Monday, April 11, 2022

POPIA SATAR


       Punyalah Kjee excited hari itu apabila ternampak resipi Popia Satar lalu di newsfeed Kjee! Dah lama teringin nak makan. The last time tak ingat bila. Pemberian seorang sahabat.
       Kjee dan UnclePali memang hantu Satar. Pernah dulu, kami sanggup travel ke Terengganu semata-mata rindu nak makan Satar. Masa itu tak pernah jumpa orang jual di Kolumpo! 
       Jadi, apabila diperkenalkan kepada Popia Satar, mestilah Kjee excited sangat. Kjee yakin satu hari mesti dapat buat sendiri. 
       Bagi mereka yang tak kenal Satar ikan yang sangat femes kat Terengganu tu, lihat foto bawah yang Kjee google. Ada dua versi iaitu pedas dan pedas-pedas manis. Dua-dua sedap ya amat! 


       Orang Ganu jual Satar tepi jalan
Dipanggang atas arang. Harganya Kjee dah lupa. Tapi di sesetengah foodcourt di KL, satu cucuk tiga satar rm4.50!
       Apabila dapat resipinya, berhari-hari Kjee plan. Tak lah susah sangat nak buat tetapi kan Kjee jatuh sakit sehari sebelum Ramadan. Lima hari terlantar. 
       And yesterday Kjee pun buat ler ikut resipi bawah ni. 


POPIA SATAR
SHARIFAH NOR HJ ABDULLAH
Bahan2nya:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih *
10 biji cili api *
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 batang serai *
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Caranya:
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang, 
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk bertanda *
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
Kalau suka tambah sedikit halba untuk rase kelainan.
        Goreng guna api sederhana sehingga keperang-perangan. Makan panas2. That means kalau buat di bulan Puasa, goreng sebelum dengar Azan. 
        Tetapi Sahur tadi ada baki 4 ketoi buka puasa semalam. Kulit popia dah tak ranggup so Kjee goreng seketika. Dan terus menjadi ranggup! 



       Foto atas tu inti yang telah Kjee proses. Ada nampak sedikit tulang ikan. Kemudian diambil sedikit inti dan letak atas kulit popia. Gulung. Dan goreng. 
       Selamat mencuba. Tak kenal tak cinta. Ada lagi 6 ketul dalam freezer. Nanti goreng petang ini. 





0 comments:

Post a Comment