Hari itu masa buat Spaghetti Fresh Mushroom Soup, Kjee bengang sebab tak ada chilli flakes. UP selongkar pantri cari chili flakes peket. Selalunya apabila beli pizza, Kjee suruh UP mintak banyak2 chilli flakes.
Kjee banyak guna chilli flakes ketika makan Spaghetti, bubur nasi atau pun sup. Memang versatile chilli flakes. Oleh kerana dah habis, baru terfikir buat stok baru.
Tabur banyak2 atas spaghetti memang ngam lah. Begitu juga atas pizza.
Buatnya bukan susah. Hanya satu bahan aje iaitu cili kering. Pilih yang elok, buang tangkai dan cuci sekejap. Tak perlu rendam. Kemudian tos sampai kering.
Pastikan ia kering betul2. Kjee keringkan atas towel dapur yang bersih semalaman setelah ditos.
Esoknya Kjee potong-potong atau gunting-gunting. Ada orang buang bijinya tetapi Kjee biarkan begitu. Biji itu yang buat cili tu pedas.
Selepas itu, sangai lah. Yang masih tak tahu apa itu sangai, ia adalah proses menggoreng tanpa guna minyak. Api jangan besar. Mesti jaga agar tidak hangus.
Kemudian dikisar. Jangan terlalu halus.
Chili Flakes bukan cili serbuk. Ia lebih kasar. Bukan tak ada jual. Shopee pun ada. Tetapi buatnya mudah sangat. Dan yang penting, ia bersih. Simpan dalam bekas kedap udara.
0 comments:
Post a Comment