DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, August 30, 2022

SPICY GARLIC PRAWNS SPAGHETTI


       Kjee jarang-jarang buat Spageti ala2 Aglio Olio sebab tak konfiden. Dunno why. Walhal senang sangat. So apabila nampak resipi ini yang dikongsi Chef Marion Grasby of Marion's Kitchen, Kjee pun cubalah tadi.
       Senang aje resipinya cuma Marion letak Spring Onion Pesto atau Pesto Daun Bawang. Kjee pernah buat Pesto ini dulu. Ntah sapa yg ajar, lupa pulak. Oh ya masa itu, dia kata kalau ada banyak daun bawang dan takut rosak, buatlah pesto. Simpan dlm peti ais. Boleh letak dalam spageti.

       Cara buat pesto ni, hiris daun bawang. Kemudian sagat bawang putih dan campur. Pastu panaskan minyak Zaitun (olive oil). Minyak tu dah panas, curahkan atas daun bawang + bawang putih tadi.
 Marion ajar letak halia sagat sikit. Tapi Kjee terlupa dan letak bawang putih aje. Ok lah tu. Dah siap, tepikan.



       Next step rebus Spageti. Letak banyak garam dalam air rebusan itu. Sepatah kata Marion.. the water must taste like the ocean. Maknanya air yang hendak dididihkan itu mesti masin seperti air laut. Maklumlah spageti kan tawar. Dah mendidih air itu baru masukkan spageti. Masa merebus ikut arahan tertera pada kotak/peket.    
       Sementara menunggu spag kenyal atau al dente, sediakan udang. 'Bogelkan' terus. Tak nak kulit atau kepalanya. 😁
       Sekiranya spageti sudah elok kenyal, tepikan sedikit air rebus untuk guna jika merasa hidangan terlalu kering. 


       Panaskan kuali dengan lebih kurang 3 sudu makan olive oil. Actually kalo tak ada, minyak masak pun boleh. Ketuk hingga hancur 3 ulas bawang putih. Masukkan ke dalam kuali. Bawang putih sudah berubah warna, terus masukkan udang. Balik2 sampai udang bertukar warna. 

       Letak cili flakes ikut kepedasan yang korang suka. Kalau tak ada, boleh ketuk-ketuk 3-4 biji cili padi dan masukkan. Bagi Kjee, pedas sikit pun sedap. Cili flakes boleh dibeli di mana2 pasaraya. 
       Toskan spageti dan masukkan ke dalam kuali. Gaul bagi mesra. Letak tiga atau empat sudu Pesto. Ketika ini Marion suruh letak kicap cair dan sos tiram. Kjee hanya letak sos tiram sebab takut termasin jika letak air rebusan spageti. Air itu diletak kalau dirasakan hidangan terlalu kering. Kjee letak sebab suka makan Spageti yang basah2 sikit. 
       Itu jer. Terus hidang. 


 


Sunday, August 28, 2022

GORENG IKAN KELI TAK MELETUP


       Kjee pasti ramai yang kenal apa itu Ikan Keli. Omputih panggil catfish kot. Kenapa?  Mungkin catfish ada misai panjang macam kucing. Pepandai lah mokcik. 😁🤭
       Anyway,  Kjee belajar makan ikan ini dari arwah bapak. Hanya Kjee sorang yang ikut citarasa dia berkaitan ikan keli. Adik beradik lain ditakut-takutkan oleh Arwah Mak yang kononnya ikan ini licin macam ular. Justeru semua tak berani makan. Arwah bapak akan beli lauk ikan keli apabila dia balik kerja. Hanya untuk Kjee dan dia.
       Mujurlah my husband dan anak suka makan ikan ni. UnclePali sekadar ikut jer. Makan pun cara kuis-kuis. 😁
       Mungkin ada benarnya badan ikan Keli licin macam ular. Entahlah Kjee tak pernah pegang ular. Nauzubillah. Eeee nak sebut pun dah beremang bulu roma!!

       Sebenarnya selain ikan ini licin,  ia juga meletup-letup ketika digoreng. Awas korang!  Satu dapur terpercik minyak kalau tak reti tekniknya!
       Kjee tak lah terer tapi kena tahu caranya untuk elakkan ikan itu meletup-letup ketika digoreng.
       First thing,  korang pilih ikan keli yang sudah siap disiang. Tak payah nak tunjuk terer beli ikan yang masih hidup dan melompat-lompat dalam baldi peniaga.

