Wednesday, March 15, 2023

KUIH DANGAI KUKUS


        Kuih Dangai kesukaan my husband. Dek kerana sukar nak cari orang menjualnya di Kolumpo, maka satu ketika dulu Kjee cari resipi dan cubalah buat. Alhamdulillah sukses.
        Dan minggu lepas, UnclePali balik dari beli sarapan bersama satu peket plastik kuih. Kjee pelik sebab tak pernah tengah kuih macam itu. Ada secoit gula Melaka di tengah-tengah. UP makan dan sengih. 'Kuih Dangai lah!'
         Isyhhh biar betul. Kjee pun google. Rupa2nya Kuih Dangai Kukus! Dan semalam Kjee cuba terai test buat. Alhamdulillah sukses.

           Foto atas ini 👆 kuih dangai ori yang orang jual. Guna acuan. Dan dibakar. Sekarang orang guna oven. Dulu bakar atas dapur arang. 
          Cara Dangai Kukus dibuat sama macam kuih Dangai yang dibakar dalam oven. Cuma ianya dikukus. Kjee buat ikut resipi yang Kjee google. Takut buat banyak2 bimbang gagal. 
         Satu cawan tepung pulut, dua cawan kelapa parut putih, satu sudu kecil garam, satu sudu makan gula pasir dan gula Melaka secukupnya. Satu adunan jadi 12 biji. 

         Satukan dan gaul semua bahan kecuali gula Melaka sampai jadi berderai. Kalau perlu, tambah sedikit lagi garam sebab nak naikkan rasa lemak kelapa. Gula putih itu adalah optional. Boleh letak atau tidak sebab nanti ada gula Melaka. 
     Kemudian oleskan sedikit minyak di acuan kenit2 kuih lompang. Ambil satu atau dua sudu adunan tadi, letak dalam acuan dan tekan2 sikit bagi padat. Kemudian amik gula Melaka yang telah dipotong kecik2. Tekan dibahagian tengah. 



        Buat sampai habis. Kukus lebih kurang 15 minit. Kalau tiada penutup bambu seperti yang Kjee guna ini, balut penutup dengan kain atau tuala supaya air tak menintis. 👇


       Dah elok kejadiannya, biarkan sejuk sekejap dan toreh keluar guna pisau.


          Kalau nak buat Kuih Dangai Asli, 






1 comment:

  1. Ish.. kuih dangai mmg sedap kak jee.. xtau plk bole kukus kuihnya.. 🤗

    ReplyDelete