersama satu sudu cili kering dan satu sudu kecik kunyit serbuk. 
       Apabila sudah nampak kering sedikit, masukkan setengah cawan air asam Jawa dan lebih kurang separuh keping gula nise. Kacau hingga mesra kemudian masukkan kelapa parut yg putih. Tadi Kjee letak tak sampai sebiji. 
       Rasa. Letak garam secukup rasa. Kemudian digoreng lagi guna api perlahan sampai kering. Siap. 
       Cara hidang macam Kjee buat 👇. 


       Kjee tahu memang renyah nak lengkapkan semua lauk ini. Tetapi Kjee bukan buat sekali gus. Hari ini hanya masak Lodeh dan Serunding Kelapa. Kuah Kacang Kjee panaskan baki aritu. Dan Sambal Ayam hanya perlu goreng ayam. Kjee dah ada ibu sambal tumis dalam freezer. 
       Ini makanan kesukaan orang Johor untuk sarapan. Sedap gua cakap lu. 
       Selamat mencuba. 







Friday, February 25, 2022

BISKUT BUTTER CORNFLAKES


        Kjee ni kan kalau nak makan biskut macam ini tak payah nak tunggu Hari Raya. Maklumlah semakin tua semakin tak bertenaga. Apabila tiba nak Raya dah KO. Pernah dulu kami beraya tanpa biskut. Bukan tak boleh beli tetapi tekak ini ya rabbi punya cerewet. Nak biskut buat sendiri jer. 
       So sekarang, apabila teringat aje, terus lah buat especially kalau bahan-bahan semua dah ada.
       Kalau korang tengok cookies yang Kjee buat arini, nampak perfect. Malah my asben kata best in the world. Tetapi sebenarnya ada rahsia di sebaliknya! Ada bahan tak cukup! 😂

       Cornflakes yang sepatutnya 100 grams, ada 71 grams aje. Tepung jagung yang sepatutnya 80gms hanya ada 60 grams!!! So kau ingat aku tak jadi nak buat ke? 😆
       Nak suruh UnclePali beli, dia tengah sibuk dengan kerja dia. So Kjee pun top up tepung jagung yang kurang 20 grams tu dengan tepung gandum. Cornflakes tak boleh dah nak letak bahan lain. So nasib lah lu! 😂



       Tetapi rasanya setelah siap, cegini 👍👍👍. Kalau Kjee tak bagitahu my husband yang bahan-bahan tak cukup, dia mesti bedal aje dan kata sedap. Actually Kjee buat untuk dia sebab dia ni suka sangat mengunyah. Kjee makan sebiji dua aje sebab ada kencing manis. 
       Resipi lengkap korang klik SINI. Kjee buat first time genap setahun lalu.






Wednesday, February 23, 2022

SUP TELOR TAUHU JEPUN


      Ini Sup Telor ala-ala Egg drop Soup. Kjee selalu buat kalau lauk pauk yang lain, semua lauk kering.
      Dan tiap kali buat, Kjee akan letak apa yang ada. Misalnya udang2 putih yang halus atau crab sticks. Semua sedap.
      Kali ini Kjee letak tauhu Jepun. Potong ikut suka. Dulu Kjee pernah celup dalam tepung jagung dan goreng. Kemudian baru dimasukkan dalam sup. Dan Kjee pernah juga letak jagung manis. Sukatilah korang. Ikut apa yang ada tau. 


      Bahan2 untuk Sup ini hanya dua biji telor, satu kiub ayam atau bilis, tiga ulas bawang putih, satu cawan setengah air, minyak bijan dan satu keping tauhu Jepun yang bulat tu. Sedikit daun bawang hiris. 
      Mula2 panaskan periuk kecik dengan  1 sudu minyak masak. Masukkan hirisan bawang putih. Apabila sudah hampir garing masukkan secawan setengah air. Didihkan. 
      Kemudian masuk kan pula satu kiub ayam. Kalau tak ada, letak sejemput ikan bilis pun ok. Cuci dan tumbuk dulu. Kalau ada air rebusan tulang ayam atau kulit udang pun sedap. 
      Sudah mendidih, masukkan hirisan tauhu. Masak lebih kurang 5 minit. Pukul dua biji telor, besarkan api dan curahkan telor. Kacau2 lebih kurang jer. Biar telor tu dah pekatkan sup. Siap. Titis kan sedikit minyak bijan. Kalau tak der ok jer. Adanya mintak itu, sup akan bau sedap. 
      Terus hidang sambil tabur daun bawang. Kalau ada bawang goreng dan cili flakes lagi cegini 👍👍👍. 




