Kjee ni 'hantu' segala jenis Mi, Bihun atau Kway Teow yang berkuah atau basah. Malangnya UnclePali tak minat sangat. Tetapi itu bukan satu penghalang untuk Kjee. Nak makan silakan, tak nak dia buatlah sendiri mi tanpa kuah.
Tetapi UnclePali tak kesah kalau Kjee ajak dia makan Mi Jawa Suwarno di Kampung Baru. Dulu dia tak lah suka sangat. Hmmm banyak lauk pauk Jawa sebenarnya dia tak berkenan. Tapi apabila seringkali dimasak orang ghumah, well whatever lah. Redho jer. 😆🤷♀️
Hari ini UP balik kampung. Urusan tanah Arwah Mak dia yang meninggal dunia 26 hari lalu.
So, apabila tinggal sorang2, Kjee kena fikir apa nak masak. Mujur arini Kjee sihat sikit. Tadi dah suruh UP beli sawi dan mi kuning. Plan nak buat Mi Bandung Muar.
Oleh kerana tak ada stok pes, Kjee google resipi. Cari yang paling simple. Dan mesti semua bahan ada di rumah.
Banyak resipi tak guna kacang tanah sangai. Kjee nampak resipi Mat Gebu ada letak. So sementara tunggu daging direbus, Kjee sangai kacang tanah. Daging dah lembut, dihiris kecik2. Dua sudu makan udang kering direndam dalam air panas dan dikisar halus.
Then keluarkan cili kisar dari peti ais. Ketuk2 bawang putih dua ulas. Panaskan pan dan tumis bawang putih hingga garing. Masukkan pula dua sudu cili kisar, ikutlah kepedasan sendiri. Dah naik minyak, masukkan udang kering kisar. Tumis lagi sehingga naik bau dan udang kering dah garing.
Kemudian masukkan satu cawan air rebusan daging. Sudah mendidih, masukkan daging. Apabila mendidih, letak satu sudu sos cili, satu sudu sis tiram dan sawi yang telah dipotong-potong.
Kemudian ambil tiga senduk kuah dah letak dalam kuali kenit. Pasang api perlahan dan pecahkan telor sehingga telor itu mengeras sikit. Ini tips dari Mat Gebu supaya kuning telor itu tak pecah.
Kuah dalam pan dimasukkan satu sudu besar kacang tanah sangai yang telah ditumbuk halus (Kacang ini optional) dan mi kuning yang telah dicuci dan toskan. Apabila Mi sudah lembut sedikit, pindahkan ke mangkuk. Perlahan-lahan curahkan kuah bersama telor dari kuali kenit diatas mangkuk. Hati2 jangan telor pecah.
Nikmatilah masa hidangan masih panas. Ini untuk Mi Bandung satu portion aje. Kalau nak buat untuk ramai orang, gandakan lah.
Nampak foto macam banyak minyak. Sebenarnya Kjee terlupa air rebusan daging itu ada kandungan lemak.. Hmmm silap Kjee. So korang hati-hatilah.
dapnye mi bandong muor <3 resepi arwah nenek saya letak keledek, so berlemak and manis sikit.
ReplyDelete