Thursday, October 27, 2022

CARROT CAKE CHEESE TOPPING


       Kjee tak pandai buat kek. Kerana itu lah Kjee jarang-jarang baking. Tetapi jauh di sudut hati tetap berkeinginan untuk mencuba. Ada lah cuba beberapa kali tetapi kalau Kjee senyap aje dan tak post dalam blog, pepaham lah kan. 🤫
       Beberapa hari lepas, UnclePali teringin nak makan Carrot Cake. So dia singgah kat Secret Recipe. Beli dua potong kecik. Mak oiii RM8 sepotong. Kjee hitung2 kalau buat sendiri mungkin modal hanya RM20 untuk sebiji Carrot Cake! 
       You reti buat ke, UP tanya? Eh see the leg lah jawab Kjee. Kan pernah buat sekali dulu. Why tak buat lagi? Kjee diam. Then pelan2 jawab. First time aritu tak sukses sangat. 🤭
       UP kata biar dia buat kali ini. Barang semua dah beli. Oppps pagi tadi, tangan dia luka. Since bahan2 dah keluar fridge Kjee pun buatlah sorang2. 


       Masuk dalam oven. Cek resipi, aikkk bake 20 minit aje? Biar betul!! Lepas 20 minit, permukaan kek masih basah. Tambah 20 minit lagi. Tak puas hati. Isyhhh kena tambah masa lagi kot. Dah 50 minit baru puas hati. 

       Lepas keluar dari oven, Kjee terbalikkan atas redai besi dan sejukkan. Sejukkan betul2 baru boleh sapu cheese topping. 
      Kita tengok bahan2. Kjee siap semua baru start kerja. Panaskan oven dan sediakan loyang 8x8in. Loyang bulat ke, empat segi ke, suka hati lah. Lapik kertas minyak. 

Resipi asal Kathrine Kwa. 
BAHAN2 
200 gms carrot sagat (tepikan) 
50 gms kismis (kjee letak 80gms)
A
150gms minyak jagung 
150 gms gula castor 
3 biji telor gred A 
B
180gms tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
Setengah sudu kecil baking soda 
Setengah sudu kecil serbuk kayu manis 
Secubit garam 
(Satukan dan ayak) 
C
120 gms Butter 
70 gms Cream cheese
40 gms Gula icing
1 sudu kecik Jus lemon
Kacang walnut (optional) 

CARA
Guna whisk atau senduk kayu dan kacau A sehingga sebati. Masukkan kismis. Gaul. Masukkan B dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan carrot. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit ikut kepanasan oven masing2. Keluar dan sejukkan atas redai. 
       Putar butter dengan cream cheese hingga pucat. Masukkan gula icing. Kacau. Masukkan jus lemon. Kacau lagi. 
      Sapu atas kek. Hias dengan kacang walnut yang telah dibakar dalam oven, ikut kreativiti. Kalau tak ada kacang, okay aje. 
       Kjee gandakan bahan2 untuk cheese topping sebab mahu tutup keseluruhan kek. Kjee guna satu tiub 250gms cream cheese, 150gms butter, 80gms gula dan dua sudu kecik jus. Kalau tidak, ikut sahaja resipi asal. 
       Abaikan kejadian cream cheese topping dan taburan kacang. Hasil kerastangan UnclePali. 🤭
       Chill kan sejam dalam fridge baru potong tau. 



       Kjee dan UnclePali suka sangat hasil kejadian. Boleh buat lagi dan lagi. Tak cerewet pembikinannya. 
       Selamat mencuba. 



       















1 comment:

  1. Lin pun mcm kak jee.. prnh buat once upon a time.. terbiar ats meja, end up masuk rubbish bin.. 🤭

    ReplyDelete