DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 29, 2023

SAMBAL SOTONG TIN

 

    Seronoknya Kjee apabila Kjee cari online, jumpa pulak sotong dalam tin jenama Rex. Uncle dah almost give up cari kat dua supermart berhampiran. Dia kata dah tak ada production lagi kot. 😢
      Tapi Kjee cuba-cuba lah cari online. Terjerit Kjee apabila jumpa! So UP order dua tin. Mahalnya termasuk delivery. Tapi nak buat camner kalau teringin sangat nak makan.

       Mujur ada ibu sambal tumis yang Kjee bekukan dalam freezer. Mudahnya kerja sebab bahu kanan Kjee sakit yang amat. Frozen Shoulder! Duk bergantung harap painkillers aje. 😭
        So apabila bahu dah kurang sikit sakit, Kjee pun project sorang-sorang kat dapur. Malu nak suruh UP tolong. Udahlah semua house work dia yang buat. Lagipun arini dia sibuk nak mesin rumput belakang rumah. Suruh mamat Bangla tu tak lah mahal sangat. Sayang duit, katanya. 

        Cara Kjee buat korang intai SINI. Sedap sambal sotong segera ini gua cakap lu. Especially untuk insan yang pagar2 (gigi hehehe) udah tak kuat dan longgar. 
        Dah siap tadi, terus Kjee makan sikit dengan nasi impit. Juga yang segera. Hehehe. Makan dengan lemang atau nasi lemak pun sedap!!! 


       

Wednesday, April 26, 2023

UDANG BAWANG PUTIH


        Yayyyy I'm back!! Sebulan rehat daripada mengisi content di blog ni. Itulah kalau nawaitu asal nak rehat, maka Allah swt bagi rehat sebulan untuk memulihkan badan yang tak sihat.
        Kjee buat Garlic Prawns ini atas permintaan UnclePali. Semalam birthday dia yang ke-55. So malam tadi kami dinner sekeluarga di Rest Fatty Crab, PJ. Makan Chili Crab dan Garlic Prawns.
         Oleh kerana tumpuan lebih kepada makan Chili Crabs maka tak puas kami empat beranak makan Udang. Itu yang UP request nak makan tadi.
         Kjee tak sihat untuk masak. Tapi UP kata biar dia yang masak berpandukan kepada resipi yang Kjee buat dalam blog ini. 
         Tetapi setelah telan ubat, rasa okay pulak bahu Kjee. Penyakit Frozen Shoulder berulang. So Kjee ke dapur dan masak. 
         Udang yang Kjee beli sebelum Raya aritu, rasanya dalam 500 grams. Sekali hadap kami berdua, licin dalam sekelip mata. Sedap giler. Mudah aje nak buat. KLIK SINI untuk resipi lengkap.
        Kali ini Kjee buat kurang sikit pedas berbanding sebelum ini. Perut Kjee belum pulih sepenuhnya sejak meragam sepanjang Ramadan. 





Friday, April 21, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


        Setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri. 
        Jalanraya khabarnya sesak dengan umat Islam yang hendak pulang ke kampung. Maklumlah dua tahun lepas kita tidak berkesempatan seperti ini. Hati2 di jalanraya. Bayangkan keluarga di kampung yang sedang menunggu.
       Kjee akan kembali posting di sini setelah mendapat tenaga kembali. Sepanjang Ramadan, kesihatan Kjee tidak begitu baik. Namun Alhamdulillah dapat berpuasa selama 27 hari. Tiga hari kantoi diserang gastrik. 
         Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tulisan Kjee selama ini tidak menyenangkan sesiapa. Selamat Hari Raya.