Setelah dua tahun, akhirnya minggu lepas dapat lah Kjee rasa semula pencuci mulut kesukaan Kjee ni. Baru tahu dia orang panggil Thai Milk Dessert atau pencuci mulut susu Thai.
Kalau singgah jamu selera di Ali Tom Yam, Jln Datuk Keramat, UnclePali akan terus amik satu atau dua bekas untuk Kjee. Kenit jer bekasnya. Bekas dadih biasa. Dulu rm2.50 tetapi selepas dua tahun restoran tu cuti, harga naik singgit lagi.
Kjee tak pernah makan pencuci mulut ini kat mana2 restoran jual Tom Yam. Mungkin hanya dibuat oleh tukang masak kat authentic Thai restaurants. Tapi di Ali Tom Yam rasanya dihantar orang. Bukan dia orang buat.
UP kata tak reti ke buat sendiri? Macam senang katanya. Bingsu (pencuci mulut Korea) yang nampak payah pun cam mudah jer UP buat dulu.
So menyambut cabaran UP, Kjee pun geledah fail cik google. Ohhh ianya jatuh dalam kategori Thai Milk Desserts! Bahan-bahan ikut suka kita cuma perlu dicurahkan susu sejat atau evaporated milk.
Bahan yang Kjee senaraikan untuk UP gi beli ialah buah kabung, biji selasih, jeli dan cempedak. UP tatap list. Katanya letak laici pun cegini 👍. Dia memang suka laici dalam tin. Kjee suka longan. Ala adik beradik lah tu. Orite ada satu tin laici dalam fridge.
So bahan-bahan dah ada. Oh ya kena buat sirap merah. Just for color. Kat Ali Tom Yam dia orang tak letak. Mungkin dicampur susu pekat sikit kat susu cair.
Foto atas ini yang belum dicurah susu cair. Just nak tunjuk korang cara nak susun bahan2 tu.
Sedap makan chilled. Apatah lagi di bulan Puasa kan! Buatnya cenang bah itu. Rasanya amat nyaman!
Buat jangan tak buat. Bahan2 nya lu urang fikir lah sendiri apa yang sedap kan!
Ni yg mcm kat Johnny's tu ke kak jee? Nmpk cantik la plk.. colorful.. 😉
ReplyDeleteEntah dah berpuluh tahun tak ke sana.
Delete