DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, May 28, 2023

OTAK-OTAK UDANG NYONYA


         Cuak jugak nak letak nama Otak2 Udang untuk lauk ini. Maklumlah kalau sebut Otak Udang, ada yang ingat petis. Tapi ia tak ada kena mengena dengan petis. Rasanya jauh lagi sedap.
         Apabila Kjee tak sihat kenapalah muncul makanan yang susah nak cari. So nak tak nak, terpaksa masak sendiri. 
         Pagi tadi Kjee cerita kat UnclePali. Dia tanya susah ke bahan2nya. Kjee kata taklah. Semua ada dlm rumah kecuali bunga kantan dan daun Kaduk. Tetapi kat kawasan perumahan kami memang banyak tumbuh daun Kaduk di tepi jalan. 
         So apadehal kata UnclePali. Balik dari sarapan, semua bahan sudah terkumpul diatas meja di dapur.


         Since UP pergi Hero tadi, ikan Tenggiri tak ada maka Kjee decide guna udang dalam freezer. 
          Kul sebelas tadi, Kjee slow2 ke dapur. Tetiba UP muncul. Serah nyawalah tu. So semua kerja2 yang berat dia yang buat especially bab tumbuk menumbuk. 
         Resipi penuh korang intai SINI ya. 


        Diatas ini ☝️bahan2 yang sudah dicampur dan bakal dibungkus. 

         Kemudian daun pisang di layur atas api seketika supaya lembut untuk dilipat. Susun beberapa helai daun kaduk atas daun pisang dan dituang kan perlahan-lahan satu atau dua senduk adunan ☝️. Lipat. Ulang sampai habis. 


         Panaskan air dalam kukusan. Susun bungkusan tadi elok2. Pastu dikukus selama 30 minit. 


         Maka itulah ☝️ kejadian tadi. Dapat 7 ketoi. Kjee baru makan satu, UP dah masuk ke bungkusan kedua. Sapalah yang ajar dia makan. Kalau dia tak suka, dapatlah Kjee bedal sowang2. Hehehe.
         Selamat mencuba. 










Saturday, May 27, 2023

SARDIN MASAK ASAM


         Kjee hanya tahu tiga cara nak masak sardin dalam tin. Pertama masak sambal, kedua masak kari cara India. Dan ketiga masak asam.
         Semua cara Kjee suka. UP pula ada satu lagi cara iaitu digoreng dan makan dengan nasi sambil kunyah cili padi. 😁
         Kjee tak ingat bila Kjee hasilkan Sardin Masak Asam ni. Rasanya sebelum bulan Puasa aritu. Cara masak lauk ini diajar arwah suami Kjee dulu. 

          Mudah aje. Mula2 dihiris bawang besar bulat2. Cili boleh guna cili hidup atau cili padi. Sardin dikeluarkan dari tin. Kalau korang suka boleh letak kuah sardin dia sekali. 
          Kemudian bancuh air asam Jawa. Jangan banyak asam Jawa. Dua ibu jari dah cukup. Air ditambah jadikan jus yang agak2 pekat gitu. Kalau suka banyak kuah, bolehlah dicairkan.
          Tumis bawang dan cili padi. Pastu masukkan jus asam Jawa dan kuah sardin jika guna. Dah mendidih, masukkan sardin. Kacau perlahan2. Siap.
          Kalau nak tahu cara Kjee buat Kari Sardin klik SINI. Walaupun Kjee guna periuk tanah, periuk biasa pun ok.


Dulu Kjee suka beli Sardin dalam peket. Sekarang susah nak cari so guna yang dalam tin aje. Yang peket sedap 👍



Friday, May 26, 2023

SAMBAL GESEK

          Apabila tekak nak makan pedas2 tetapi tubuh ini tak larat nak masak, maka Kjee mesti buat lauk ini. Namanya Sambal Bilis Gesek sebab ia digesek guna Batu Cobek.
         Tetapi arini Kjee buat guna lesung sebab Cobek Batu kesayangan Kjee, terjatuh masa PKP dua tahun lepas dan pecah!!! Sampai sekarang tak tahu di mana nak beli sebab kedai di Chow Kit tu dah tak ada. 😭😭😭
         

         Sejak itu Kjee gesek pelan2 dalam lesung. Rasanya sama jugak lah. Cuma kalau guna Cobek lagi seronok. Ahhh ngada-ngada jer kan! 😂
         Kjee buat tadi masa UnclePali gi mesjid untuk solat Jumaat. Dia kata tunggu dia balik baru dia buat. Maklumlah bahu kanan Kjee masih sakit. Tetapi isteri dia kan degil habis. Kita buat slow2 jer tadi. 


