Friday, March 25, 2022

BIHUN SUP MUDAH

       


       Sejak Azali, Kjee suka sangat makan apa sahaja yang berkuah. Kalau roti canai, mesti banjir. Kalau makan berlauk, kuah penuh tutup nasi. Kjee sangat berselera makan bihun/kway teow yang berkuah. Tak kesahlah Mi Bandung, Laksa ataupun  sup. Janji ada kuah! 
       So apabila malam tadi UP kata dia nak balik kampung pagi ini sebab Bonda tak sihat, otak Kjee terus fikir apa nak masak yang menepati selera Kjee.
       Lepas sarapan tadi Kjee keluarkan daging dan rebus dalam Pressure Cooker. Nak buat Bihun Sup. Yang mudah. Tak mau complicated taruk bonjot/rempat sup bagai. Just a plain clear sup. Tetapi Kjee yakin sedap!

       Then terfikir kalau makan bersama Bergedil mesti sedap. Ala2 Bihun Sup fusion Chinese /Jawa. 😂😂😂
       Tetapi kalau buat Bergedil, sambal kicap Johor, wajib! Pun sedap dicurah kat Bihun Sup nanti. Bereh.
       Masa tunggu daging direbus, Kjee potong wedges kentang. Kemudian digoreng. Tumbuk hingga lumat. Tumis hirisan bawang dan daging rebus tadi sikit. Letak lada hitam dan gaul dalam kentang tumbuk. Letak sebiji telor dan garam. Gaul dan bentuk. Tepikan dalam peti ais.
       Lepas tu hiris sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih dan goreng bersama 12 biji cili padi. Bawang dah brown, tumbuk semua bahan sampai halus. Letak kicap, jus lumau kasturi dan sedikit gula. Ikut rasa masing2. Tepikan. 
      Daging dah empuk. Keluarkan. Letak satu batang kecil kayu manis dan dua ketoi bunga lawang. Panaskan guna api kecil. Letak satu ketul beef cube. Dah mendidih, padam api.
      Masa nak hidang, celur bihun dan sawi, letak dalam mangkuk. Susun kepingan daging rebus dan curah kuah panas2. Makan dengan kicap cili. 


Klik SINI kalau nak cara Kjee buat bergedil. 

1 comment:

  1. Tq sharing kak jee.. dpt 1 menu berbuka nti.. 🤗

    ReplyDelete