DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 29, 2023

SALAM AIDIL ADHA

Saturday, June 24, 2023

BUBUR KACANG DOYAN


         Kalau nasib kurang baik masa beli durian dapat yang mengkal, Kjee mesti buat Bubur Kacang Hijau. Sedap sangat kalau durian mengkal, letak dalam bubur kacang.
         Kjee tak sihat nak duduk lelama kat dapur, jadi Kjee buat kaedah bekukan kacang hijau dalam freezer. Esoknya baru direbus.
         

         Kaedah ini hanya mengambil masa rebusan dalam setengah jam. Rebuslah sampai kacang lembut lepas tu letak gula. Kjee guna gula Melaka (dapat yang tak ori) dan gula batu.
         Selepas gula larut, masukkan durian (termasuk bijinya) dan didihkan. Kemudian baru letak santan dan satu sudu kecil garam. 
         Kalau durian tak mengkal, bolehlah ikut cara SINI.



         

         

Friday, June 16, 2023

LODEH TEMPE TAUHU


          Apabila tekak meragam, seringkali terbayang lauk pauk yang arwah Bonda masak sejak Kjee kecik2 dulu. Antaranya, mestilah Lodeh Kering, atau Bonda panggil Sambal Goreng.
         Tadi selepas balik dari dentist, ajak UP singgah Hero Market. Seperti biasa dia akan kata.. "Tak payahlah masak yang renyah2. You tak sihat!"
         Alaaaa masak satu lauk aje. Tak renyah mana pun. 😉 Ya lah tu. Walaupun satu lauk tetapi Lodeh Kering ni renyah penyediaannya. Kjee amik satu peket tauhu dan mata liar cari tempe. Hehehe UP geleng kepala. Tahu dah Kjee nak masak apa.
         So balik rumah, tukar ke uniform dapur dan terus proses. UP pepandai amik serai di laman tanpa disuruh. Lengkuas dah ada dalam esbok. 


         Ok lah. Badan dah tak larat nak tulis menjela-jela. Lihat link SINI. Dah beratus kali Kjee share kot. 😁


          Foto 👆 satu kuali besar tengah tertenggek atas dapur. Belum letak santan pekat. Suka buat banyak2 pastu simpan beku untuk hari kurang sihat. 


Wednesday, June 14, 2023

KUIH BOM TAK MELETUP


         Apabila Kjee tayang foto Kuih Bom ni kat FB semalam, ada yang tanya betul ke kena perap 3-4 jam? Kenapa?
         Hah itulah rahsia tak nak bagi kuih ini meletup-letup masa menggoreng. Apa ada hal susah nak menunggu? Buatlah pagi kemudian petang gorenglah.
          Tetapi masa nak perap, pastikan letak tuala yang bersih yang telah dibasahkan, menutupi kuih tadi. Lembab2 jer tuala tu. Ini untuk elak kuih tu jadi kering sebelum sedia digoreng. Hah macam 👇. 


         Kjee buat kuih ini semalam ada dua sebab. Satu Kjee bengang masa UP beli kat satu warung di Keramat, kuihnya keras macam batu! Sakitnya hati. Kedua sebab ada inti kelapa manis dalam freezer, baki buat kuih sebelum ini. 
         Bahan2 lain cuma tepung pulut, tepung gandum, air dan garam. Opkos bijan. 



         Resipi lengkap korang intai SINI ya. Boleh buat letak inti kacang hijau atau kacang merah selain kelapa manis. 
         Adihai sedapnya kita buat semalam. Lembut aje. 🤭😜




Tuesday, June 13, 2023

BELACAN SANGAI


         Sebenarnya Kjee cukup cerewet bab membeli belacan. Masa kecik2 mak selalu guna Belacan Sementa Teluk Anson (sekarang Teluk Intan). Sedap katanya. Masa kecik2 dulu tinggal sana. 
         Sekarang duk Kolumpo mana nak cari. Ada sekali dulu Sabariah Zakariah isteri Ameng Spring beri belacan bakar Melaka. Punyalah sedap. Dah habis malu nak kirim dia beli lagi. 😜
         Jadi beberapa pagi lalu Kjee nampak iklan di FB dan usher UnclePali order belacan Fresh Kuala Perlis. Harga mampu beli. Satu peket 3 ketoi cuma rm10. Beli 3 peket, free pos. 



