Sekarang ni Kjee tak sihat nak masak hari-hari. So korang kena siap sedia dengan kisah-kisah isu semasa ulasan Kjee. Dan juga citer-citer merapu. 🤭
Makan Mati, Tak Makan pun Mati. Itu antara kata2 yang sering arwah mak lemparkan kalau kami adik beradik tegur cara pemakanan dia.
Rasanya Arwah Mak dapat penyakit Diabetes di awal usia empat puluhan. Dulu Kjee guna perkataan kencing manis. Tetapi setelah ditegur seorang doktor Kjee tukar guna Diabetes.
Perkataan kencing manis bunyi sangat elok. Apa yang manis kan sedap kata doktor tu. Tetapi manis ini boleh bawak maut. So jangan lagi guna perkataan itu, sambungnya lagi. Okay lah tu.
Mak kena diabetes sebab suka sangat makan makanan yang manis-manis. Baik kuih muih ataupun minuman. Kat rumah stok gula pasir nya ada berkati-kati. Sirap merah tu dia buat sendiri. Dan ada berbotol-botol!
Mujur sebaik mula kerja, Kjee dah tinggal berasingan. Tinggal dengan mak, tentu awal2 lagi Kjee dah kena Diabetes. Kjee hanya dapat penyakit itu di hujung usia lima puluhan. Kjee pelik sebab kita punyalah berjaga-jaga. Tak suka air manis atau kuih yang manis sangat, tetapi terkena juga!
Rupa2nya penyakit ini adalah genetik
Kjee dapat sebab mak ada. Allahu Akhbar. Hati2 korang! So memang tak boleh elak lagi!
Masih teringat dan terasa di tekak, Kuih Bakar Bombay arwah mak yang sedap giler. Tak pernah makan kuih tu, sesedap itu, yang orang lain buat. Kuih Bakar Bombay arwah mak 'bersakau' di permukaan. Makna 'bersakau', gulanya terbit di permukaan kuih! Kalau tak bersakau, kureng sedapnya!!
Hmmm sambil kami sama-sama layan Kuih Bakar Bombay mak tu, kami suruh dia beringat. Dia ada Diabetes. Dan jawapannya cliche sangat. "Makan, Mati, Tak Makan pun Mati. Baik ler aku makan'"
Korang intailah resipi tu DISINI. Makan tanggung sendiri. 😝😁🤭
Selain itu, Diabetes mak semakin teruk sebab dia kuat menipu kami. Kami dah sediakan dia alat untuk cek kandungan gula dalam darah dia. Tiap kali kami tanya dia akan jawab "Don't worry. All under control'".
Justru mak meninggal di usia 64 tahun, 25 tahun yang lalu kerana komplikasi Diabetes. Lima hari dia koma. Kjee ikut sama mak dalam ambulans ke Hospital Tawakkal. Lima hari kemudian dia pergi.
Okay bab Kjee. My sugar level is under control. Mine is type 2. Jarang melebihi angka 8. Serius. Ini tak tipu sebab Kjee penakut ya rabbi. Ada kawan UnclePali, angka sampai tak boleh baca dan dicucuk insulin.
Foto bawah ini antara bacaan gula Kjee.
Kjee sebenarnya bedal apa aje yang Kjee teringin. Tetapi sangat berpada-pada. Malah minum air manis sehari sekali aje iaitu di waktu pagi. Sebab itu Kjee selalu hypo. Terhoyong hayang sebab badan tak cukup gula.
Tetapi aku taklah macam arwah mak. "MAKAN MATI, TAK MAKAN PUN MATI!"
Foto paling atas, famili Kjee. Mak yang belakang berdiri di tengah2. Orang tua yang duduk tu nenek sebelah bapa. Sekarang tinggal Kjee berdua dengan Abang Ahmad Fauzee.
AL FATIHAH.
Betul kak jee, diabetes ni memang keturunan, kalau salah seorang ada..confirm kita pun ada..itu yang SA berjaga- jaga sekarang...Mak SA siap insulin dah sekarang..
ReplyDelete😓
Deletecantiknyer mak kak jee..
ReplyDeleteAnak dia pun. Hehehe
DeleteCantik bergaya semuanya.. kak jee siap dgn handbag.. 🤩
ReplyDeleteApapun, take care kak jee..
Arwah mak memang jaga penampilan anak2 perempuan dia bila keluar. Baju2 kami semua dia jahit. Semua sedondon.
Delete