DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, March 29, 2022

BESDEI MY BIG BRADER


       Hari ini 29 Mac adalah birthday abang kandung kita, Ahmad Fauzee. He is 70 years of age. Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik untuk sampai ke usia ini. Beza usia kami berdua, tiga tahun.
       Sebenarnya kami 5 beradik. Fauzee, Fairuz, Fauziah, Faridah dan Fazilah. Fairuz meninggal dunia ketika berusia 6 tahun. Kemudian diikuti Fazilah 7 tahun lalu dan Faridah, 5 tahun kemudian.
       So tinggal Kjee dan Abg Fauzee tanpa bapak, mak dan adik beradik lain. 

       Anyway, apabila tiba birthday Abg Fauzee, Kjee tahu kalau mak masih ada, dia mesti sambut dengan pulut kuning tanda kesyukuran. Maklumlah anak lelaki kesayangan dia. 
       Sebab itu, Kjee buatkan Pulut Kuning dan Rendang Ayam Kelantan untuknya. Dua2 resipi arwah mak yang menjadi favorite Abg Fauzee. 
       Malam tadi sebelum tidur, Kjee dah rendam satu peket beras pulut. Mulut Kjee tak henti2 doa agar Allah swt beri Kjee tenaga untuk masak esoknya sebab semalam Kjee dah lemau sangat. Lutut berdenyut-denyut. 
       Alhamdulillah doa Kjee dimakbulkan. Sebaik siap masak, terus lutut kembali sakit. Pergi jumpa Abg Fauzee pun setakat hulurkan makanan yang Kjee masak. Kjee juga beli bubur kacang sebab tak sempat nak masak sendiri. Punyalah dia seronok dengar ada bubur kacang! 
       Itu aje nak story hari ini. 






Resipi Rendang Ayam Kelantan klik SINI. Resipi Pulut Kuning pula di SINI. 
       

Sunday, March 27, 2022

HASH BROWN POTATOES


       Namanya belit2. Hash Brown Potates. Sebenarnya ia hanya kentang sagat digoreng ala lempeng. Tetapi opkos rasanya lebih sedap ler dari lempeng!
       Kjee tak ingat kat restoran makanan segera mana Kjee makan dulu. Sedapnya! So jenuh gi supermarket cari. Tetapi lama kelamaan nak cuba buat sendiri. Tanya cik google. Senang buat tapi renyah sikit.
        Mula2 kentang dibuang kulit dan disagat guna box grater. Guna yang mata sederhana.


       Selepas disagat, perah air kentang sampai kering dan buang airnya. Pukul sebiji telor letak garam dan sedikit lada hitam kisar. Campur dengan kentang sagat. 
       Kemudian panaskan kuali non stick dan letak sedikit minyak. Guna api sederhana. Kemudian tuangkan kentang tadi dan leperkan. 


       Api jangan besar. Masa memasak agak lama. Guna penutup periuk supaya wap cepat masakkan kentang. Biarkan dalam 10 minit. Kemudian terbalikkan. Sambung masak sehingga kedua-dua belah garing. 


       Kemudian padam api dan transfer ke pinggan. Dipotong-potong ikut suka. Dulu Kjee pernah masak dalam kuali kenit 6". Lambat sangat. So kerja mudah, lebur satu kuali. 😬

       Makan bersama telor mata dan hot dog. Cili sos jangan lupa. 
       Boleh dijadikan untuk sahur. Especially kalau anak2 cerewet dan memilih makan waktu Sahur. 







Saturday, March 26, 2022

TENGGIRI GORENG GARING


       Kami suami isteri kalau makan Sahur mesti selera lauk pauk yang kering. Yang berkuah memang tak laku langsung. 
       So apabila Kjee goreng Ikan Tenggiri letak bawang, cili padi dan daun kari tadi, UnclePali kata nanti masak untuk Sahur di bulan Puasa. Curah kicap kat nasi, perghhhh. Boleh bertambah-tambah nasi ni. 😬
       Lauk ini tak perlu resipi kan? Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika. Kemudian goreng garing-garing. Sementara tunggu ikan itu siap, potong bulat2 sebiji bawang besar, hiris tiga empat biji cili padi dan lurut dua tangkai daun kari. 
       Ikan dah siap, ditepikan. Kemudian masukkan bawang ke dalam minyak dan goreng hingga keperang-perangan. Masukkan terus cili padi dan daun kari. Dah elok garing semuanya, top up atas ikan goreng. 
      Guna ikan apa pun boleh. Sukatilah
Kita yang nak makan. 

