Tuesday, March 7, 2023

GETUK SINGKUNG

        Apabila Kjee sebut nak makan, UnclePali akan cuba, sedapa upaya dapatkannya. Maklumlah sejak dua menjak ini, Kjee kurang berselera makan. Mujur apa yang Kjee teringin, tidaklah sampai bocor wallet dia. 😂🤣😂
       Akhir2 ni, Kjee nak sangat makan Getuk Singkung atau Ubi Getuk Goreng. Biasanya kalau ke gerai2 orang jual kuih sebelah petang, mesti ada. Tetapi dah beberapa hari tak jumpa. Itulah pasal apabila kita nak makan mesti jenuh mencari. Masa tak nak, ada aje orang jual. 
       So bermulalah episod mencari ubi kayu pagi semalam. UP balik dari kedai sengih2 dengan 3 batang Ubi Kayu dan sebiji kelapa parut. 
       Dan  first thing buang kulit, dadu2 dan rebus dengan sedikit garam. Dah empuk, lenyek dan sejukkan. Campur setengah biji kelapa parut yang putih dan gula. Pastu kepal-kepal dan bulatkan. Kemudian bancuh tepung beras dengan secubit garam dan secoit kapur masak. Celup dan goreng. 
       



        Wahh tadi dapat 34 biji yang besar bola golf. Lepas digoreng 10 biji untuk minum petang, Kjee bekukan. 
        Cara Kjee buat boleh lihat SINI. Oleh kerana Ramadan dah hampir menjelang, elok dibuat kuih muih yang boleh dibekukan. Jimatlah masa nanti nak buat hidangan Berbuka Puasa ya. 


 

0 comments:

Post a Comment