Menjelang aje bulan Puasa, ikan Talang Kering menjadi antara lauk pilihan kami. Aritu UP ke kedai Soon Cheong Marine di Selayang. Kedai itu mempunyai stok segala jenis ikan kering/bilis/sotong. Harga boleh tahan murah.
So hari pertama berbuka nanti, Insya Allah lauk Ikan Kering Talang. Masalahnya pilihan antara masak lemak atau kari. Opkos Kjee suka dimasak kari. Dan UP pula suka Masak Lemak Kuning.
Kari Ikan Talang lauk yang Kjee jamu UP beberapa hari selepas kami berkenalan. Kjee masak untuk makan tengah hari. Dia terkejut. "Eh sedapnya. Pandai you masak!" Dia ingat itu aje ke yang kita terer. 😬 Tapi tak sampai beberapa minggu selepas itu, terus ajak kita nikah. ðŸ¤
Resipi kari ikan talang, klik SINI.
Tetapi demi sayangkan suami kita, Khamis ini kita buat lah Masak Lemak. Dia tak kesah letak nanas ke tidak. So mungkin Kjee masak ikan kering aje. Resipi klik SINI.
Selain itu, UP tak cerewet kalau Kjee buat kuih muih. Apa sahaja ok baginya. Asal jangan membazir pesannya. Insya Allah tak. Buat banyak, hulur lah sepiring dua kat jiran kan? Kongsi2 rezeki.
Dan biasanya kuih di bawah ini jadi pilihan Kjee. Resipi dari fren FB Rina Mohd Dom. Toke kuih muih yang terer!
Resipi klik SINI.
Pagar2 Kjee dah tak sekukuh dulu. Jadi kena makan kuih muih yang lembut dan tak perlu kunyah banyak2. 😂
Selain itu antara lauk sampingan kesukaan Kjee (UP panggil lauk ompompuan) ialah Kerabu. Tak kesahlsh apa jenis pun. Suka sangat. Kjee bedal sowang2. Resipi klik SINI.
Sllunya lin msk lemak ikan kurau masin.. xprnh plk ganti dgn ikan talang.. nti nk cuba cari kat alamanda la..
ReplyDeleteTp serius, semua yg kak jee sebut tu fav.. 🤩