      

Friday, March 25, 2022

BIHUN SUP MUDAH

       


       Sejak Azali, Kjee suka sangat makan apa sahaja yang berkuah. Kalau roti canai, mesti banjir. Kalau makan berlauk, kuah penuh tutup nasi. Kjee sangat berselera makan bihun/kway teow yang berkuah. Tak kesahlah Mi Bandung, Laksa ataupun  sup. Janji ada kuah! 
       So apabila malam tadi UP kata dia nak balik kampung pagi ini sebab Bonda tak sihat, otak Kjee terus fikir apa nak masak yang menepati selera Kjee.
       Lepas sarapan tadi Kjee keluarkan daging dan rebus dalam Pressure Cooker. Nak buat Bihun Sup. Yang mudah. Tak mau complicated taruk bonjot/rempat sup bagai. Just a plain clear sup. Tetapi Kjee yakin sedap!

       Then terfikir kalau makan bersama Bergedil mesti sedap. Ala2 Bihun Sup fusion Chinese /Jawa. 😂😂😂
       Tetapi kalau buat Bergedil, sambal kicap Johor, wajib! Pun sedap dicurah kat Bihun Sup nanti. Bereh.
       Masa tunggu daging direbus, Kjee potong wedges kentang. Kemudian digoreng. Tumbuk hingga lumat. Tumis hirisan bawang dan daging rebus tadi sikit. Letak lada hitam dan gaul dalam kentang tumbuk. Letak sebiji telor dan garam. Gaul dan bentuk. Tepikan dalam peti ais.
       Lepas tu hiris sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih dan goreng bersama 12 biji cili padi. Bawang dah brown, tumbuk semua bahan sampai halus. Letak kicap, jus lumau kasturi dan sedikit gula. Ikut rasa masing2. Tepikan. 
      Daging dah empuk. Keluarkan. Letak satu batang kecil kayu manis dan dua ketoi bunga lawang. Panaskan guna api kecil. Letak satu ketul beef cube. Dah mendidih, padam api.
      Masa nak hidang, celur bihun dan sawi, letak dalam mangkuk. Susun kepingan daging rebus dan curah kuah panas2. Makan dengan kicap cili. 


Klik SINI kalau nak cara Kjee buat bergedil. 

Thursday, March 24, 2022

ROCK BUNS


       Rock Buns always remind me of my late mum. Arwah mak selalu buat. Tak tau mana dia dapat resipi. Kjee dah selongkar cari buku resipi peninggalan beliau. Entah mana UnclePali letak dalam setor. Harap2 jumpa agar tidak terkubur resipi Rock Buns mak. 
       Kjee tanya frens kat FB, semua ada kenangan buat biskut ini masa kelas Home Science di sekolah. Tapi resipi tak ada. 
       So kjee intai lah koleksi resipi Cik Google.. Memang adalah!
       Kjee tengok resipinya. Mudah sangat. Pakai gaul-gaul aje. Bahan2 pun tak cerewet. Kjee pilih yang guna dried mix fruit. Itu stok yang ada. Arwah mak dulu guna Black currants. Pilihan kitalah nak letak kismis pun boleh.

       Bahan2 nya 250gms tepung self raising, 65 gms butter, 70 gms gula castor, sebiji telor, 5 sudu makan susu segar dan 100 gms buah-buahan kering campuran. .
       Panaskan oven 170 darjah Celcius. 
       Sapu sedikit minyak pada loyang pembakar.
       Tepung diayak. Masukkan butter ikut kaedah 'rubbing in' sampai jadi macam serbuk roti.  Tuangkan semua buah-buahan kering dan gaul rata. Pukul sebiji telor. Campurkan dengan gula. Masukkan ke dalam adunan. Gaul sampai menjadi doh sambil ditambah satu demi satu sudu susu segar. Kesemuanya Kjee guna 5 sudu makan.