Monday, February 21, 2022

AYAM SAMBAL IJO


       Kjee tak ada pun plan nak buat Ayam Goreng Sambal Ijo letak Brokoli. Memang tak boleh 'masuk' kot sayur tu dalam sambal Ijo. Tapi kita yang buat dia. Sukati lah kan. 🤭
       Walllaa apabila siap masak, okay lah. Hmmm ikut tekak  Kjee lah. Brokoli tu plan nak buat something else. Tengok lah esok lusa, kalau sihat. Sekarang ni asyik lemau aje.
       Walaupun Kjee ada stok sambal Ijo dalam freezer namun kali ini guna Sambal Ijo pemberian isteri BFF UnclePali. Isteri dia orang Padang, Sumatera. Kjee bagi 
5 ****!!! Sedap sangat. Maybe the best I've ever tasted!
       Foto bawah ini Kjee punya Sambal Ijo. Pada Kjee, rasanya okay ajelah daripada tak ada. 
       Resipi klik SINI



       Nak masak brokoli, kena celur dulu dalam air panas mendidih selama 5-6 minit. Jangan lama-lama nanti dah benyek sangat tak sedap. 
       Why mesti celur? Sbb sayurnya keras. Dan Kjee ada baca dulu, Brokoli ada ulat2 halus dalam sayur atau flowerettes nya. Itu tak mau citer lah. 
       Kalau dicelur, mampuih semua ulat2 tu. Pastu tos. Tak payah lalu bawah air. Kepanasan air tadi akan masak sikit lagi sayur tu. 


       Then goreng lah ayam setelah dikasi kunyit serbuk dan garam. Perap dalam 20 minit. Goreng sampai garing. Foto bawah ni husband kita goreng sebab kita dah terduduk sebab lutut bengkak. 


       Dah siap goreng ayam, keluarkan minyak dia dan terus masukkan sambal Ijo. Biasanya Sambal Ijo dah banyak minyak sebab masaknya mesti guna banyak minyak baru sedap. 
      Sambal itu dah naik wap, masukkan ayam goreng. Goreng2 sampai mesra kemudian masukan brokoli. Dua tiga minit terus padam api dan hidang. 
       Okay lah itu aje. Selamat mencuba. 



Tuesday, February 15, 2022

CUCUR UDANG KUAH SATE


       UnclePali selalu underestimate what his wife can do 🤭. Dia sangat2 suka makan Cucur Udang di Restoran Craven, Bukit Antarabangsa. Best in the world, katanya. 
       Dan hari ini apabila dia amik sepotong Cucur Udang airtangan isterinya, dia terjerit. 'Fuyoooo' macam kat Craven! Sedap lah tu kot. Alhamdulillah.
       Rasanya Kjee pernah buat sebelum ini. Mungkin masa itu kurang sedap. That's why dia lupa. 😂
       Actually selain Cucur Udang, rahsia nak bagi sedap ialah kuah kacang. Mesti cukup rasa. Cukup rasa tu maknanya kuah itu mesti terasa pedas, cukup garam dan manisnya. 
       Kjee buat kuah kacang ala2 kuah sate. Itu aje cara Kjee tahu setelah dibesarkan oleh keluarga yang terkenal kerana jual sate. Masa dulu sapa tak kenal my atuk, Majid Sate, yang pernah digelar King Of Malaysian Satay. 
       

       So yesterday itulah kuah yang Kjee buat. Resipi kuah tu korang tengok SINI

Kacang disangai. Goreng tanpa minyak. Api mesti slow. 



Masa panas2 setelah siap sangai di gesek. Buang kulit. Pastu ditampi atau tiup2 sampai kulit semua terbang. Buat kat luar rumah. 


Then blend dengan air. Tak perlu satu tempayan. Cukup untuk gerak blender. Pastu curah dalam tumisan cili dan bawang. Tengok resipi tadi. 

       Cucur Udang Kjee buat ala2 resipi arwah mak. Mesti ada toge dan kucai, pesan dia dulu. Dan arwah juga letak udang putih halus. All I follow. 
       Bahan semalam, satu cawan tepung gandum, dua sudu tepung beras, sebiji telor, kucai & tauge. Resipi dan cara lengkap klik SINI
       Arwah mak jarang hidang dengan tahu goreng dan timun. Tapi kita buat macam kat Craven. 
       Ada kata dia orang buat habis cucur serap minyak. Rahsianya Kjee tak tahu. Tapi Kjee buat jarang pulak serap minyak. Kena tos atas tisu dapur selepas siap digoreng kot. 




