Kelakar baca pasal pompuan yang mengaku dia Kak Long kawasan dan warning jangan ada gerai sebelah dia, jual apa dia jual. Kjee ingat kat ceruk mana rupa2nya kat kawasan elit Taman Tun Dr Ismail, TTDI.
Dulu pun Kjee niaga juga tapi bukan pacak payung. Niaga ada lesen di foodcourt Taman Melawati.
Start jer niaga, ada satu dua peniaga (yang niaga 5-6 bulan sebelum Kjee) nyibuk intai apa Kjee jual.
Kjee jual lebih 20 makanan dari 7am-4pm. Laksa Johor, Mi Kari, Bubur Lambuk jer sudah sedia. Tak payah masak on the spot. Lain semua kena masuk dapur kenit kami, masak. Gilir2 Kjee, UP dan Nadia.
Tiada gerai lain jual apa kami jual sebab Kjee tak mau gaduh. Mungkin dia orang dah ada pelanggan tetap.
Tetapi satu hari satu makcik ni (yang niaga selang 5 lot gerai), datang dan beritahu kalo Kjee stop niaga, dia nak amik semua menu Kjee. Kenapa tak amik sekarang? Dia kata tak mau gaduh. Pulak.
Tetiba 6 bulan kemudian Kjee sakit. Nadia sambung masuk University. UP tak menang tangan so kami buat keputusan berhenti niaga.
Ali, yang niaga sebelah kata, gerai lain tak ramai pelanggan tapi tak tutup. Kenapa Kjee mesti tutup! Tak apalah. Biarlah kastemer Kjee ke gerai2 lain pulak.
Makcik tadi semestinya cukup seronok. Mesti dia doa siang malam supaya Kjee stop niaga. Malah ada juga yang ke MPAJ, komplen gerai Kjee sapu semua customer. Tak nak kongsi2. Aikkkk.
Foto 👆 masa Kjee last day niaga. Nasi briani dan segala dome atas meja tu, peniaga yang amik alih tumpang promo apa dia jual.
So the moral of my story ni, kalau niaga, pastikan jual makanan yang tak sama. Ada ke orang jual Laksa Johor, Mi Kari atau Bubur Lambuk dari jam 7 pagi? Ada orang Johor datang kata Laksa Johor bukan makanan untuk sarapan. Tapi heran ya, Kjee buka gerai jer, ada yang dah tunggu nak makan. So? Mungkin orang tak makan Laksa Johor pepagi buta sebab tak der org jual. 😁
So kalo ada yang nak mula niaga, elakkan kemungkinan gaduh atau kena bomoh. Kjee tak kata kami tak terkena serpihan 'bomoh'. Ada kata tak nampak kedai kami, atau gelap macam tutup walhal kami cuti sehari jer seminggu.
Ada pakcik (yang wajah dia ala2 bomoh 😄) datang kata dia jumpa selonggok duit satu sen belakang kedai kami. Hmmm ada kata dia yg tabur pastu kutip balik. Wallahualam. Foto 👆 hiasan.
Ada satu pekedai upah mamat antar ais datang makan kat gerai kami sebaik sahaja bukak. Dia makan nasi lemak yang baru UnclePali bungkus. Terus jerit kata basi!! Kebetulan ada satu kastemer tgh makan nasi lemak kami. Dia pertahankan nasi lemak Kjee. Pastu setelah pemandu lori ais tu beredar, my maid kata nampak mamat tu ketawa sambil tepuk tangan dengan peniaga jiran. Macam hepi dia berjaya buat kecuh kat gerai Kjee.
Sebab itu Kjee stop niaga dan amik order online. Tak ada org kacau.
Penang Fried Kwayteow yang laku keras. Masa itu jual rm3 rasanya satu pinggan. Sekarang ada jual rm8 hingga rm12 satu pinggan. Mungkin nak pergi Haji balik hari. 😁😁😁
Sampai macam tu sekali yer kak..
ReplyDeleteBerniaga online pun ok jgk kak..
Rezeki Allah luas ada dimana2..
Semoga dipermudahkan segala urusan akak..
Allahu.. ruginya baru tau skrg gerai kak jee niaga.. kalau dari dulu da tau, mmg sllu la singgah.. menu semua fav.. 🤩
ReplyDelete