       Setelah menjadi doh, ambil sejemput dan susun atas loyang. Biarlah rupanya macam batu. Tak payah bulat-bulatkan sampai molek.
       Adunan yang Kjee bentuk jadi 30 biji. Kemudian dibakar sehingga perang. Resipi asal  kata 20 minit tapi tambahlah masa ikut kepanasan oven masing-masing.
       Biarkan betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
       Kenapa namanya Rock Buns? Sebab rupa macam batu. Kelakar UP terkejut Kjee kata Rock Buns. Dia ingat ada lagu Rock baru... "cookies rupa2nya!" 😂😂😂


Wednesday, March 23, 2022

SPAG SOS DAGING

      

        Dalam freezer Kjee memang sentiasa ada sos daging ala bolognese. Selalu buat banyak2 dan bekukan dalam bekas kecik2, satu portion. Standy untuk hari tak sihat atau malas.
       Malam tadi UnclePali keluarkan satu bekas dan panaskan. Makan sama roti. Tarrraaa pagi ini Kjee tengok ada satu bekas kecik baki semalam. Tak perlu defrost sebab tak beku.
       Kjee pun keluarkan spag. Rebus satu portion jer sebab UP x minat. But this morning Kjee ada goreng Bihun. Ada baki. UP kata itu lunch dia. Canteq!  👇


       Kjee gelar sos daging bukan bolognese sauce sebab kali ini masak, Kjee buat ikut selera sendiri. Since ada juga satu tin baked beans, masukkan. Selalu kalau ada mushrooms pun Kjee letak sekali. 
       By the way, tadi Kjee jumpa empat lima biji Shitake mushrooms dalam fridge. Beli entah bila tapi masih elok. So masa panaskan sos daging tadi, Kjee bubuh sekali. 
       Masa hidang tabur Parmesan Cheese. Letak banyak2. 😂😂😂
       Ini spag ala Bolognese versi orang Jowo. Jangan ada yang kecam pulak. Aku yang buat dia, sukati aku lah. 
       Sos bolognese punya resipi korang klik SINI


      

Tuesday, March 22, 2022

JELI AIR KELAPA


       Dah banyak kali Kjee buat, especially di musim panas lit lit. Sudah banyak hari kawasan kami tak hujan. 
       So pagi tadi lepas Solat Subuh, Kjee titipkan doa agar Allah swt turunkan hujan. Kesian kami, pokok2, rumput dan bumi yang gersang!
       Tup-tup tak sampai setengah jam, hujan turun dengan lebatnya. Terima kasih Allah. Alhamdulillah syukur dengar doa insan yang kerdil ini. 
       Apabila tiba musim panas, Kjee mesti buat Jeli Air Kelapa Muda. So UP pergilah cari kelapa muda. Banyak gerai kehabisan stok. Laku keras di musim kering ini. Akhirnya dapat beli 4 biji. Rm20 sikit pun tak boleh kurang walaupun kekadang ada jual 4 biji rm15!
       So lepas sarapan tadi, Uncle tolong tebuk dan Kjee pun projek lah sorang2. Ada dua biji yang isinya terlalu muda. So Kjee ganti letak laici. UP punyalah suka. 


       Respi penuh korang klik SINI. Pagi ini Kjee tak sihat sangat. Baru siap masak lauk untuk lunch UP.  Dia ada appointment klinik kesihatan kul 2pm.


