Saturday, May 27, 2023

SARDIN MASAK ASAM


         Kjee hanya tahu tiga cara nak masak sardin dalam tin. Pertama masak sambal, kedua masak kari cara India. Dan ketiga masak asam.
         Semua cara Kjee suka. UP pula ada satu lagi cara iaitu digoreng dan makan dengan nasi sambil kunyah cili padi. 😁
         Kjee tak ingat bila Kjee hasilkan Sardin Masak Asam ni. Rasanya sebelum bulan Puasa aritu. Cara masak lauk ini diajar arwah suami Kjee dulu. 

          Mudah aje. Mula2 dihiris bawang besar bulat2. Cili boleh guna cili hidup atau cili padi. Sardin dikeluarkan dari tin. Kalau korang suka boleh letak kuah sardin dia sekali. 
          Kemudian bancuh air asam Jawa. Jangan banyak asam Jawa. Dua ibu jari dah cukup. Air ditambah jadikan jus yang agak2 pekat gitu. Kalau suka banyak kuah, bolehlah dicairkan.
          Tumis bawang dan cili padi. Pastu masukkan jus asam Jawa dan kuah sardin jika guna. Dah mendidih, masukkan sardin. Kacau perlahan2. Siap.
          Kalau nak tahu cara Kjee buat Kari Sardin klik SINI. Walaupun Kjee guna periuk tanah, periuk biasa pun ok.


Dulu Kjee suka beli Sardin dalam peket. Sekarang susah nak cari so guna yang dalam tin aje. Yang peket sedap 👍



Related Posts:

  • BARU MASUK REJAB... ...dah teringin makan nasi impit dengan serunding daging, serunding ikan dan sambal tumis sotong kering. Hehehe. Alahai tekak. Sebenarnya gusi Kjee bengkak dah dekat dua minggu. Susah nak makan makanan yang k… Read More
  • SALAI NOGORI DAH SAMPAI KAY ELL Itik salai, ikan keli salai, daging salai, puyuh salai dan ayaam salai kini cukup popular di kalangan warga kota. Ramai yang dah buat bisnes jual melalui online dan sebagainya. Beberapa hari lalu, Kjee cuk… Read More
  • BARU TAHU ADA PEKASAM DAGING DAN AYAM DAN KAMBING Daging Pekasam Utara Percaya ke tidak Kjee hanya tahu Ikan Pekasam wujud setelah berkahwin dengan UnclePali 14 tahun lalu. Pertama kali makan di rumah MIL kat Pahang. Walaupun asal Kedah tetapi famili UnclePali menjad… Read More
  • RENDANG AYAM KELANTAN MUDAH DAN SEDAP Dah banyak kali masa lauk Rendang Ayam Kelantan ni. Tak pernah jemu dan kalau lama tak masak, rasa rindu sangat-sangat. Hari ni UnclePali tolong Kjee masak rendang ni sebab Kjee tak berapa sihat. Rasanya tetap perf… Read More
  • FUCUK GORENG KICAP DENGAN BILIS DAN KENTANG Lauk ini Kjee buat kelmarin. Ianya ala-ala sambal goreng kicap Jawa. Nampak sama tapi tak serupa. Apapun, kalau dah dibuat oleh orang Jawa maka jadilah ia lauk Jawa. Hehehe. Masa Kjee rendam 3 peket fucuk je… Read More

1 comment:

  1. Arwah Mak gelar masakan ni cincuan sardin..favourite arwah Mak...Al fatihah buat Mak yg tersayang..Bibi E Musa Kutty🥲

    ReplyDelete