Esok umat Islam seluruh dunia (ikut tarikh tempatan) akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Bulan paling Mulia dan Berkat dalam kalendar Islam.
Dan kita akan mula berpuasa selama sebulan, Insya Allah. Selain itu malam ini kita mula Solat Tarawih sama ada di surau, mesjid atau sendirian (seperti mokcik) di rumah.
Mudah-mudahan segala amalan, kebaikan dan sedekah kita diterima Allah swt. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Dan sepanjang Ramadan, Kjee akan mempertingkatkan amal ibadat. Mudah-mudahan ini bukan Ramadan ku yang terakhir.
Justru menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, Kjee akan bercuti selama sebulan daripada aktif blogging. Insya Allah.
Jadi ini adalah posting terakhir Kjee sebelum Ramadan esok. Sekiranya ada yang ingin mengikuti posting2 lepas dalam blog ini, sila cek senarai atau label Kjee.
Lebih mudah lagi, korang scroll sehingga ke hujung page ini. Ada label seperti foto diatas. Tengok satu persatu dan klik mana citer yang berkenaan. Ada posting masakan, citer artis dan juga citer Cik Han. 😁
Selamat menjalani ibadah Puasa. Maaf Zahir dan Batin.
Insya Allah, panjang umur kita jumpa lagi di bulan Syawal. Aamiin Ya Rabbal Alamin.