Kuah kacang yang Kjee tahu buat, cuma kuah Sate. Maklumlah dilahirkan dalam keluarga penjual sate, jadi dari kecik hanya tahu buat cara itu.
Apabila dah tahu cara memasaknya, Kjee dah tak minat cuba resipi kuah kacang lain kerana kuah sate kami tak banyak bahan macam kuah kacang. Tiada rempah ratus. Cuma kacang, cili kering, bawang dan gula Melaka.
Kjee suka sangat kalau cicah kuah sate dengan roti. Sedap sangat. Tapi kalau ada nasi impit, tersangat ngamlah.
Kelmarin Kjee sangai kacang tanah. Hajat hati nak buat kuah sate. Sedihnya, dibalun sampai licin oleh asben kita yang suka sangat macam kacang. Itulah 'ubat' gout dia. ðŸ¤
Sebelum kita intai resipi kuah sate, Kjee nak bagi tips camner nak sangai kacang tanah, camner nak tahu dah elok masak ke tidak dan cara buang kulitnya. Kjee dah share kat FB aritu seperti dibawah.
Tahu tak korang cara betul nk tahu kacang tanah yang disangai itu sudah elok masaknya?
Biar mokcik story sikit.
Letak kacang dalam kuali dan guna api slow. Api besar kacang jadi hangit dan pahit. Balik2kan selalu. Lebih kurang 20 minit gitu. Kemudian keluarkan sebiji dua dan sejukkan. Dah sejuk, kunyah dan pasti dapat rasa kacang tu dah cukup masak. Kalau belum sangai lagi.
Kalau korang amik sebiji dari kuali masa panas2 terus masuk mulut, selain lidah korang melecur, korang akan tetap rasa kacang tu belum cukup masak.
Lepas tu tuang semua kacang tu dlm tampi (mokcik guna besen jer) dan amik batu tumbuk dan gesek. Jangan guna tangan tanpa alas tuala (korang cuba terai test tengok apa jadi!) dan jangan lama2 nanti kacang jadi serbuk. Gesek sikit, tampi dan tiup buang kulit.
Tampi kat luar rumah. Jangan jadi pemalas cam aku tampi kat sinki. Berselerak kulit kacang satu lantai dapur. Dah rasa puas hati, sejukkan kacang tadi. Dah 100% sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara untuk digunakan nanti.
Faham? Tak Faham buat2 ler faham. 😅
Hah itu lah cara nak proses kacang tanah selepas disangai.
Okaylah kalau dah siap kacang tanah jadi kacang goreng, intai resipinya DISINI.
0 comments:
Post a Comment