DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, February 25, 2023

SAMOSA INTI KENTANG


        Kejadian pagi tadi. Kekok betul membentuknya sebab dah lama tak buat. Benda macam ini kena banyak kali practise. Tetapi pelik jugak masa Kjee buat dulu, elok pulak kejadiannya. Mungkin faktor usia. 😅
        Kjee pernah amik order kengkawan dulu. Dan juga buat yang frozen. Jadi, pagi tadi macam konfiden aje. Tetapi hasilnya Kjee hampir2 give up. Pandai UnclePali pujuk kata dah cantik lah tu.
        Kjee buat inti kentang ala2 Potato Masala. Tetapi dimasak sampai kering. Kjee guna dua biji kentang yang agak besar, dibuang kulit, didadu supaya cepat masak dan rebus sehingga lembut.     Kemudian Kjee lenyek guna potato masher. Kalau tiada, guna garfu pun ok.


 Kjee hiris satu labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Tumis guna sedikit minyak sehingga layu. Letak setengah sudu makan serbuk kunyit. Selepas itu, masukkan kentang lenyek bersama setengah cawan air. Masak sehingga hampir kering. Kjee juga letak satu kiub ayam dan taburkan cili flakes. Dah kering, padamkan api dan sejukkan. 

        Kjee ada tunjuk cara melipat dan mengisi inti kentang dalam satu entri dulu. Klik SINI. 


        Kemudian digoreng guna api sederhana besar. Itu aje. Harap2 panduan melipat Samosa dalam entri sebelum dapat menghasilkan kejadian yang molek. Selamat Mencuba. 








        

Friday, February 24, 2023

BUBUR LAMBUK


        Yayyyy kalau Kjee dah mula buat Bubur Lambuk maknanya Ramadan sudah hampir menjelma. Lebih kurang sebulan aje lagi.
       Dan Bubur Lambuk Special ini akan Kjee sediakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau hampir bosan menikmatinya. 😁
        Tetapi Kjee boleh gerenti sesiapa yang pernah cuba buat cara Kjee ini akan seringkali teringat kalau tiba Ramadan. Insya Allah. 
        Dulu masa Kjee jual bubur ini kat Pasar Juadah Melawati, ada seorang pakcik tu kecewa banget apabila bubur dah habis masa dia datang. 
        "Adoi macam mana saya nak jawab kat anak saya? Dia yang kirim. Tempat lain tak jual macam yang ini!" Ketakutan dia. Maklumlah di bulan Ramadan anak2 banyak ragamnya kalau berpuasa. 
        Unclepali yang terdengar terus ambil satu bekas dibawah meja. Bubur itu untuk kami berbuka Puasa. Terus serah kepada pakcik tadi. Apabila dia tahu itu untuk kami berbuka puasa, dia kata: "Eh pakcik bayar dua kali ganda!" Kjee tolak duit dia. "Hadiah kami untuk anak pakcik!" Sedih bila terkenang. 

        Hari ini Kjee masak guna kaedah cuci beras dan rendam dalam air dalam freezer. Air tu biar tinggi satu inci dari beras. Dan pagi esok terus letak beras rendaman beku itu dalam periuk. Tambah lagi air separuh periuk dan rebus. Kjee juga rebus daging yang dipotong kecik2 dan direbus, sehari sebelumnya. Air daging turut dimasuk ke dalam rebusan beras. 
        Tarrraaa selalunya Kjee masak dalam Pressure cooker tetapi guna kaedah ini tak perlu pressure cooker. Sekejap aje dah siap. 
        Korang yang selalu follow cara Kjee buat Bubur Lambuk ini mesti sedia maklum Kjee pecahkan telor asin ke dalam periuk hampir2 bubur sudah nak siap. Bukan rebus sebiji-biji dalam periuk asing2 macam orang rebus telor asin. 
        Baca resipi lengkap kat DISINI. Tapi tukarlah cara lama itu dengan guna beras beku ya. 
        SELAMAT MENCUBA. 

     

