Sunday, March 12, 2023

TELOR ASIN TELOR AYAM

        Telor Asin pembuka selera di  bulan puasa. Ia rebus dan menjadi antara pilihan asben kita selain ikan kering masin. Kjee pula guna telor asin untuk my bubur lambuk.
       Biasanya Kjee mula projek mengasinkan telor Itik dua minggu sebelum bulan puasa. So beberapa hari lalu pergilah intai telor itik. Amboiiii satu papan 30 biji rm33.30. Terus kensel hasrat nak projek tahun ini.
       Aritu Kjee singgah Hero Market. Satu biji telor asin rm1.30. Lebih murah beli yang siap! Tetapi kalau keluarga besar, memang berbaloi buat sendiri.

       Kekecewaan Kjee rasa terubat apabila Kjee teringat yang telor Ayam boleh dibuat telor Asin. Kjee pernah buat dulu. Maka Kjee pun google. Ada blogger kata memang boleh. Malah lagi sedap. 
       Telor harus diasinkan lebih kurang dua minggu. Sekarang dah tinggal lebih kurang 10 hari. Tetapi apadehal. Sementara tunggu telor asin cukup matang, bedal ler dulu Ikan Gelama atau Tenggiri jeruk kan! 
        First thing Kjee minta UnclePali beli garam. Air garam harus dimasak dan disejukkan semalaman. Pagi esoknya baru boleh guna rendam telor. Kjee hanya plan buat 15 biji telor ayam sahaja. Oleh kerana untuk 15 biji aje, guna satu peket garam dan 1 liter air. 
        Kemudian langkah kedua sementara tunggu air garam dimasak, telor dicuci dan ditos kering. 

        Pagi ini Kjee susun telor yang telah dicuci dan dikeringkan malam tadi ke dalam balang, curah air garam. Kemudian dihempapkan satu plastik berisi air yang telah dikat rapi untuk pastikan air garam tenggelamkan telor. Penting telor tu tenggelam supaya masin sekata semuanya. 
        Simpan balang dalam kabinet dapur. Harus tempat gelap supaya kuning telor cantik merah. 
       Setelah dua minggu, amik sebiji. Rebus dan rasa. Kalau sudah cukup masin, tak payah direndam dalam air garam. Cuci dan rendam dalam air biasa, dalam peti ais sehingga digunakan. 
        Baca juga DISINI. 


       

1 comment: