Wednesday, March 8, 2023

KWAYTEOW GORENG CARA PENANG


        Pagi tadi selepas Subuh, Kjee ke dapur. Tak tahu nak sediakan apa untuk sarapan. Tetiba gelap mata (mabuk free). Mujur tak tersungkur. Dan nasib baik UnclePali ada. So dia buat ler sarapan seadanya. 
        Setiap kali lepas sarapan dia tanya nanti lunch nak makan apa. Kjee yang masih pening2 lalat jawab apa2 aje lah. 
        Dan UP macam tahu kalau Kjee tak sihat dan tak selera nak makan, buatkan aje Penang Fried Kway Teow, mesti berselera Kjee makan. Insya Allah. 
       Lepas sarapan, Kjee telan ubat dan tertidur. Baik punya terlelap, sedar2 bau cukup menyenangkan kalbu dari dapur.

        Tak ada niat nak buat sesapa terliur especially hari ini Kjee pasti ada yang puasa Nisfu Syaaban. Masa sihat dulu, Kjee memang puasa, sebulan di bulan Syaaban. Tetapi apa kan daya, sekarang. 😢
        Dan lama Kjee share cara kjee masak PFKT ini. Tetapi ada yang berjaya dan ada juga yang kata tak dapat rasa macam UP buat. Cuba dan cuba lagi lah ya. 
        Resipi dan cara masak step by step, sila klik SINI.
        Udang yang UP guna tadi taklah besau sangat. Cuma angle yang Kjee amik nampak macam besau. 🤭
       Terima kasih my dear husband. Sanggup bagi kita udang lebih banyak dari dia punya. Untungkan kalau suami tak berapa gemar makan udang. 😂😂😂

Related Posts:

  • PENANG FRIED KWAY TEOW AIR TANGAN NADIA Bertuahnya badan. Sebut jer teringin nak makan Penang Fried Kway Teow, my princess terus buatkan untuk mama dia. Sedap sangat2 air tangan Nadia. Walaupun resipi Mama tapi memang tak leh lawan… Read More
  • UDANG HALUS BERLADO, PEMBUKO SELERO Dulu, kalau ke pasar, dan nampak udang putih halus, Kjee pandang sebelah mata jer. Bukan kerana berlagak dan hanya makan udang kasar jer. Tetapi kerana tak kuasa nak bersihkan udang2 halus tu. Jari jemari kita dah le m… Read More
  • JJCM - RESTORAN MI UDANG D'TANJUNG SEDAP! Mi Udang Special RM11 Walaupun Kjee suka makan Mi Udang tetapi Kjee sebenar2nya cerewet bab Mi Udang. Kerana itulah Kjee sanggup pujuk UnclePali drive berjam2 lamanya ke Kuala Sepetang di Perak, semata2 kerana Mi … Read More
  • MANCING UDANG DI SENTUL PELANGI Tenang jer airnya Udang pertama yang Nadia pancing Nadia dapat dua udang sekali gus Sabtu lepas, Kjee, UnclePali, Nadia dan Sham ke Kolam Pancing Udang di Sentul Pelangi. Sebelas tahun lalu,  kami tiga beran… Read More
  • MIHUN PUTIH KESUKAAN ANAK2 Dulu2, kalau Kjee malas nak memasak, ini antara menu favorite Nadia. Mihun goreng warna putih yang tak pedas. Kjee namakannya Mihun Putih. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati Foodcourt dulu, Mihun Putih ini bukan s… Read More

0 comments:

Post a Comment