Monday, February 20, 2023

PANCAKE UNCLEPALI


        Dua hari lepas Kjee tanya UnclePali sama ada dia masih ingat buat pancakes. Dah lama dia tak buat pancakes yang sangat2 sedap. Dia pandang Kjee sambil senyum. Pada Kjee senyuman itu maknanya dia dah terlupa caranya.
        Semalam Kjee tak sihat. Keluar bilik lepas solat Subuh terus baring atas my Ikea Poang Armchair depan tv. Terlena.
        Tiba2 UP kejutkan. Dah terhidang pancakes depan mata. Sebak Kjee. I was speechless. Itulah UP. Suka buat surprises. 
        Tadi Kjee pergi dentist. Sepatutnya cabut gigi tapi kena tangguh a few more days. Apapun, dua tiga hari ini tak boleh makan food yang keras2. So UnclePali kata dia akan buat pancakes for lunch. Makk aiii sukanya kita.
        Masa first time buat dulu, dia pernah tanya Kjee resipi. Kjee suruh dia google aje. Rahsia pancakes sedap rupa-rupanya mesti letak sedikit butter dalam adunan. Ohhh jadi 'Butter makes it better'!!
        Kjee memang serahkan UnclePali buat pancakes. Kalau Kjee yang buat, selalu UP komplen.  😁
        Nak resipi penuh, klik SINI.
Foto2 bawah ini pancakes yang UnclePali buat dulu. Sedap makan jika sapu butter dan juga Maple syrup. Tetapi letak madu lebah pun awesome. 
       









Friday, February 17, 2023

MI KARI NYONYA PUNYA 😬


       Hari ini Kjee buat Mi Kari untuk  'adik' Kjee dan staff opis dia. No bukan  jual tetapi orang kata 'membalas budi baik dia' terhadap Kjee selama ini. Known her banyak tahun dah. Dah anggap my adik.
        Tenaga ada sikit aje tetapi my beloved other half, ringan tulang bantu Kjee buat dari mula hingga akhir. Tak ler susah mana. Tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Tetapi kalau buat sensowang mahu amik masa tiga kali ganda. 😀
        Hari ini tak ada kerang dan taugeh. Semalam gi supermarket, taugeh dia macam dah nazak. Kerang pulak kenit2. Buang masa aje nak nak buang kulit. 
        Foto bawah ini yang Kjee buat dulu. Memang cukup semua bahan. 


        Resipi lengkap Mi Kari Nyonya ni, sila klik SINI
        Sorry frens yang seringkali nak order. Kjee tak sihat. Ini pun mujur UnclePali nak tolong. Angin tengah baik. 
😁😁😁




Thursday, February 16, 2023

TELOR CEPLOK TAUCU


        Kekadang tekak Kjee pelik sangat. Tetiba tadi teringin sangat nak makan Telor Ceplok masak Taucu. Ceplok tu bahasa wong Jowo. Maknanya telor goreng. 😂😂😂
        Lauk orang bujang ni. Especially kalau dah masuk bulan tua. Tapi Kjee kenal lauk ini sejak kecik. Celik2 mata dah tau Telor Ceplok Taucu. So apabila housemate kita setuju lauk ini untuk lunch, kita pun punyalah suka. 
        First thing cek fridge dulu tengok kalau2 ada stok taucu. Alhamdulillah. Telor memang sentiasa ada. Kami guna satu papan seminggu. Maklumlah zaman barang mahal. Tetapi telor pun tak murah sekarang. 
        Apabila Kjee beritahu UP yang Kjee nak masak Telor Ceplok Taucu, terus dia ke dapur goreng telor. Dia kata Kjee tak pandai goreng telor. Dia goreng empat biji. 

        Kemudian Kjee hiris bulat2 sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih dan empat biji cili padi. Semua ini ditumis sampai layu. Kemudian masukkan satu cawan air dan satu sudu makan taucu. Kjee hanya ada stok taucu yang kasar2. Masih dalam bentuk kacang. 
        Apabila sudah mendidih, masukkan setengah sudu kecil gula dan satu keping asam gelugor. Letak gula dan asam keping sebab nak bagi rasa lauk itu seimbang. Ada masam, masin dan manis. 

        Kemudian pelan2 masukkan telor ceplok tadi. Perlahankan api. Biarkan telor itu serap sikit kuah dalam masa 7-8 minit. Kemudian padam api. 
        Itu aje. Lauk ini antara lauk yang membuka, selera jika tekak meragam. 
        Hari ini Kjee juga goreng tongkeng ayam. Garing-garing. Tak ramai suka tapi kami suami isteri punya fav. Untuk sayur seperti biasa hanya ada timun Jepun. So buatlah sambal tempoyak cili. 








Tuesday, February 14, 2023

MAPO TOFU


        Ini lunch mudah tadi. Badan tak sihat. Rasa macam lemah. UP tanya nak makan apa, dia pergi beli. Hmmm tadi Kjee nampak ada taufoo Jepun kat dalam peti ais. Masak itu ajelah.
        Kjee pernah nampak satu masa dulu resipi Mopu Tofu. Resipi daerah Sichuan, China. Kalau resipi Sichuan, mesti pedas. Mudah aje nak masak. Dan masa tak sihat, mesti tekak nak makan yang pedas-pedas. 
        So mula-mula keluarkan dua ketul ayam bahagian peha (thighs). Buang tulang dan ricik halus2. Kemudian ketuk tiga ulas bawang putih. Kjee juga hiris satu inci halia. Tumis. Kjee guna kuali leper. 
       Dah naik bau, masukkan dua sudu makan cili kisar. Biarkan pecah minyak dan masukkan ayam. 
        Ada 3 ketul tofu Jepun lembut. Kjee guna dua saja dan potong-potong setebal setengah inci. 