        Mula2 goreng sebiji bawang besar dan cili padi. Kemudian goreng ikan bilis garing2. Pastu tumbuk atau gesek dulu bawang dan cili padi. Tak payah halus. Sekadar hancur aje. Last sekali masuk bilis dan gesek lagi. Letak dua tiga biji jus limau kasturi dan gaul rata. Kalau suka letak secoit gula. Itu aje. Alahai mudah sangat. 
        Kjee ulam kan dengan Kobis bahagian hatinya. Hmmm sedapnya makan dengan nasi panas. 
        Unclepali balik dan goreng Ikan Bawal Cermin. Sebelum gi solat dia dah buat Teh O Ais limau. Mentang2 lah buah limau kasturi meriah bebenor kat pokok luar pagar. 😆


         Ini ajelah rezeki kami suami isteri. Alhamdulillah syukur. Tengah makan hujan turun dengan lebatnya. 
         Tengok juga di SINI. 

         
 
         
         
         

Thursday, May 25, 2023

AYAM GORENG BAWANG PUTIH


        Dah tiga hari Kjee tak sihat. Sakit2 di sendi2. Tangan kanan susah nak angkat. Tak tau lah Arthritis ke, Frozen Shoulders ke... 
        So dah tiga hari suami kita masak atau beli makanan. Tetapi hari ini, Kjee kesian nak suruh UnclePali keluar dalam cuaca panas, untuk beli makanan. 
        Kjee tanya boleh tolong masakkan Bihun Goreng bodow jer. Mana pernah UnclePali menolak. Dia nak goreng ayam perap bawang putih. Resipi dia nampak kat FB katanya. 
         Jadi dia perap ayam dulu. Dua drumstick dan dua kepak dengan kunyit dan garam. Ketuk2 lebih kurang 6 ulas bawang putih dan di gaul sama ayam. Perap dalam fridge selama sejam.
        Kemudian dia goreng bihun. Panaskan ibu sambal sambal tumis beku. Lepas dia letak sedikit ayam yang dipotong halus. Ayam dah masak dia letak sedikit sos tiram. Gaul2 dan masukkan Kobis. Pastu masuk bihun. Dah masak, tepikan.
         Ayam digoreng. Apabila bawang putih dah nampak garing, keluarkan. Sambung goreng ayam sampai masak dan garing. Makan dengan bihun. 
         Sedapnya goreng ayam camtu. Tapi kena makan panas2 tau. 
         Lain kali goreng ayam akan ikut resipi ini. Tq yang baik hati post resipi itu kat page Rasa kot. 
         Cara masak bihun goreng bukan bodow klik SINI. 

Saturday, May 20, 2023

BUBUR PULUT HITAM CARA MALAS


         Kalau masak Bubur Pulut Hitam seringkali Kjee guna dua cara. Ehhh tiga lah. Yang pertama Kjee letak gula dan santan selepas pulut tu 'pecah'. Jangan lupa secubit garam. Itu versi malas kita. Lebur aje. 😝
         Cara kedua buat stail onJoho. Santan dimasak asing. Dan dicurahkan dalam mangkuk masing2 ketika hendak makan. Opkos pulut hitam yang telah siap dimasak itu, diletak gula ikut selera memasing. Santan itu kemudian dimasak, letak sedikit tepung gandum untuk pekatkan. Dan mesti cukup rasa masin. Lihat foto Kjee buat dulu 👇. 

         Cara ketiga Kjee letak sedikit sagu biji. Sagu tu kena rendam kira2 dua puluh minit. Tak boleh banyak tau. Agak2 aje. Untuk pekatkan sikit bubur tu. Kemudian dicampur bubur pulut hitam yang sedang mendidih. Terus masak sampai sagu itu dah elok kejadiannya. Lepas tu bubuh gula, santan dan sedikit garam. 
         Hari ini Kjee buat cara pertama. Kejadian malas walaupun UP suka cara kedua. 
         Bubur yang guna santan harus diletak garam. Ini untuk naikkan rasa lemaknya. 
         Korang klik SINI jugak lah untuk tengah cara sepenuhnya Kjee buat. 


Thursday, May 18, 2023

NASI AYAM RICE COOKER


         Ini Nasi Ayam yang Kjee paling suka buat. Bukan macam Nasi Ayam biasa2. Tetapi lauknya ditumis dan dicurahkan atas nasi yang baru sahaja kering dalam rice cooker.
         Kalo korang pernah makan claypot rice (nasi periuk tanah) kat food court dalam shopping mall, hah inilah cara yang Kjee adjust. Guna aje periuk nasi elektrik. 
         So kalau masak nasi ayam cara ini, tak perlu lauk lain lagi. Dalam lauknya Kjee letak isi ayam, cendawan Shitake dan juga ikan tenggiri jeruk. Actually ikan kering masin apa pun ok. Goreng, buang tulang dan pecah-pecah. 


