Thursday, February 2, 2023

MEE LIDI GORENG


        Mee lidi? Kjee rasa ramai yang tak kenal termasuk Kjee. Dalam usia ini, baru tahu pasal Mee Lidi dua minggu lepas setelah ternampak my fren, Anne Osman (adik penyanyi Man Bai yang cantik), tayang kat FB dia. 
      Kjee terliur tengok Anne buat. So paksa UP gi cari. Jumpa kat Hero Market. Satu peket (dah rebus jadi lebih kurang satu kilo) harga dekat RM4. UP yang kaki order online kata lagi murah. Ada yang Rm2 aje satu peket!

       Setelah rasa buat pertama kali aritu (foto bawah), terus Kjee jatuh cinta sebab tak ada bau asid boric. Itu bahan yang diguna untuk buat Mi Kuning tahan lama! Jadi lebih sihat kot. Wallahualam. 


        Tadi, setelah dua hari rasa tak sihat dan terbaring aje, Kjee teringin nak makan mi goreng opkos guna mee lidi. Bahan yang ada cuma ayam dan sawi. Udang yillek. 
        Tapi mujur ada Mee Lidi yang baru sampai kelmarin order online. Lima peket lebih kurang Rm16 termasuk delivery. So Kjee buat slow2 lepas Subuh tadi. 
       Kjee guna stok sambal tumis yang ada dalam peti ais. Mudah kerja. Kalau tak ada, korang tumbuk bawang merah, bawang putih dan tumis dengan cili kisar sampai garing. Letak sikit sos tiram, kicap dan ayam atau udang. 
       Tapi, mula2 kena process Mee Lidi. Didih air. Kemudian masukkan Mee Lidi. Rebus lebih kurang 6-7 minit atau apabila korang rasa dah cukup lembut. Kemudian lalu bawah air paip dan toskan. 




        Pastu korang gorenglah ikut resipi sendiri. Hari tu Anne buat Mee Lidi Sup. Hah itu Kjee belum try. Macam2 boleh dibuat guna Mee Lidi. Boleh jadi Mi Hailam, Mi Bandung dan semua lah. 
        Bagi Kjee rasa Mee Lidi lagi sedap dari Mi Kuning Biasa. Lagipun, kalau teringin nak makan mi, rebus aje Mee Lidi. Tak risau simpan stok lama2 macam Mi Kuning kan! 



2 comments:

  1. Saya belajar makan mee lidi ni semasa pergi rumah kawan blogger masakan di brunei. Kat brunei femes dengan mee Thaitong. Sedap sekali.

    ReplyDelete
  2. Lamanya saya cari blog puan. Tadi cari tentang rumput helikopter ternampak muka puan . Rindu mcm terubat.

    ReplyDelete