        Dalam kuali tumisan tadi letak satu cawan air. Biarkan ia kembali mendidih sehingga ayam masak. Letak satu sudu kicap manis dan satu kiub Ayam. Rasa. 
        Kjee jumpa pulak daun bawang. Ricik sepanjang dua inci dan masukkan ke dalam kuali. 
        Last sekali baru masukkan tofu perlahan-lahan. Hati2 kacau jangan sampai pecah. Sesekali balikkan tofu. 
        Bancuh satu sudu tepung jagung dalam dua sudu air dan curahkan. Kuah dah pekat, padam api. Terus hidang.

Friday, February 10, 2023

LOBAK BENING & TAUPOK


        Kjee cukup suka lobak putih masak bening (kata orang Jawa) atau masak air. Kebetulan ada baki taupok atau tauhu kering masa masak Mi Kari aritu.
        Ada kata lobak putih tak sedap, ada bau dan macam2 lagilah. Pada Kjee, sedap sangat. Mujur UnclePali pun suka. 
        Aritu UP beli satu batang lobak putih kat Hero Market. Dia terus beli sebab dia tahu fav orang rumah dia.
        Cara masak mudah aje. Ketuk dua ulas bawang putih, tumis sampai naik bau terus letak air. Dah mendidih, masukkan lobak yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong. Saiz potong mesti sama supaya masak sekata.
        Hari ini Kjee letak udang kering. Boleh letak apa2 yang ada. Ikan bilis atau kiub ayam atau kiub bilis pun ok.
        Dah empuk lobak, masukkan taupok. Perasakan jika perlu. Didih sekejap. Padam api dan hidang. Taupok kuat sedut sup tau. Kuah cepat kering. 
        Lobak Putih ini banyak khasiat. Terutama untuk ibu2 yang menyusu anak. Nak tahu lebih, korang google ler. 
          Ini untuk hidangan tengah hari tadi. Kjee juga goreng ikan Pelaling. Selain itu tumbuk cili padi, letak sebelah tempoyak dan ulamkan timun. 

Thursday, February 2, 2023

MEE LIDI GORENG


        Mee lidi? Kjee rasa ramai yang tak kenal termasuk Kjee. Dalam usia ini, baru tahu pasal Mee Lidi dua minggu lepas setelah ternampak my fren, Anne Osman (adik penyanyi Man Bai yang cantik), tayang kat FB dia. 
      Kjee terliur tengok Anne buat. So paksa UP gi cari. Jumpa kat Hero Market. Satu peket (dah rebus jadi lebih kurang satu kilo) harga dekat RM4. UP yang kaki order online kata lagi murah. Ada yang Rm2 aje satu peket!

       Setelah rasa buat pertama kali aritu (foto bawah), terus Kjee jatuh cinta sebab tak ada bau asid boric. Itu bahan yang diguna untuk buat Mi Kuning tahan lama! Jadi lebih sihat kot. Wallahualam. 


        Tadi, setelah dua hari rasa tak sihat dan terbaring aje, Kjee teringin nak makan mi goreng opkos guna mee lidi. Bahan yang ada cuma ayam dan sawi. Udang yillek. 
        Tapi mujur ada Mee Lidi yang baru sampai kelmarin order online. Lima peket lebih kurang Rm16 termasuk delivery. So Kjee buat slow2 lepas Subuh tadi. 
       Kjee guna stok sambal tumis yang ada dalam peti ais. Mudah kerja. Kalau tak ada, korang tumbuk bawang merah, bawang putih dan tumis dengan cili kisar sampai garing. Letak sikit sos tiram, kicap dan ayam atau udang. 
       Tapi, mula2 kena process Mee Lidi. Didih air. Kemudian masukkan Mee Lidi. Rebus lebih kurang 6-7 minit atau apabila korang rasa dah cukup lembut. Kemudian lalu bawah air paip dan toskan. 




        Pastu korang gorenglah ikut resipi sendiri. Hari tu Anne buat Mee Lidi Sup. Hah itu Kjee belum try. Macam2 boleh dibuat guna Mee Lidi. Boleh jadi Mi Hailam, Mi Bandung dan semua lah. 
        Bagi Kjee rasa Mee Lidi lagi sedap dari Mi Kuning Biasa. Lagipun, kalau teringin nak makan mi, rebus aje Mee Lidi. Tak risau simpan stok lama2 macam Mi Kuning kan!