Kalau tekak meragam sebab badan tak sihat, makanan pilihan Kjee ialah Kway Teow. Tak kisahlah Penang Fried Kway Teow ke. Atau yang bersup seperti Kway Teow sup Utara dan semua sewaktu.
Kway Teow Beef Ginger ini sepatutnya Kjee masak untuk Buka Puasa semalam. Tetapi kerana tak sihat, bagun Sahur tadi, Kjee buat sebab tak nak teringat-ingat sepanjang hari. 😀
Oleh kerana kurang pencahayaan dari luar, maklum lah masa Subuh, kejadian foto nampak kurang berselera. Tetapi percayalah ia sebenarnya cukup sedap. ☺️😋
Ini resipi hantam sajalah labu yang Kjee masak ikut naluri. Tetapi rasanya resipi sebenar sikit lebih kurang aje.
So semalam, Kjee senaraikan bahan2 yang perlu dibeli UnclePali. Kwayteow mesti yang halus. Yang kasar tak minat. Halia mesti betul2 muda especially yang ada tunas. Macam foto bawah yang Kjee google. Halia muda tak pedas sangat berbanding halia tua. Dan daun bawang mesti yang gemuk2.
Of course daging mesti batang pinang. Kena daging lembut sebab masaknya secara stir fry. Tetapi daging biasa pun okay asal korang rebus sampai lembut. Air rebusan daging itu pun tersangatlah penting.
Selain itu perlu ada tiga jenis kicap. Kicap manis, kicap cair (Kjee guna Nampla atau kicap Thai) dan kicap karamel untuk warna. Ada orang guna sos tiram. Kjee tak guna. Dan last sekali satu sudu makan tepung jagung yang telah dicampur sedikit air. Untuk pekatkan kuah.
Itu aje. Mesti dimasak dan terus makan. Jangan lupa potong2 cili padi yang telah diletak kicap cair.
Untuk resipi klik SINI.
Cukup pencahayaannya kak jee.. cukup menyelerakan plk lg..
ReplyDeleteLin pun suka kuew tiau yg halus..
Take care kak jee.. 🤗