Sunday, February 13, 2022

GRILLED CHICKEN BURGER



      Kjee seronok sangat kalau UnclePali beli Grilled Chicken Baker's Cottage for dinner. Mesti tak habislah walaupun ayam tu ala-ala spring chicken. Tak besar mana. 
      Why Kjee suka? Sebab sure untuk bekfes, Kjee akan buat cold chicken sandwich. Cold sebab ayam tu dah duduk semalaman dalam fridge. 😁
      Carik2 aje baki ayam dan campur mayonaise. Pastu longgok kat roti atau burger bun. 
      Kali ini ada baki banyak. So lunch pun Kjee buat Chicken Burger. Tapi UnclePali dah buat beef patti malam tadi. So untuk dirinya, dia buat double beef cheese burger!  👇


      Tak kesah lah ada apa jua jenis lauk ayam yang berbaki. Ayam goreng boleh, rendang ayam pun boleh dijadikan sandwich atau burger. Kita yang buat dia. Terserahlah kreativiti kita sebab yang nak makan kita kan! 😁
       Tadi Kjee guna Mayonaise dan Thousand Island Dressing dalam ayam panggang yang telah dicarik-carik. Apa aje jenama mayonaise yang korang ada boleh guna. Tak ada Thousand Island Dressing pun tak apa. Kjee guna, sebab ada. 
       Oh ya sebab ada secoit Blue Cheese, Kjee hiris2 dan susun atas burger ayam. Cheese slice cheddar pun boleh jer. 


      Foto atas ni yang Kjee buat untuk bekfes this morning. 
      Untuk lunch tadi Kjee ingatkan nak buat Coleslaw tapi kobis tak ada. Ada tiga biji kentang dalam bakul. And then terfikir buat salad kentang! 
      So Kjee rebus 3 biji kentang selepas dibuang kulit. Pastu hiris2. 👇


      Kemudian sediakan salad dressing. Kjee dadu sebiji bawang besar. Kemudian bubuh mayo dan Thousand Island dalam mangkuk besar. Campur dengan bawang dan dua sudu besar cili flakes (optional). Kacau rata. Perah jus sebiji lemon atau apa jua limau. Rasa. Kjee letak secubit gula. Just nak bagi balance rasa. 


      Kemudian masukkan kentang yang telah dihiris. Gaul elok2. 👇


        Salad ini first time Kjee buat. Ikut naluri. Makan camtu aje pun sedap. Kalau untuk anak2 yang tak makan pedas, tak payah bubuh cili flakes. 
      Hah Potato Salad yang Kjee buat tu, makan bersama burger. Mek Dee pun tak ada jual potato salad tau. 😆









0 comments:

Post a Comment