Wednesday, May 17, 2023

UDANG GORENG PEDAS


        Hari ini airtangan UnclePali. Dia masak sebab Kjee tak larat. Lagipun, memang nak bagi alasan tak nak masak udang sebab sejak akhir2 ini, kerap dia kena Gout. Isyhhhh dia pepandai pulak masak sendiri. 
       Justeru, dia beri nama Udang Goreng Pedas. Resipi Kjee dulu Spicy Garlic Prawns atau Udang Pedas Bawang putih. 
        Apapun tabek spring kat UP sebab sedap sangat. Dia ubah sendiri resipi. Dia tak goreng dulu udang sebab dia kata nanti kulit udang melekat kat isinya. 

        Kjee tanya cara dia masak. Dia sengih. Tumbuk cili padi dengan bawang putih. Last sekali tumbuk sekali serai sampai hancur. 
        Tumis bahan tumbuk. Dah garing letak daun kari. Dah garing daun tu baru masukkan udang yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Tutup kuali dengan tudung dan balikkan sekali sekala. Dalam 6-7 minit jer. Udang dah masak, padam api dan hidang terus kata UP. 
        Perghhhh licin lah 15 ekor kami berdua bedal. Finger licking good!!! 
        Resipi Kjee dulu klik SINI. Dibawah ni foto yang Kjee buat iaitu Spicy Garlic Prawns. 


2 comments:

  1. Nampak sedap tu ha Kak Je...nanti nak beli la udang besar2 ni and masak macam ni...

    ReplyDelete
  2. UP tambah serai dgn daun kari.. msti wangi.. terer UP ni.. 🤗

    ReplyDelete