Kalau Kjee ke Restoran Sakura Kristal di Taman Melawati, lauk yang seringkali di order ialah Crispy Spicy Eggplant. Atau Sambal Terung Garing. Sepelaung aje restoran itu dari rumah kita.
Tetapi minggu lepas masa lalu kawasan itu, terkejut Kjee kerana Sakura Kristal dah tutup. Lama dah rupa2nya. Pada 31 Julai lalu. Frustnya Kjee sebab ada dua tiga jenis makanan disitu yang Kjee berkenan bebenor. Terutama sekali Crispy Spicy Eggplant.
Oleh kerana terlalu teringin, Kjee pun suruh my asben gi Hero Market dan beli terung ungu macam 👆.
Memanglah kalau buat sendiri tidak sama. Tapi no harm trying, kan! Dan masa makan tadi, Kjee happy lah. Walaupun macam sama, tapi tak serupa. Apapun, sedap jugaklah. Boleh buat kali kedua.
Resipinya mudah aje. Buat sambal nya dulu. Kjee guna ibu sambal tumis yang sentiasa ada dalam freezer. Kjee panaskan. Tumbuk udang kering yang telah dicuci dan rendam seketika. Pastu udang kering tu dicampur sama sambal. Goreng sampai udang tu garing. Tepikan.
Kemudian terung (Kjee panggil terung kontot) dipotong memanjang. Sebiji potong empat. Golek2 dalam tepung jagung kering dan goreng dalam minyak panas dan banyak sehingga garing.
Letak dalam piring dan sambal tadi diletak atas terung. Itu aje. Cuba lah. Mana tahu citarasa kita sama.
Oh ya oleh kerana Kjee guna Ibu Sambal yang masa buat dulu dah cukup rasa, tak perlu letak garam lagi. Lagipun udang kering pun masin juga, walaupun setelah dicuci.
Resipi Ibu Sambal, klik SINI.
Lauk fav ni kak jee.. mkn dgn nasi panas2.. aduhai.. 😉
ReplyDelete