Namanya belit2. Hash Brown Potates. Sebenarnya ia hanya kentang sagat digoreng ala lempeng. Tetapi opkos rasanya lebih sedap ler dari lempeng!
Kjee tak ingat kat restoran makanan segera mana Kjee makan dulu. Sedapnya! So jenuh gi supermarket cari. Tetapi lama kelamaan nak cuba buat sendiri. Tanya cik google. Senang buat tapi renyah sikit.
Mula2 kentang dibuang kulit dan disagat guna box grater. Guna yang mata sederhana.
Selepas disagat, perah air kentang sampai kering dan buang airnya. Pukul sebiji telor letak garam dan sedikit lada hitam kisar. Campur dengan kentang sagat.
Kemudian panaskan kuali non stick dan letak sedikit minyak. Guna api sederhana. Kemudian tuangkan kentang tadi dan leperkan.
Api jangan besar. Masa memasak agak lama. Guna penutup periuk supaya wap cepat masakkan kentang. Biarkan dalam 10 minit. Kemudian terbalikkan. Sambung masak sehingga kedua-dua belah garing.
Kemudian padam api dan transfer ke pinggan. Dipotong-potong ikut suka. Dulu Kjee pernah masak dalam kuali kenit 6". Lambat sangat. So kerja mudah, lebur satu kuali. 😬
Makan bersama telor mata dan hot dog. Cili sos jangan lupa.
Boleh dijadikan untuk sahur. Especially kalau anak2 cerewet dan memilih makan waktu Sahur.
Betul kak jee.. msk hash brown mmg lama sgt..
ReplyDeleteTp, cantik kejadian telur mata kak jee.. kak jee grg dlm pan kck ke? 🤗
Yup. Non stick pan 5 inci rasanya. Api kena slow.
Delete