Sunday, February 13, 2022

GRILLED CHICKEN BURGER



      Kjee seronok sangat kalau UnclePali beli Grilled Chicken Baker's Cottage for dinner. Mesti tak habislah walaupun ayam tu ala-ala spring chicken. Tak besar mana. 
      Why Kjee suka? Sebab sure untuk bekfes, Kjee akan buat cold chicken sandwich. Cold sebab ayam tu dah duduk semalaman dalam fridge. 😁
      Carik2 aje baki ayam dan campur mayonaise. Pastu longgok kat roti atau burger bun. 
      Kali ini ada baki banyak. So lunch pun Kjee buat Chicken Burger. Tapi UnclePali dah buat beef patti malam tadi. So untuk dirinya, dia buat double beef cheese burger!  👇


      Tak kesah lah ada apa jua jenis lauk ayam yang berbaki. Ayam goreng boleh, rendang ayam pun boleh dijadikan sandwich atau burger. Kita yang buat dia. Terserahlah kreativiti kita sebab yang nak makan kita kan! 😁
       Tadi Kjee guna Mayonaise dan Thousand Island Dressing dalam ayam panggang yang telah dicarik-carik. Apa aje jenama mayonaise yang korang ada boleh guna. Tak ada Thousand Island Dressing pun tak apa. Kjee guna, sebab ada. 
       Oh ya sebab ada secoit Blue Cheese, Kjee hiris2 dan susun atas burger ayam. Cheese slice cheddar pun boleh jer. 


      Foto atas ni yang Kjee buat untuk bekfes this morning. 
      Untuk lunch tadi Kjee ingatkan nak buat Coleslaw tapi kobis tak ada. Ada tiga biji kentang dalam bakul. And then terfikir buat salad kentang! 
      So Kjee rebus 3 biji kentang selepas dibuang kulit. Pastu hiris2. 👇


      Kemudian sediakan salad dressing. Kjee dadu sebiji bawang besar. Kemudian bubuh mayo dan Thousand Island dalam mangkuk besar. Campur dengan bawang dan dua sudu besar cili flakes (optional). Kacau rata. Perah jus sebiji lemon atau apa jua limau. Rasa. Kjee letak secubit gula. Just nak bagi balance rasa. 


      Kemudian masukkan kentang yang telah dihiris. Gaul elok2. 👇


        Salad ini first time Kjee buat. Ikut naluri. Makan camtu aje pun sedap. Kalau untuk anak2 yang tak makan pedas, tak payah bubuh cili flakes. 
      Hah Potato Salad yang Kjee buat tu, makan bersama burger. Mek Dee pun tak ada jual potato salad tau. 😆









Saturday, February 12, 2022

KUIH PUTU TEPUNG BERAS


       Walaupun kuih tradisional, rasa-rasanya kena berguru kalau mahukan hasil yang perfect atau sempurna.
       Dah tua2 ni malaslah nak berguru. Kjee masak ikut naluri atau bergurukan internet. Kekadang jadi kekadang tidak. Itu lah pasal.
       Anyway sejak beberapa hari lepas, ternampak Kuih Putu yang hanya guna acuan kelonsong daun pisang lalu kat my FB newsfeed. Tak guna bambu. Resipi yang dikongsi Raslahwati Daeng. Tak pasti resipi dia punya atau dia yang share.
       Maka Kjee pun berhari-hari ajak UnclePali cari daun pisang. Tetapi malangnya sejak dua tiga hari lepas, hujan. Pagi ini baru ler ada sang mentari.



       Kjee pun potong ikut gerak hati. Ukur 8" lebar dan 4" tinggi. Buat sampai 15 kelongsong tapi bahan2 yang disukat jadi 6 biji aje. Kemudian guna stapler untuk lekat jadi kelongsong. Itu bab pertama. Selepas itu didihkan air dalam kukusan. 
       Bahan2 mentah yang digunakan hanya 2 cawan tepung beras, setengah cawan air suam kuku dan secubit garam. Campur air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di kepal. Kemudian terlerai apabila dilepas. Lihat foto 👇. 



       Sagat gula Melaka. 👇


        Terus letak kelongsong dan kukusan yang berlubang tu. Susun kelongsong. Kemudian sudukan selapis tepung beras tadi (kjee letak 4 sudu teh) diikuti dua sudu teh gula Melaka. Top up dengan empat sudu teh tepung beras tadi. 

       Buat sampai habis. Jangan sesekali ditekan untuk mampatkan. Nanti jadi keras. 
       Kemudian terus kukus selama lebih kurang 20-25 minit guna air mendidih. Dah siap keluarkan. Tunggu sejuk baru dibuang kelongsong. 
       Tetapi kerana excited dan juga bodoh, Kjee tekan sikit. Sikit jer. Maka hasilnya kuih jadi bentan dan keras sikit. Itulah bodoh kan! Resipi dah kata jangan sesekali tekan nanti keras. 
       Kekecewaan Kjee terubat apabila my darling kata, sedap! Okay nak kita buat kali kedua ya sayang. 
      Kalau suka makanlah dengan kelapa parut muda yang putih. 




