Saturday, March 18, 2023

INTI KELAPA MANIS


        Selain Sambal Tumis dan Sambal Ijo, Inti Kelapa Manis juga mesti Kjee buat sebagai stok untuk bulan Puasa. Inti ini sangat versatile dan boleh jadi pelbagai jenis kuih muih kegemaran my asben. Kjee makan sikit jer maklumlah ada diabetes!
        Antara kuih muih yang seringkali Kjee buat guna Inti Kelapa Manis ialah Pulut Inti, Kuih Badak Berendam, Kuih Koci dan Kuih Bom Bijan. 

        Resipi klik SINI. 

        Resipi klik SINI. 

        Kjee  hanya guna Gula Merah jenis timbang kilo. Selalu dijual di kedai runcit Mamak. Ini adalah kerana warnanya agak gelap. Kejadiannya cantik. 
        Selain itu, harus guna kelapa parut putih yang muda. Memang susah nak dapat kelapa parut yang muda kat Kolumpo. Nak buat camner. Kalau dapat yang muda, sedap sangat tau. 
        Mula2 campur lebih kurang 1 cawan gula merah bersama 2 cawan air. Jerang hingga mendidih. Biar pekat sikit. Letak 1 sudu kecik garam. Ini penting untuk naikkan lemak kelapa. 
        Apabila sudah nampak pekat sikit, masukkan sebiji kelapa parut yang putih dan perlahankan api. Masak sehingga kering dan berkilat. Sejukkan. Itu jer. 




        Kalau dimasak guna api yang perlahan dan elok keringnya, Inti ini boleh disimpan lama dalam freezer. Kalau Kjee buat banyak, selalunya Kjee letak dalam bekas2 kecil untuk sekali guna. Jadi inti itu tidak rosak jika diguna pastu bakinya disimpan semula. 
        Foto2 kuih yang Kjee tunjuk menggunakan Inti Kelapa Manis ini hanya yang selalu Kjee buat. Mungkin korang ada kuih kesukaan yang guna inti tersebut. 

        Untuk resipi klik SINI. 

.      Untuk resipi Kuih Koci klik SINI. 




 


1 comment:

  1. Ye la kak jee.. xprnh terfkr plk nk simpan inti kelapa manis ni.. tq kak jee.. 🤩

    ReplyDelete