Kejadian pagi tadi. Kekok betul membentuknya sebab dah lama tak buat. Benda macam ini kena banyak kali practise. Tetapi pelik jugak masa Kjee buat dulu, elok pulak kejadiannya. Mungkin faktor usia. 😅
Kjee pernah amik order kengkawan dulu. Dan juga buat yang frozen. Jadi, pagi tadi macam konfiden aje. Tetapi hasilnya Kjee hampir2 give up. Pandai UnclePali pujuk kata dah cantik lah tu.
Kjee buat inti kentang ala2 Potato Masala. Tetapi dimasak sampai kering. Kjee guna dua biji kentang yang agak besar, dibuang kulit, didadu supaya cepat masak dan rebus sehingga lembut. Kemudian Kjee lenyek guna potato masher. Kalau tiada, guna garfu pun ok.
Kjee hiris satu labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Tumis guna sedikit minyak sehingga layu. Letak setengah sudu makan serbuk kunyit. Selepas itu, masukkan kentang lenyek bersama setengah cawan air. Masak sehingga hampir kering. Kjee juga letak satu kiub ayam dan taburkan cili flakes. Dah kering, padamkan api dan sejukkan.
Kjee ada tunjuk cara melipat dan mengisi inti kentang dalam satu entri dulu. Klik SINI.
Kemudian digoreng guna api sederhana besar. Itu aje. Harap2 panduan melipat Samosa dalam entri sebelum dapat menghasilkan kejadian yang molek. Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment