Rebranding lagi ke? Hari itu Apple Tarts, sekarang Pineapple Dragon Balls. Hehehe ternampak hari tu ada orang letak nama Dragon Balls sempena Year of the Dragon. So Kjee pun cilok sikit.
Tapi Kjee cilok nama aje. Resipi tetap yang dulu. Klik SINI. Sebab dah biasa guna resipi itu. Tukar nanti, takut jadi lain. Sakit pulak hati.
Anyway, jangan korang fikir pepagi buta Kjee dah gentel jem nanas dan bentuk jadi tarts ini. Taklah rajin sangat. Kjee buat semalam dan freeze.
Itu tips kawan Kjee, Raja Rozinoor bagi. Dia kata kalau ada yang frozen, apabila teringin nak makan boleh ler bakar. You get freshly baked tarts all the time. Tq dear for the tip.
So selepas buat bulat2 atau apa jua design, simpan kemas-kemas dalam bekas bertutup dan bekukan.
Pagi ini Kjee bake. Tak banyak pun Kjee buat. Dalam 35 biji. Sebelum masuk oven yang telah dipanaskan, Kjee sapu kuning telor atau egg wash. Kemudian dibakar lebih kurang 15 minit. And then keluarkan.
Kaler dia ☝️ pucat macam orang pompuan dalam pantang beranak. Kalau terus dibakar, Kjee selalu frust sebab hasilnya tak cantik dipandang.
So tip kedua, rupa2nya setelah 15 minit dibakar, sapu lagi egg wash setiap biji tart! Waduhhhh. Patutlah ada orang permukaan tart nanas dia cantik banget!
Foto 👆 setelah disapu egg wash kali kedua!
Arwah mak kata kalau nak bagi hasil permukaan cantik berkilat-kilat, campur kuning telor dengan sedikit butter.
So itulah tips Kjee untuk Tart Nanas kali ini. Selamat mencuba.
Aduhai.. tats mmg all time fav.. kiv dulu utk raya.. tq so much kak jee.. 🤩
ReplyDelete