Sejak akhir2 ini, cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat, buatkan badan kita semua tak selesa. Dalam cuaca terang benderang tetiba hujan turun dengan lebatnya.
Dua hari lepas Kjee beritahu UnclePali kalau ada Jeli Air Kelapa Muda, mesti nyaman. Aritu nampak satu bekas kecik rm2.50. Hmmmm ramai peniaga amik kesempatan kan!
UP tanya susah ke nak buat. Kjee tahu dia tak nak nyusahkan isteri dia yang tak sihat. Kemudian dalam senyap2 dia tengok dalam blog Kjee.
Dan tak sampai setengah jam dia balik sambil mengendung beg plastik yang berisi 3 biji kelapa muda. Dia juga beli serbuk agar2 cap burung yang beratnya 10gms.
"U jangan masuk dapur. Dah siap nanti, I letak dalam freezer. Dah chill boleh makan." Kjee senyum. Itulah dia UP. Tak suka diganggu kalau dia masuk dapur.
Dan tarrrraaaa, sejam kemudian siaplah 19 bekas Jeli Air Kelapa Muda.
Modal kata UP, tak sampai rm20. Kalau beli satu bekas rm2.50, korang kiralah berapa hengget.
UP buat manisnya sesedap rasa. Maklumlah isteri dia diabetic. Apapun tak apalah. Ubat kan ada. Hehehe.
Kalau nak cara lengkap membuatnya, sila klik SINI.
Alahai senang sesangat. Asal ada kerajinan ya. Hujung minggu nanti ajak anak2 buat. Yang wedok dan yang lanang.