         Cepat nau sampai. Pengusaha kata kena simpan dalam peti ais. Tetapi Kjee ada cara tersendiri.
         Semalam Kjee lemau. Terbaring aje. Arini Alhamdulillah dah ok sikit. Terus bangun dan sangai. UP komplen beli banyak sangat sampai 9 ketoi. Isyhhh dah sangai dapat satu botol kaca aje kot. 😁
         Arwah mak yang ajar sangai macam ni. Susun dalam kuali dan bukak api sederhana. Goreng lah sampai berderai-derai. 


         Pastu sangai lagi sampai kering. Rupanya macam pasir. 


         Pastu tunggu betul2 sejuk dan letak dalam bekas . Seelok-eloknya botol kaca. Simpan dalam esbok. Nak guna amik sudu dan sukat ikut suka. 
         Seronok UP tengok belacan dah tak perlu bakar. Dia kan kaki sambal belacan buat sendiri. 














        

Thursday, June 8, 2023

AYAM MASAK BALI 2

         Biasanya kalau terjumpa lauk yang bahan2nya berjela-jela, Kjee terus skip. Cari yang tak payah jenuh keluar masuk hutan mencari. 😁
         Tetapi apabila ternampak resipi Ayam Masak Bali dulu, Kjee fikir sejenak. Hmmm semua bahan2 ada kat rumah. Selain ayam, perlu serai, daun kari, daun limau purut serta kunyit hidup. Tugas UnclePali lah pulak mengumpulnya di laman kami yang sekangkang meow.
         Sebenarnya dah penat fikir apa yang nak dilaukkan untuk ayam yang hanya ada 6 ketul dalam esbok. 6 ketul peha yang berapa besar. Pelik juga peha ayam sekarang kenit2.
         Maka mulalah projek tadi setelah ayam di nyahbeku. Dan semuanya bahan Kjee kisar kering aje dalam blender. Lepas itu kena perap setengah jam.
         Ikuti resipi lengkap DISINI.  Cubalah. Sedap gua cakap! 



Monday, June 5, 2023

POPIA GORENG SIRA


         Ini kali pertama buat bersira. Kjee cuba buat semalam sebab rindukan resipi Popia Goreng arwah Bonda. Tetapi rasanya arwah tak pernah buat yang bersira. 
         So Kjee call my aunty. Dia bagi resipi sambal untuk disira. Mudah rupa2nya. Jom tengok dulu inti Popia Goreng resipi Mak yang Kjee dah ingat2 lupa. Maklumlah masa dulu buat dengan mak. Time tu sekolah menengah kot. Hehehe.
         Bahan2 Inti. Sebiji sengkuang sederhana besar. Dua biji carrot. Buang kulit dan sagat. Kalau rajin bolehlah potong halus2. Cuci sebelum disagat tau. 



         Selain dua bahan tadi, perlu 4 ulas bawang putih dicincang halus, setengah cawan udang kering yang telah dicuci, dikeringkan dan disangai. Lepas tu tumbuk kasar2. Dua sudu taucu. Kalau guna taucu biji, tumbuk bagi halus sikit. Itu aje bahan ikut resipi arwah mak. 
         Tumis bawang putih guna lebih kurang 2 sudu minyak. Dah wangi masukkan carrot dan sengkuang. Masak sampai airnya hampir kering. Masukkan taucu. Masak lagi. Kali ini biar sampai betul2 kering. Api sederhana. Sebelum padam api, masukkan udang kering. Rasa. Kalau cukup masin tak perlu letak garam. Sejukkan. 


          Untuk sosnya bahan2nya adalah 5 sudu makan cili kisar, 6 ulas bawang putih ditumbuk halus, setengah cawan gula (Kjee guna Gula Melaka yang dihiris) dan satu chicken cube. 
         Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga pecah minyak. Api sederhana. Masukkan gula dan kacau2 sehingga gula larut. Letak satu chicken cube. Perlahan api dan tunggu sambal pekat. Padam api dan tepikan. 


          Ambil sekeping kulit popia. Tutup kulit yang belum digunakan dengan tuala basah untuk elak ia jadi kering. Letak satu sudu inti. Jangan lipat terlalu ketat. Hujungnya disapu sedikit air untuk lekatkan hujungnya. 




