Ramai macam tak percaya sayur Ulam Raja boleh digoreng/tumis. Termasuklah makcik yang niaga sayur2 kampung di Chow Kit.
"Eh sayur ni ulam lah. Makan mentah dengan sambal belacan," katanya apabila Kjee beli 2 ikat. Satu ikat dah goreng secoit aje, Kjee beritahu dia.
Mungkin ramai tak tahu. Sebelum ini Kjee pun tak tahu. Satu hari maid Indon kawan Kjee kirim belikan ulam Raja. And diberitahu nak buat sayur tumis sama bilis.
Sejak itu, Kjee pun selalulah buat. Mesti pedas2 baru sedap. Dan sayur itu setelah dipetik, harus direbus sampai lembut. Daun ini agak liat.
Nak tahu cara maid Indon tu ajar Kjee, sila klik SINI. Sedap buat lauk untuk Berbuka Puasa. Ada baki boleh simpsn Sahur.
0 comments:
Post a Comment