       

Monday, March 21, 2022

SERUNDING HALIA



       Kjee dan UnclePali memang ada masalah angin dalam badan. Kelebihan pada UP, angin itu seringkali berlumba-lumba keluar. 
       But not for me. Akibatnya, selalu angin tu singgah merata-rata dalam badan especially kat dada. Yang pernah merasa tentu tahu betapa sakitnya bila angin mencucuk-cucuk di dada. 
       Kjee tahu untuk keluarkan angin kena makan banyak halia. Kata kawan2, halia Bentong bagus sangat. Kjee dah pernah buat rebusan air halia Bentong. Tetapi sejak PKP dah tak pergi Bentong beli halia tu. So angin mula berkumpul. 
       Then Kjee nampak chef Lina Thomas yang bermastautin di USA buat Serunding Halia, untuk jualan. Laku keras. Ehhh nak terai buatlah. Impossible nak order kat dia kan! 
       So Kjee intai intai wall Cik Google. Dan tarrraaaa terjadilah my version of Serunding Halia+Garlic+Ikan Bilis. Sedapnya!! Kenapa lah tak buat selama ini! 


       First thing first. Kena beli halia. Yang usia sedang2. Jangan terlalu tua seperti yang UP beli sebab nanti seratnya, susah nak kunyah. 
       Then buang kulit dan sagat guna box grater. UP suruh guna food processor tapi Kjee nak try guna box grater. 



       Selepas disagat, kena perah airnya sampai kering. Kjee guna sarung tangan plastik masa perah sebab takut tangan pijar. Betul! Masa sagat pun tangan terasa pedas. 





        Selepas diperah airnya ( Kjee buang jus halia tu) kemudian digoreng guna minyak banyak. Api sederhana panas sampai garing. Toskan atas tisu dapur sehingga sejuk. 


       Kemudian goreng hirisan bawang putih. Masa goreng kena jaga2. Api terlalu besar nanti hangit. Dah elok golden terus toskan atas tisu dapur sehingga sejuk. 
      Pastu goreng ikan bilis. Kjee nasib baik dapat ikan bilis yang halus pemberian seorang sahabat. Dari Sabah. Mahal giler bilis ni. Tetapi bilis biasa pun okay gak. Dah garing, tos atas tisu dapur sehingga betul2 sejuk. 


       Apabila semua bahan goreng sudah betul2 sejuk, baru dicampur. Mujur Kjee tak bubuh garam sebab ikan bilis sudah cukup masin. 


        Sedap dimakan bersama Bubur Nasi atau Nasi Panas. Ratah pun sedap. Tunggulah nanti berdesup-desup angin keluar. 😁😬

   












       


Sunday, March 20, 2022

THAI MILK DESSERT

       


       Setelah dua tahun, akhirnya minggu lepas dapat lah Kjee rasa semula pencuci mulut kesukaan Kjee ni. Baru tahu dia orang panggil Thai Milk Dessert atau pencuci mulut susu Thai.
       Kalau singgah jamu selera di Ali Tom Yam, Jln Datuk Keramat, UnclePali akan terus amik satu atau dua bekas untuk Kjee. Kenit jer bekasnya. Bekas dadih biasa. Dulu rm2.50 tetapi selepas dua tahun restoran tu cuti, harga naik singgit lagi.
       Kjee tak pernah makan pencuci mulut ini kat mana2 restoran jual Tom Yam. Mungkin hanya dibuat oleh tukang masak kat authentic Thai restaurants. Tapi di Ali Tom Yam rasanya dihantar orang. Bukan dia orang buat. 

       UP kata tak reti ke buat sendiri? Macam senang katanya. Bingsu (pencuci mulut Korea) yang nampak payah pun cam mudah jer UP buat dulu.
       So menyambut cabaran UP,  Kjee pun geledah fail cik google. Ohhh ianya jatuh dalam kategori Thai Milk Desserts! Bahan-bahan ikut suka kita cuma perlu dicurahkan susu sejat atau evaporated milk.

       Bahan yang Kjee senaraikan untuk UP gi beli ialah buah kabung, biji selasih, jeli dan cempedak. UP tatap list. Katanya letak laici pun cegini 👍. Dia memang suka laici dalam  tin. Kjee suka longan. Ala adik beradik lah tu. Orite ada satu tin laici dalam fridge. 
       So bahan-bahan dah ada. Oh ya kena buat sirap merah. Just for color. Kat Ali Tom Yam dia orang tak letak. Mungkin dicampur susu pekat sikit kat susu cair.


