Wednesday, May 3, 2023

UDANG HALUS PEDAS

Udang halus ini hanya laku keras dalam rumah Kjee kalau masak macam ini. Sejak diperkenalkan oleh my fren Liza, Kjee pantang ternampak kehadirannya di bahagian basah pasaraya. 

Tetapi ini bukan udang geragau yang orang buat cincalok atau belacan ya. Ia kasar sikit daripada udang geragau. 


Lauk ini memang pembuka, selera. Boleh diratah begitu sahaja especially kalau dibuat terlajak pedas. 

Tetapi sejak akhir2 ini, perut Kjee banyak meragam so Kjee hati-hati agar tidak terlajak pedas dan menyusahkan diri. 😄

Senang aje membuatnya. Hanya agak renyah membersihkan udang yang kenit2 sangat. Jangutnya terlalu panjang. Kena buang semuanya. Dan Kjee memang insan yang terlajak sabar dalam kerja2 seperti itu. 😬

Dah bersih, diletak garam dan kunyit. Kemudian diperap seketika. 
Resipi penuh, korang terjah SINI tau. 



Related Posts:

  • TAUFU KUKUS SOS MANIS Hidangan untuk mereka yang nak diet. Ya ker? Entahlah... kalau makan ini sahaja boleh lah kot kan. Hehehe. Hidangan ini pasti favorite kami kan. Kalau tidak takkan buat. Betul tak? Dah gaharu, cendana pulak. Hidangan… Read More
  • AYAM KUNG PAO DAN SICHUAN CHICKEN SAMA DAN SERUPA Lauk ini ada beberapa versi. Namanya pun tak sama. Agaknya mengikut daerah di negeri China. Hanya rasanya sama. Kjee panggil Sichuan Chicken. Rupa-rupanya, ia jugak digelar Chicken Kung Pao. Selalu kalau menjamu sele… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN PARANG Kjee jarang-jarang masak Ikan Parang walaupun itu antara ikan kesukaan Kjee. Sebabnya, Kjee tak nak tengok Nadia dan UnclePali terkial-kial makan kerana ikan itu banyak tulang. Heran jugak bila UnclePali akan han… Read More
  • SAMBAL TUMBUK JAWA PEMBUKA SELERA Kjee tak tau apa nama sebenar sambal ni. Kjee bantai jer panggil Sambal Tumbuk Jawa. Opppsss bukan sambal tu tumbuk orang Jawa. Hehehe. Anyway, Kjee belajar buat sambal ni dari arwah abah Nadia. Dia orang Jawa,… Read More
  • MASAK LEMAK CILI PADI TELOR ITIK SAMA BELIMBING Kjee bukan orang Nismilan, tetapi makanan Negeri Sembilan, is very close to my heart. Kjee dan keluarga pernah habiskan sebahagian hidup kami di tiga daerah di sana, semasa kecil. Kuala Pilah, Port Dickson d… Read More

1 comment:

  1. Udang putih ni mmg sedap kak jee.. tp tu la, nk bersihkan tu yg mls.. 😬

    ReplyDelete