Thursday, March 3, 2022

CHIFFON CAKE


      Terus terang Kjee bagitau yang Kjee memang hopeless bab buat kek. Kek yang simple simple pun kekadang jadi kekadang tidak.
      Kek yang paling sukar dalam hidup Kjee yang telah Kjee buat dua tiga kali dulu ialah Kek Buah. Itu pun sebab kukus. Kalau masuk oven memang hancur.
      Kjee kagum tengok baker Lina Thomas yang tinggal di Amerika, buat Chiffon Cake. Dia selalu dapat order Pandan Chiffon daripada customers sekitar tempat dia. Tabik spring tengok kejadiannya. 👏👏👏
      Foto bawah ni Pandan Chiffon Cake air tangan Lina. 

      Kjee hanya simpan impian satu hari nak cuba buat. So apabila muncul di newsfeed Basic Chiffon Cake oleh Kathrine Kwa Baking Tutorial, Kjee punyalah excited. Bahan mudah sangat. Semua ada dalam rumah kecuali acuan removable base. Yang ada dalam setor tak boleh remove.
      Selain tengok video Kathrine, Kjee juga google. Belajar cara sebenar buat kek ini. Pembikinannya sangat sensitif. Silap haribulan nanti bantat. Ada a few international blogs yang Kjee selak. Tetapi bahan2 tetap Kjee pilih yang diberi Kathrine.

    
BASIC CHIFFON CAKE
5 butir telor ayam gred A
120 gms tepung gandum 
30 gms tepung jagung
40 gms + 75 gms gula Castor 
Satu sudu teh esen Vanilla
100 ml air
50 gms minyak jagung
Satu sudu teh garam
Satu sudu jus lemon atau cuka putih 

CARA:
Panaskan oven. 

A
Asingkan telor putih dan kuning. Kuning telor dikacau bersama 40 gms gula Castor sehingga gula larut. Guna whisk. 
Tuang 50 gms minyak jagung. Kacau sehingga sebati. Masukkan air. Kacau lagi. Masukkan garam dan esen vanilla. Setelah sebati, ayak ke dalam mangkuk tadi tepung gandum yang telah dicampur tepung jagung. Biar elok bercampur dan tepikan. 

B
Dalam mangkuk yang lain, pukul telor putih sehingga berbuih guna mixer elektrik. Masukkan satu sudu teh jus lemon atau cuka. Putar lagi. Gula castor sebanyak 75 gms dibahagi 3. Masukkan satu bahagian ke dalam putih telor dan putar. Setelah rasa gula sudah larut, masukkan satu bahagian lagi. Putar dan habiskan gula bahagian ketiga. Putar sehingga kelihatan peaks atau reben. 

      Kemudian ambil dua, senduk bahan A. Campurkan perlahan-lahan ke dalam putih telor. Guna kaedah kaup balik.
     Selepas itu, Campurkan putih telor bersama baki bahan A. Kjee guna spatula untuk kaup balik perlahan-lahan sehingga semua bahan mesra. 
      Tuang ke dalam acuan 22cm. Kemudian dihentak-hentak untuk buang angin. Kathrine buat 7 kali. Kjee ikut gak. Maklumlah takut sebab first time buat. 

      Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 140 selama 45 minit. Kjee set pada suhu 150 darjah. Ikut kepanasan oven kita lah.
      Selepas 45 minit, tambah suhu ke 160 dan bakar 10 minit lagi. Kjee letak suhu 170 dan bakar lebih kurang 15 lagi. Nak bagi permukaan nampak lebih menarik. 

      Sebaik sahaja tamat tempih berkenaan, cepat2 keluarkan dan terus terbalikkan acuan atas redai. 
      Kathrine kata sampai sejuk betul2 baru dikeluarkan. Dia tak sebut berapa lama. Blog lain yang Kjee intai kata dalam 3-4 jam. Ini untuk elak kek itu collapse atau mendap. 


       Tonggengkan acuan yang dikeluarkan dari oven seperti 👇. 


      Kena sabar sampai benar2 sejuk. Guna spatula dan lalukan keliling acuan dan yang tengah tu. 
      Dan sebaik sahaja dipotong selepas 3 jam dibiarkan atas meja, Alhamdulillah syukur. Menepati citarasa. Unsangkarable Kjee boleh buat!!! 
       Korang cubalah. Kena ikut betul2 resipi. Jangan tengok satu aje. Google tiga empat blog. Insya Allah berjaya. 


Foto bawah ini yang Kjee petik dari video Baking Tutorial by Kathrine Kwa. 

 









2 comments:

  1. Wah.. fantastic la kak jee.. gud job!!
    Tp resepi kek buah tu ada sini ke kak jee? 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kjee heran camner hilang dari blog ni. Nanti Kjee cadi. Mmg mantap!

      Delete