Thursday, September 8, 2022

MI HAILAM KICAP



       Ini antara Mi kesukaan Kjee yang paling mudah dimasak. Dalam masa 10 minit dah boleh makan. Kalau time kelaparan Mi Hailam menjadi pilihan sekiranya ada mi kuning dan sawi.
       Mi Hailam tak cerewet. Boleh letak ayam, daging, udang atau sotong. Semua boleh masuk!! Letak semua sekali gus pun okaylah! 😆
       Semalam untuk lunch Kjee letak daging. Kjee memang dah siap2 rebus daging untuk kerja jimat masa. Airnya simpan sekali. Hah kalau nak buat Mi Hailam dan semua yang sewaktu, kan dah senang! 
       Mi Hailam semalam terlajak 'gelap'. Kjee masak ketika badan tak sihat. So tak perasan terlebih tuang kicap Karamel. Mujur kicap karamel tak ada rasa. Cuma untuk bagi cantik kejadian. 👇

       Hari ini Kjee selongkar freezer jumpa dua ketul ayam bahagian peha' (thighs). Cukuplah untuk buat Mi Hailam for me. UnclePali tak berapa berkenan makan Mi Hailam. Rugi tau tak makan. Sedap cegini 👍👍👍. 
        Kali ini Kjee hati2 tuang kicap karamel. Takut terlajak gelap lagi 😝. Kicap ini boleh dibeli di semua pasaraya, opkos di bahagian kicap. Kalau tak ada, usah bimbang. Kita yang buat dia! 
       Kjee guna bukan sahaja untuk goreng mi/mihun tetapi untuk lauk yang perlu kaler hitam.          
       Pernah dulu Kjee letak sikit masa buat kuih kaswi. Jangan ketawa. Serius ni. Cantik kaler kuih tu. Opah penyanyi Wann yang ajar buat kuih Kaswi letak kicap sikit. 
       Selain mudah dan cepat masak, Mi Hailam juga elok dihidang untuk anak2 sebab tak pedas.
       Both my husband dan anak terer masak Mi Hailam. Tetapi ada sorang customer dulu kata Nadia masak lagi sedap. Airtangan anak dara kot 
       Okay untuk resipi sila klik SINI.  Cara Nadia buat Mi Hailam.

2 comments:

  1. kesukaan ammi sekeluarga juga ni..

    Kak Jee...kalau dah rebus daging banyak2 siap2 tu Kak Jee simpan kat freezer ke? nak cuba buat jugalah..senang nak prepare breakfast pepagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mesti simpan dlm freezer. Kalau letak kat bawah tu, akan bertukar kulat. Rugi jer!

      Delete