       Foto atas ini yang belum dicurah susu cair. Just nak tunjuk korang cara nak susun bahan2 tu. 
       Sedap makan chilled. Apatah lagi di bulan Puasa kan! Buatnya cenang bah itu. Rasanya amat nyaman! 
        Buat jangan tak buat. Bahan2 nya lu urang fikir lah sendiri apa yang sedap kan! 


Saturday, March 19, 2022

MI HAILAM KICAP


       Masa Kjee meniaga dulu... Isyhh Kjee suka mulakan entri dengan ayat ni kan? Actually bukan Kjee tak move on tetapi masa niaga dulu kat food court Anjung Melawati, ada banyak kenangan yang manis dan pahit.
       Tak payah story lah kisah lama, nanti boleh banjir Taman Melawati. 😬
        Mi Hailam ni pun ada story. Ada satu makcik ni datang dan order Mi Kicap. Kjee pandang UnclePali. 
       "Eh makcik makan kat sini ke?" Makcik tu jawab "Eh kat sinilah. Sedap sangat. Suami awak yang masak."
        Then UP sengih... "Mi Hailam lah tu!"  Dan UP terus masuk ke dapur dan masak. Makcik tu sengih2 happy.
        Oh asal taruk kicap makcik tu kata Mi Kicap. Tak kesahlah asal dia bahagia. 🤣

       Then ada satu kawan Kjee ni nama dia Arie, chef Western food. Dia ada gerai di foodcourt di Keramat yang terbaik Kjee rasa orang Melayu jual. Arima Classic Western food nama gerai dia. Dia punyalah puji Mi Hailam kami especially kalau Nadia masak.
      "Susah nak cari tempat lain orang jual. Cara Nadia buat special sebab ada bau kuali!" Isyyy kata Nadia. Mama yang ajar masak ni tau. Sama cara dan resipi. Whatever lah.
       So arini Kjee masak Mi Hailam sebab aritu UP order kat Ali Tomyam entah apa2 entah. Macam Mi Sup. Ada ke Mi Hailam serve dalam mangkuk dengan kuah warna putih! 
       Kjee letak daging yang sudah direbus. Sekarang kena banyak makan daging dan ikan. Ayam dan seafood lain is a No No sebab Kjee alergik.
       Mi Hailam versi Kjee ni tak lah cerewet. Guna Kicap manis, Kicap karamel dan fish sauce. Tak perlu sos tiram bagai. Tapi sedapnya, hmmm malas nak citer.
       Resipi korang klik SINI ya.


Friday, March 18, 2022

GULAI DAGING PAHANG


       Ini antara lauk yang laku keras di bulan Ramadhan. Masa dah siap masak, gatal aje tangan ni nak capai sudu rasa. Tetapi spoil apabila selalu teringat tengah Puasa. 🤭😂🤣
       Selalu Kjee masak lauk ini guna ayam sebab itu yang diajar sifu Kjee 30 tahun lalu. Sekarang dia dah Arwah. Kjee tak tahu nama dia. Kami hanya panggil dia Mummy. Isteri kepada pengarah filem Yasin Salleh.

       Kjee rasa pernah masak guna daging. Hari ini Kjee terpaksa guna daging sebab tetiba Kjee allergik ayam. Resdung sudah mai menyerang.
       Tetapi letak ayam ke daging ke, ia tetap sedap. Tak picaya? Mai sini Kjee bagi rasa. Hehehe.
       Walaupun kelihatan macam masak lemak cili padi biasa tetapi sebenar-benarnya bahan-bahan tak serupa. Yang serupa ialah mesti pedas menyengat. Baru ngam!!! 😋
       Resipi penuh, klik SINI. 
       Hari ini tak ada mood nak bebel panjang lebar. Lepas ni nak goreng Kailan Ikan Masin pulak. Selamat mencuba.