Teringat satu kisah lucu sewaktu Kjee meniaga di Foodcourt Anjung Melawati dulu. Ramai budak2 sekolah beratur time habis waktu sekolah. Dia orang memang hari2 booking Ice Blended UnclePali. Malah nama UnclePali yang dia orang selalu jerit2, terlekat hingga ke hari ini. 😂
Dalam ramai2 budak2 yang berasak-asak itu, Kjee terdengar satu budak ni kata.. "Eh sini ada jual Mi Kari Nyonya lah. Nyonya mana pulak ni?" Geli hati Kjee dengar. 😆
Dah lama Kjee tak masak Mi Kari. Hujung minggu lepas, Kjee ke Klinik Pergigian Zalinda nak tampal gigi. Dentist Dr Azizah nampak aje Kjee dia kata : "Wah lamanya tak makan Mi Kari Kjee. Puas saya makan tempat lain. Tak sama"
Dalam kereta nak balik Kjee beritahu UP nak buat utk Dr Azizah dan staf KPZ. Semua di situ macam adik2 dan anak2 Kjee. So itulah kisahnya Kjee buat Mi Kari hari ini. Rempahnya Kjee buat semalam. Kalau kena buat hari ini, tak sempatlah dia orang nak makan lunchtime.
Oleh kerana, rempah dah siap, mudahlah kerja Kjee hari ini. Lepas sarapan, Kjee mula proses. UP tolong buat kuah. Rempah dimasukkan dalam periuk, letak air dan ayam dan santan dan lebur. Yang lain semua Kjee buat.
Semua bahan ☝️ kena celur. Dan setelah kuah siap dan bahan dicelur, UnclePali punya giliran packing untuk dihantar ke KPZ. Tak banyak. 10 pax jer.
Selesai packing, Kjee sukat kuah dan ayam ke dalam plastik. Kelamkabut tadi sebab Kjee bukannya sihat sangat. UP nak buat semua tapi Kjee mana reti duduk diam.
Dan akhirnya UP pack semua letak dalam kotak polistairin yg putih tu. Cara ini makanan sampai dapat dimakan panas2. Terus kami ke KPZ 👇.
Resipi penuh Mi Kari, korang klik SINI.
0 comments:
Post a Comment