Sejak Kjee terbaca satu rencana kononnya pengidap Diabetes tidak boleh makan nasi lembik termasuk bubur, Kjee jadi takut. Itu yang buat Kjee jauhkan diri dari bubur favorite Kjee ni.
Unclepali pulak kata, mungkin tidak digalakkan. Bukan tak boleh langsung kot, dia pujuk Kjee. Tahu sangat orang ghumah dia ni suka sangat bubur lambuk. Opkos bubur lambuk airtangan sendiri. Bukan yang lain. ðŸ¤
Kjee tak mahu jadi hipokrit. Rasanya Bubur Lambuk Kjee ini tiada tandingan. Ewah. Tapi tentu korang tak pernah dengar Kjee puji melambung-lambung makanan yang Kjee masak. Ada blogger (oppps jahatnya mulut aku), tiap kali buat entri makanan akan terus kata ia sedap sangat. Hmmmm. Sukati dia lah kan!
Anyway, saja nak bagitahu Bubur Lambuk Telor Asin+daging yang Kjee buat arini, paling perfect! Selalunya kena tambah garam atau kicap cair. Tetapi Alhamdulillah Kjee pun terkejut makan tadi. Mungkin berkat di bulan Ramadan.
Atau mungkin Kjee masak sikit aje sebab ia bukan makanan fav UnclePali. So, kerana teringin nak makan, terpaksa masak dan makan sowang2.
Kjee jarang2 masak Bubur ini guna beras yang telah dicuci, ditos dan dibekukan. Baru tahu setahun dua ini. Kononnya untuk percepatkan proses memasak. Selalunya Kjee guna Pressure Cooker. Masak lebih kurang 30 minit. Pastu kena pindahkan pulak ke periuk. Paling menyampah nak kena cuci PC yang berat.
Guna beras beku, masak terus dalam periuk. Tadi ambil masa 15 minit aje mungkin kerana Kjee masak tak banyak. Tetapi apabila dah siap, cukup untuk makan dua orang. Foto bawah beras yang Kjee dah cuci kemudian bekukan.
Korang yang suka buat Bubur Nasi yang kosong elok ikut cara guna beras beku. Cantik sangat kejadiannya!
Untuk resipi penuh Bubur Lambuk Kjee ini, korang KLIK SINI.
0 comments:
Post a Comment