   
         Tetapi selalunya apabila Kjee buat Nasi Ayam cara ini, Kjee siapkan semua bahan-bahan sebelum Kjee masak nasi. Ini adalah kerana nasi sekejap aje masak. Dan lauknya yang sudah siap ditumis, harus sudah sedia untuk dicurahkan atas nasi dalam rice cooker. 
        Dibawah ini ayam yang telah diperap selama lebih kurang setengah jam. 


         Dan selepas setengah jam, baru ditumis cili kering selama dua tiga minit. Kalo tak nak letak cili kering, abaikan
Kjee guna non stick pan dan panaskan minyak. Lepas itu dituang perapan ayam tadi. 
         Isyhhh korang tengoklah resipi penuh kat SINI.  Jangan panik tengok dalam blog tu cara masak guna claypot. Korang skrol sampai hujung, ada cara guna rice cooker. 
         Kalau bahan2 semua dah siap sebelum nasi dimasak, mudah aje kerja tau. Since ini makanan orang Cina, maka memang itu stail dia orang masak. 



         Foto atas 👆 UnclePali gaul apabila nasi siap masak. Tetapi elok lah tunggu lebih kurang 10 minit setelah swis rice cooker itu mati. Buka penutup Rice cooker dan lepaskan wap. 


         Selamat mencuba. 














Wednesday, May 17, 2023

UDANG GORENG PEDAS


        Hari ini airtangan UnclePali. Dia masak sebab Kjee tak larat. Lagipun, memang nak bagi alasan tak nak masak udang sebab sejak akhir2 ini, kerap dia kena Gout. Isyhhhh dia pepandai pulak masak sendiri. 
       Justeru, dia beri nama Udang Goreng Pedas. Resipi Kjee dulu Spicy Garlic Prawns atau Udang Pedas Bawang putih. 
        Apapun tabek spring kat UP sebab sedap sangat. Dia ubah sendiri resipi. Dia tak goreng dulu udang sebab dia kata nanti kulit udang melekat kat isinya. 

        Kjee tanya cara dia masak. Dia sengih. Tumbuk cili padi dengan bawang putih. Last sekali tumbuk sekali serai sampai hancur. 
        Tumis bahan tumbuk. Dah garing letak daun kari. Dah garing daun tu baru masukkan udang yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Tutup kuali dengan tudung dan balikkan sekali sekala. Dalam 6-7 minit jer. Udang dah masak, padam api dan hidang terus kata UP. 
        Perghhhh licin lah 15 ekor kami berdua bedal. Finger licking good!!! 
        Resipi Kjee dulu klik SINI. Dibawah ni foto yang Kjee buat iaitu Spicy Garlic Prawns. 


Tuesday, May 16, 2023

PULUT MANGGA SOS SANTAN


        Tarrraaaa pepagi buta dah pekena. Habis tu kalau udah tiga empat hari teringin. Jadi lepas sarapan tadi Kjee masak slow2. Alahai macamlah susah sangat! 😬
        Biasanya kalau masak pulut, Kjee kukus from scratch. Tetapi ada kerja lebih mudah, kenapa nak bersusah payah kan. Ewah. 
        So Kjee tanak pulut dalam rice cooker. Cenang jer tau. Rendam beras pulut sekejap. Antara 20 minit hingga sejam. Kemudian cuci bersih2 dan toskan. Masukkan dalam periuk nasi. Air separas beras pulut. Letak satu sudu santan pekat dlm kotak. Letak secubit garam. Dan masak lah macam biasa. 
         Kjee nak ingatkan. Jangan korang asyik intai2 masa masak lebih kurang 20 minit. Dah masak dan swis periuk itu dah bagi tanda ok baru dibuka dan kais2 dengan garfu. 
         Nak tahu cara Kjee buat sehingga boleh terus ngapppp, klik SINI. 




