Tuesday, February 1, 2022

JELANTAH


      Kjee suka sangat ratah Jelantah timun dan nanas. Tak perlu tunggu masa masak Nasi Tomato, Nasi Minyak atau Briyani. Well, itu citarasa Kjee lah. 
      Jelantah ori kena letak cuka. Tetapi dek kerana Kjee ada gastrik, lama dah tak buat sehinggalah seorang fren kata boleh ganti dengan jus limau atau lemon. 

      UP ada tanam tiga jenis pokok limau kat laman kami yang sekangkang meow. Limau Nipis, Kasturi dan Limau Purut. Daun Limau Purut hanya untuk masakan seperti Rendang dan lain-lain. 
     Mudah aje buat Jelantah. Hiris timun, Nanas, Bawang Besar dan cili. Kemudian campur semua dalam besen. Letak gula, cuka masakan (atau jus limau or even apple cider) dan secubit garam. Gaul sampai mesra. 
      Siap sudah salad orang kita. Jom ratah! 
      UP yang tolong buatkan Jelantah ni malam tadi. Orang rumah dia tak sihat. 
      Dia guna separuh biji nenas kecil, sebatang timun Jepun , sebiji bawang besar yang sedang2 dan dua biji cili merah. Kemudian diletak 1 sudu makan gula, dua sudu jus limau dan secubit garam. 

      

1 comment:

  1. Baru tau bole perah limau kasturi utk ganti cuka.. tq kak jee..
    Rajinnya UP buatkan jelatah.. untung kak jee.. apapun, take care & get well soon kak jee.. 🤩

    ReplyDelete