UnclePali selalu underestimate what his wife can do ðŸ¤. Dia sangat2 suka makan Cucur Udang di Restoran Craven, Bukit Antarabangsa. Best in the world, katanya.
Dan hari ini apabila dia amik sepotong Cucur Udang airtangan isterinya, dia terjerit. 'Fuyoooo' macam kat Craven! Sedap lah tu kot. Alhamdulillah.
Rasanya Kjee pernah buat sebelum ini. Mungkin masa itu kurang sedap. That's why dia lupa. 😂
Actually selain Cucur Udang, rahsia nak bagi sedap ialah kuah kacang. Mesti cukup rasa. Cukup rasa tu maknanya kuah itu mesti terasa pedas, cukup garam dan manisnya.
Kjee buat kuah kacang ala2 kuah sate. Itu aje cara Kjee tahu setelah dibesarkan oleh keluarga yang terkenal kerana jual sate. Masa dulu sapa tak kenal my atuk, Majid Sate, yang pernah digelar King Of Malaysian Satay.
So yesterday itulah kuah yang Kjee buat. Resipi kuah tu korang tengok SINI.
Kacang disangai. Goreng tanpa minyak. Api mesti slow.
Masa panas2 setelah siap sangai di gesek. Buang kulit. Pastu ditampi atau tiup2 sampai kulit semua terbang. Buat kat luar rumah.
Then blend dengan air. Tak perlu satu tempayan. Cukup untuk gerak blender. Pastu curah dalam tumisan cili dan bawang. Tengok resipi tadi.
Cucur Udang Kjee buat ala2 resipi arwah mak. Mesti ada toge dan kucai, pesan dia dulu. Dan arwah juga letak udang putih halus. All I follow.
Bahan semalam, satu cawan tepung gandum, dua sudu tepung beras, sebiji telor, kucai & tauge. Resipi dan cara lengkap klik SINI.
Arwah mak jarang hidang dengan tahu goreng dan timun. Tapi kita buat macam kat Craven.
Ada kata dia orang buat habis cucur serap minyak. Rahsianya Kjee tak tahu. Tapi Kjee buat jarang pulak serap minyak. Kena tos atas tisu dapur selepas siap digoreng kot.
0 comments:
Post a Comment