Lauk ini dengan wong Jowo memang tidak boleh dipisahkan. Sampai asben kita yang dulu mencebek apabila first time Kjee nak masak masa lepas kahwin dulu, sekarang suka sangat! 🤭
Rata2 ramai frens Kjee di FB yang bukan wong Jowo kata, lauk ini hanya boleh dinikmati pada musim perayaan. Tersedak wong Jowo dengar. Bukan lauk eksotik pun. 😁
Kjee tak pasti lauk ini turut dimasak oleh orang Jawa di Indonesia. Contohnya macam Mi Bandung atau sirap Bandung. Kalau kat sana dia org tak kenal pun. Maka wong Jowo Malaysia bolehlah ngaku ini lauk Malaysia. 👍
Arwah Mak kalau buat lauk ini, dia letak macam2. Ayam lah, hati, pedal dan udang. Kali ini Kjee letak yang wajib iaitu tahu tempe, kacang panjang dan ayam. Juga, seketul dua hati ayam. Udang tak ada stok. Dan kalau ada petai, Ya Allah sedapnya jika letak!
Rahsia kesedapan lodeh kering ini ialah mesti letak gula Melaka dan belacan. Juga letak banyak cili. Harus ada tiga jenis iaitu cili kering, cili merah dan cili padi. Tapi hari ini Kjee terlupa pasal cili kering. Resipi penuh korang KLIK SINI.
Lauk fav ni kak jee.. mkn nasi dgn lauk ni sj pun da ok.. 🤗
ReplyDelete