Saturday, May 13, 2023

13 MEI DATANG LAGI



        13 Mei kembali. Tiap tahun ia pasti kembali bersama kenangan yang memilukan. Yang pernah mengalami atau dengar cerita mengenainya pasti takut. Moga Allah swt lindungi kita semua. Dan moga peristiwa berdarah itu tidak akan berlaku lagi. 
        Kjee masa itu berusia dalam lingkungan 12-13 tahun. Mentah sangat untuk memahami. Tetapi melihat kan keadaan mak dan bapak terutama sekali Mak, rasa takut ada pun. Tetapi masa itu mereka tidak pulak menakut-nakut kami tentang implikasi kejadian tersebut. 
         Apapun, mujur bapa dan mak begitu menjaga silaturahim sesama jiran bukan Melayu sebelum peristiwa itu. Malah, hubungan kami cukup akrab. Tiada benci membenci atau dengki mendengki. 
         Bacalah dibawah ini, pengalaman Kjee ketika itu. Klik SINI. Moga dapat menimbulkan keinsafan betapa perlu kita berbaik-baik antara satu kaum dengan yang lain. 

Tuesday, May 9, 2023

KARI AYAM SEDAP

        Bagaimana nak masak Kari Ayam sedap, tanya seorang fren di FB satu masa dulu. Rempah apa yang sedap. Rempah Melayu ke India?
         Sejak kecik lagi mak Kjee masak guna rempah India. Masa itu Kjee ingat lagi jenama burung. Namanya dah lupa. Tetapi kemudian Mak tukar2 sehingga muncul Babas.
         Sebab itu Kjee hanya guna Indian based rempah. Rempah Melayu Kjee hanya guna kalau masak Kurma Ayam atau daging.
         Apabila berkahwin dengan orang Kedah, Kjee memang tak reti masak gulai guna rempah yang dihasilkan di negeri itu. Rempah Cap O misalnya. Hanya reti makan apa yang my MIL buat. 
        Kjee pernah jawab cara masak Kari Ayam yang sedap. Masa meniaga dulu, ada customer kata kari ayam yang Kjee ganding kan dengan Roti Jala, sedap.
         Rahsianya, rempah mesti cukup garing masa menumis. Api biar slow. Api besar, rempah jadi hangit dan kari jadi pahit. Klik SINI untuk caranya.
         Hari ini UnclePali yang masak Kari Ayam letak Kentang sebab Kjee tak sihat. Telor rebus kemestian bagi UP apabila masak kari. Bahu kanan sakit. Semalam dah pergi jumpa pakar tulang. 
          UP turut buat sambal belacan dengan ulam pucuk gajus,daun kari dan daun limau purut yang dipetik di laman depan. Ikan kering tenggiri melengkapi.

Wednesday, May 3, 2023

UDANG HALUS PEDAS

Udang halus ini hanya laku keras dalam rumah Kjee kalau masak macam ini. Sejak diperkenalkan oleh my fren Liza, Kjee pantang ternampak kehadirannya di bahagian basah pasaraya. 

Tetapi ini bukan udang geragau yang orang buat cincalok atau belacan ya. Ia kasar sikit daripada udang geragau. 


Lauk ini memang pembuka, selera. Boleh diratah begitu sahaja especially kalau dibuat terlajak pedas. 

Tetapi sejak akhir2 ini, perut Kjee banyak meragam so Kjee hati-hati agar tidak terlajak pedas dan menyusahkan diri. 😄

Senang aje membuatnya. Hanya agak renyah membersihkan udang yang kenit2 sangat. Jangutnya terlalu panjang. Kena buang semuanya. Dan Kjee memang insan yang terlajak sabar dalam kerja2 seperti itu. 😬

Dah bersih, diletak garam dan kunyit. Kemudian diperap seketika. 
Resipi penuh, korang terjah SINI tau. 



Monday, May 1, 2023

SAMBAL GORENG AYAM


        Lauk ini biasanya singgah di rumah orang Jawa masa Raya. Kat rumah Kjee, tak kesah apa Raya pun, Kjee tetap buat. Asal teringin ajer, terus on! 😄
        Hari ini Kjee bagi pilihan kat UP nak makan Kari Ayam atau Sambal Goreng Jawa. Kjee tak bagitau Sambal Goreng Pengantin sebab takut dia konfius. Dia hanya tahu ini lauk Jawa. 😂
         Apabila UP kata nak lauk Jawa, Kjee pun happy sangat ler. Kat rumah ini, masak lauk kena ikut citarasa kedua-dua belah pihak. Kalau tidak, buat penat ajelah masak.
          Kjee tak tahu sama ada selain Ayam, boleh dimasak guna Daging. Tak pernah terai. 
           Anyway Kjee dah kepenatan masak sebab badan masih lemah longlai. Mujur my other half tolong tadi masa tumbuk menumbuk bahan dan tumis menumis.
           Korang terjah kat SINI untuk resipi lengkap. Mokcik dah tak larat. Amik foto pun ala kadar aje.