       


Thursday, February 10, 2022

SOS DAGING



       Ini satu lagi comfort food Kjee. Suka sangat buat banyak2 kemudian dibekukan dalam bekas-bekas kecik cukup untuk sekali makan. Bila nak makan, panaskan. 
       Sos daging ala Bolognese ini pada Kjee sangat versatile. Boleh makan macam2 cara ikut keadaan semasa. 
       Makan dengan lempeng, putu mayam atau Roti Jala pun sedap. Kjee dah terai semua. 😆


      👆 ini time teringin nak makan dengan spageti. Rebus spageti sampai al dente @ kenyal, pastu curah sos daging in. Tabur banyak2 Parmesan Cheese. 😋



       👆 yang atas ini cara UnclePali makan sebab dia tak gemar makan dengan spageti. Tapi heran Spag Aglio Olio dia suka pulak! Tak cukup roti, dia amik sudu dan kaup terus sos masuk mulut. Super sedap katanya. Hehehe berani ke tak puji. 😆
        Tadi Kjee buat sos daging ini guna minced beef Ramli. Yang peket 800 grams tu. Kjee rebus dulu daging selama 20 minit. Kemudian terus tos buang airnya hingga kering. 
       Why buang airnya? Sebab nak hapuskan semua lemak. Daging kisar biasanya dikisar dengan lemak sekali. Dah tos air, Kjee kisar sekejap dalam food processer. Ini untuk hancur2kan sikit daging yang berketul setelah direbus. Tiada FP, guna blender biasa pun boleh. Tapi dua tiga kali trrrr jer. Jangan sampai jadi pes daging. 😬


       Kemudian Kjee dadu 3 labu bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Tumis dalam sedikit minyak sampai layu. Minyak sikit sebab daging itu mesti ada lagi saki baki lemak. 
       Masukkan daging, satu tin sos tomato, satu tin kecik tomato puree dan 6 tin air guna tin sos tomato. Jumlah air ni boleh tambah lagi. Kemudian rendidih. 
       Masukkan pula 4 ketul kiub daging, dua sudu sos cili, satu sudu cili flakes (optional), satu sudu lada hitam kisar dan dua helai Bay leaf. Kalau tak ada BL okay jer. 
       Rendidih lagi dan selalu dikacau perlahan-lahan takut hangit. 
       Apabila sudah hampir pekat, Kjee masukkan satu tin baked beans. Ini optional. Boleh ditiadakan tapi suami kita suka. Masak lagi guna api perlahan selama 5 minit. 
        Siap. Padam api. Rasa. Kalau tak cukup dengan 4 kiub daging tadi, tambah ler garam. 
       Selamat mencuba. 

Monday, February 7, 2022

DAGING BERLADO PETAI



       Hari ini plan nak masak lain, kejadiannya lain pulak. Tak per lah esok masih ada. UP kena cari sampai dapat. Apa dia biarlah rahsia. 🤭
       So inilah rezeki kami untuk makan tengah hari. Simple tapi sedap banget. Mujur mak mertua kat kampung. Kalau tidak, gerenti tak tak nampak beliau lalu belakang. 😆😄
        Kjee asyik masak lauk Simple2 sebab tak larat. Tapi tekak bukannya faham kita lemau.
        Daging Goreng Berlada ini bukan saja senang buat tapi amat menyelerakan. Tak payah ada lauk lain gitu. Tapi Kjee buat juga Sup Tahu Jepun ala2 Egg Drop soup. At least ada lauk berkuah. 



        Tadi Kjee hiris daging. Perap dengan garam kunyit 30 minit. Tak hiris nipis2 pun okay. Goreng garing2 dan tumbuk sampai urat2 dia terlerai. Sebab tu Kjee kata tak nipis2 pun okay. Tepikan jauh2. Nanti antara sedar dan tidak, habis masuk mulut. 
       Daging tadi dalam 300 grams. Lepas tu tumbuk cili merah dan cili padi. Kalau nak pedas, adjust ikut tekak sendiri. Kjee letak 5 biji cili merah dan lebih kurang 10 biji cili padi. Pedas tu babe. Cili padi  Bangla atau Thai. Bawang besar 3 labu.  Tumbuk semua kasar2. 
      Tumis dalam minyak goreng daging tadi bahan2 tumbuk. Apabila dah layu, letak garam dan pak aji kalau guna. 
       Gaul kasi rata dan masukkan daging. Dah mesra, masukkan petai. Golek2 sekejap. Siap!!! 
       Kalau ke kedai makan Minang, dia orang juga letak jering tua. Sedap banget you!!