         Kemudian panaskan minyak dan goreng guna api sederhana sehingga garing sekata. Sejukkan. 
         Kjee dirikan popia untuk kering airnya seperti foto bawah. 


          Dah sejuk, popia dicelup dalam sambal dan ditabur bijan yang telah disangai. 







Sunday, June 4, 2023

STIR FRY UDON NOODLES



         Walaupun kena makan sorang2 sebab UnclePali tak suka bab noodles ni, ada aku kesah? Tapi kesian juga tadi masa Kjee tengah makan tengok asben kita masak sendiri Maggie Goreng.
         Dah hampir 23 tahun kami kahwin, macam2 Kjee ajar dia makan. Dia tetap tak berkenan Noodles yang digoreng Chinese style. Tetapi kalau bab Sushi atau Dimsum, dia memang laju. Hehehe. 
         Anyway ini lunch Kjee tadi. Aritu ikut UP gi Hero Market. Mata Kjee liar tengok barang2 kat rak. Maklumlah kita jarang2 ikut UP gi supermarket. Duk tunggu dalam kereta aje sebab tak sihat.
         

          Dan tetiba ternampak Udon Noodles. Aikk dia orang letak dekat rak bihun kering? Sepatutnya kat dalam chiller! Ahhh lantaklah. Kjee rembat satu peket. Didalam ada 4 peket, tiap satu untuk 1 portion. Harga dah lupa. Rm5 lebih kot. Udon Noodles asal negara Jepun. 
         So hari ini Kjee goreng ala Stir Fry. Tentu korang faham maksud stir fry. It means semua bahan yang mesti sudah siap sedia. Dan dimasak pantas2.
         Tadi Kjee celur satu peket Udon. Kejap jer. 2 atau 3 minit.  Toskan airnya dan tepikan. Kjee guna sedikit isi ayam dan beberapa ekor udang. Kalau nak letak sawi, cuci dan potong2. Tak nak, sukati. 
        Kjee keluarkan kicap pekat atau dark soy sauce. Kicap ini tak ada rasa cuma untuk warna. Kalau tak ada, guna jer kicap biasa. So tak perlu letak kicap cair atau nampla. Perlu juga letak beberapa titis minyak bijan. Harum baunya. 
        Dan siap bahan2, ketuk dua tiga ulas bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit mintak. Masukkan bawang putih. Goreng hingga garing sikit terus masukkan ayam. Dah empuk masukkan sayur dan udang. Pastu letak ler Udon. Seterusnya letak kicap. Kjee letak nampla atau fish sos sebab guna dark soy sauce. 
         Campur semua bagi mesra. Letak beberapa titis minyak bijan. Padam api dan hidang bersama cili api. Penting cili api sebab ia tak pedas. Sesuai untuk anak2 yang tak makan pedas. 
         Itu jer. Mudah kan! 




         
         



Saturday, June 3, 2023

BUBUR TEOCHEW VERSI JAWA


         Kjee suka sangat buat Teochew Porridge sebab boleh (hantam sajalah labu) lauk pauk yang mengiringinya. 😄
         Tetapi kena ada lauk wajib iaitu Ikan Bilis goreng garing sama bawang putih goreng dan cili padi. Waduhhhhh kalau bawang putih dimayang nipis digoreng garing dan dicampur dengan ikan bilis goreng, pengsannnnn tau masa makan!

          Kjee dah siap2 bekukan beras yang telah dicuci bersih, letak air satu inci atas beras dan bekukan. Kaedah ini menjimatkan masa ketika merebus. Opppsss lupa nak amik foto tadi. Alaaaa buat2 faham ajelah ya. 😄

         Hari ini selain rebus telor asin, goreng ikan Tenggiri jeruk dan ikan bilis bawang putih, Kjee buat juga Kangkung Goreng Belacan dan Udang Halus goreng pedas serta Cendawan Tiram goreng bodow. Opppps ada juga ikan masin bulu ayam. Yang halus2 panjang rupa macam kulit kayu manis dalam foto tu
         Cukuplah 7 jenis lauk untuk kami suami isteri. Kalau korang ada idea nak buat lauk pauk lain, silakan. Tetapi mesti lauk pauk yang kering ya. 
        Boleh intai cara Kjee buat lauk lain DISINI.