Wednesday, April 27, 2022

BISKUT DAM


       Kjee menahan airmata ketika buat biskut ini lepas Subuh tadi. Takut gugur airmata bukan kerana menahan kesakitan tetapi inilah Biskut Raya wajib arwah Bonda.
       Setiap tahun masa Bonda masih hidup, Kjee lah tukang buat biskut ini. Sangat renyah. Perlu kesabaran tinggi. Dan masa bakar dalam oven, kena hati2. Tak boleh nampak macam berubah warna sekelilingnya. 
       Sebab itu daripada tiga anak perempuan nya, Bonda hanya percaya Kjee buat. Sebab dia kata Kjee penyabar orangnya. Ya lah tu. 😬🤭
       Kjee buat biskut ini sebab UnclePali kata dia tak pernah makan. Tetapi selalu tengok foto. Kjee dah lama tak buat sebab buku resipi arwah Bonda entah mana letak. 
       And then tetiba Farizal Radzali punya resipi muncul di my FB newsfeed. Tak ke teruja!! Dia letak tepung jagung. Kjee rasa mak tak letak tapi no harm trying. Dibawah ini Kjee letak resipi nya. 


Biskut Dam 
resipi FARIZAL RADZALI
Bahan²:-
1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin (Kjee guna pure butter) 
3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
1 biji telur ayam saiz A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:-
1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dgn gula sampai sebati.
2. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau.
3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
4. Bahagikan doh kpd 2 bhgn. Satu bhgn gaulkan dgn serbuk koko.
5. Buat potongan & susun selang seli spt dlm gambar.
6. Potong guna benang.
7. Bakar api atas bawah 170° 20-30 minit (ikut oven masing²).

       Adunan Kjee agak lembik. Kjee tambah lebih kurang setengah cawan tepung jagung. Masih tak boleh canai. So Kjee tambah lebih kurang setengah cawan tepung gandum. Baru boleh canai. Mungkin telor Kjee saiz AA. Lain kali letak kuning telor aje lah. 
       Kjee potong guna pisau tajam. Itu cara arwah Bonda dulu. 
       Langkah pertama canai lebih kurang tiga suku inci. Kemudian ditoreh-toreh. 


Langkah kedua, susun sehelai demi sehelai bermula dengan warna asal, diikuti cokelat dan warna asal. Rapat2kan. Kemudian ditindih dengan warna cokelat, warna asal dan cokelat. Diikuti warna asal dan cokelat sehingga jadi tiga lapis. 


       Guna pisau dan mampankan baru dipotong-potong. 

      

       Susun atas dulang dan bakar. Suhu Kjee letak 190 darjah. Masa dalam 25 minit. Ikut kepanasan oven masing- masing. 



       Selamat mencuba. Kjee tahu renyah tetap hasilnya boleh buat korang happy. 










   

2 comments:

  1. Rajinnya kak jee ...wpun baru baik demam

    ReplyDelete
  2. Inilah kuih faveret saya masa budak2... rasa kagum sangat pada sesiapa yg raji bikin kuih ni sejak kecil lagi....

    ReplyDelete