Saturday, April 16, 2022

DOWN'S SYNDROME


       Sekarang ni semua orang cakap pasal Down's Syndrome (DS) sejak terjadinya kes anak syurga Bella, mangsa penderaan dan penganiayaan.
       Kjee dah lama tahu pasal DS ni. Ada dua tiga orang kawan yang ada anak2 syurga tersebut.
       Kuasa Allah swt, hampir semua anak2 DS memiliki wajah yang serupa. Kalau tidak pun, sekali imbas kita boleh kenal anak itu Down's Syndrome.

       Terjadinya DS kerana terdapat Chromosome 21 dalam tubuh anak itu. Kjee tak nak lah cerita panjang2 hal ini sebab bukan pakar. Nak tahu lebih lanjut, korang google. Kjee ada screen capture seperti dibawah. 

       Tetapi bagi Kjee yang hanya tahu DS sekali imbas, ia berlaku sekiranya seseorang wanita itu mengandung di usia yang lewat. Itu yang Kjee faham sejak dulu2. Tetapi sekarang tidak pula. Ada yang hamil dan melahirkan di usia muda pun, berkemungkinan dapat anak DS. Wallahualam.

       Besar kan kurniaan Allah swt. Hampir semua anak2 DS punya wajah yang boleh dikenali. Tak kesahlah anak Melayu, Cina, India, Mat Salleh atau Negro.


      Dari pemerhatian Kjee, anak2 DS punya sifat yang ceria. Seringkali senyum atau ketawa. Suka buat sesuatu berulangkali. Misalnya anak kawan Kjee, kalau jumpa orang, dia akan bersalaman tanpa henti. Kita kena layan aje lah walaupun kelakar. 
       Ada yang hyper. Lari je sana sini tanpa henti. Dan ada yang sober. Suka menyendiri tetapi dengar kata. Dan boleh diasuh buat kerja yang ringan2. 

       Itu aje yang Kjee boleh kongsi sebagai seorang layman atau insan yang cakap dari pengalaman. Bukan dari segi perubatan. 
       Kenapa dipanggil Down's Syndrome? Nama orang yang mula2 menemui penyakit ini ialah Dr J Langdon Down. 

         DS akan menyebabkan seseorang anak itu, menjadi lembab pada otaknya. Tetapi tubuhnya tidak cacat. 
       Ia bukan penyakit genetik atau turun temurun. Kalau berkahwin dengan pasangan yang normal, dia boleh dapat anak yang normal.
SEMUA FOTO EHSAN GOOGLE

DISCLAIMER
TULISAN DIATAS HANYA SUATU PANDANGAN PERIBADI. BUKAN PANDANGAN DISEGI PERUBATAN. 

0 comments:

Post a Comment