       Kemudian korang letak ikan dalam besen dan lumur ikan dengan asam Jawa yang sudah dicampur dengan sedikit air. Kalau ada limau tak kesahlah limau kasturi atau limau nipis,  boleh gunakan. 
       Dah dilumur,  perap lebih kurang 20 minit. Pastu baru diurut-urut seluruh badan ikan itu dengan air asam Jawa atau limau sehingga lendir itu hilang. Kemudian cuci bersih.
       Lendir pada ikan itu kalau tidak dicuci akan menyebabkan ia meletup-letup masa digoreng.

       Toreh2 badan ikan dan letak kunyit dan garam pada ikan dan biarkan ia duduk dalam fridge lebih kurang 20 minit gitu. Lepas tu gorenglah macam biasa. Insya Allah dapur dan nyawa korang terselamat.
       Kjee suka cicah ikan Keli goreng dengan air Asam. Cara buatnya,  hiris bulat nipis2 bawang besar,  sedikit belacan goreng,  cili padi yang diricik,  air asam jawa,  sedikit gula dan sedikit jus limau kasturi. Bancuh semua tu.

      So kalau yang selama ini suka makan Ikan Keli tapi serik goreng meletup-letup macam nak perang,  cubalah teknik Kjee ini.


       Masak lauk Lemak Cili Api sama belimbing buluh, pun sedap. Podeh-podeh. Tapi orang Nismilan salai dulu. Sodap tau! 

Sunday, August 21, 2022

CEMPEDAK GORENG TAK SERAP MINYAK


       Kjee jarang-jarang beli Cempedak dan goreng sendiri. Lebih mudah beli yang sudah siap goreng. Tetapi ada kalanya bengang apabila yang beli itu berminyak. Selalu Kjee terpaksa tekap dengan tisu untuk serapkan minyak itu sebelum selesa nak makan.
       Jadi apabila terbaca satu post satu ketika dulu cara orang niaga yang  gorengan cempedak gerenti tidak serap minyak, maka Kjee cukup teruja.
        Tetapi macam biasa lah apabila nak beli,  tak jumpa orang jual. Serius ni. Sebelum ini setiap kali lalu depan food court AU5 Keramat,  tengok aje orang jual. Intai dan nampak tulisan rm12 sekilo. UP tanya nak ke? Kjee geleng. Sebiji mau dekat 5 kilo. Kali rm12 sekilo dekat rm60 sebiji. Patutlah orang jual yang dah siap goreng sampai rm2 seulas!! 

       Dah beriya-iya nak beli dan goreng sendiri,  orang tu pulak tak jual!!  UP kata mungkin dah kena cekup MPAJ sebab niaga tepi jalan!  Wallahualam. 
       Pujuk hati ini. Mungkin musim dah berlalu. Tunggu lah musim akan datang. Luahan hati Kjee mana nak beli cempedak dibuat di FB. Manalah tahu ada insan yang dapat beri info. 
       Memang tidak disangka-sangka rezeki Kjee. Sahabat Kjee Rodly Fadly call tanya malam itu lepas Maghrib ada rumah tak?  Dia nak singgah hantar barang. Barang apa dia tak nak beritahu. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali sahaja keluar jumpa Rodly di kawasan yang dia familiar di Taman Melawati. 
       Unclepali sampai depan rumah dan Kjee bau cempedak semerbak!  Dia sengih sambil tunjuk beg plastik berisi sebiji cempedak!!! 


      Buah dari pokok yang ditanam depan rumah Rodly! Waduuhhhh sukanya Kjee. 
      Esoknya UnclePali terpaksa bergegas balik kampung atas urusan keluarga. Kebetulan sepanjang hari tak ada air so Kjee tangguh hajat nak belah bukak cempedak tu. Menjelang petang baru ada air. So jeng jeng jeng!!



       Nampak aje buahnya kecik tetapi setiap ulas tebal dan manis!!! So Kjee simpan dalam peti ais tunggu UP balik. 
      Sampai aje dia,  Kjee terus bancuh tepung beras bersama air suam,  sedikit minyak,  secoit kapur (yang orang tua2 calit kat sireh)  dan sedikit serbuk kunyit. Campur hingga sebati. Jangan terlalu cair atau pekat. Adunan agak2 aje sebab hanya ada dalam 12 ulas. 
       Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah panas,  celupkan sebiji dalam adunan dan masukkan ke dalam kuali. Api ketika ini diperlahankan sedikit. Jangan letak terlalu banyak dalam kuali. Kjee hanya letak dalam 5 ulas. 

       Tarraa hasil setiap gorengan sangat molek dan tak serap minyak!!!! 
       Dibawah ini,  Kjee kongsi adunan yang tepat dan cara menggoreng. Terima kasih Syukri Aminuddin. 


       Selamat Mencuba.