DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, July 29, 2023

I AM 68!!



         Alhamdulillah syukur. Dalam keadaan kesihatan yang tidak beberapa elok sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, dapat juga Kjee sampai ke usia ini. 
         TERIMA KASIH ALLAH. 


Friday, July 28, 2023

GULAI CARA PAHANG



         Sudah hampir 23 tahun Kjee jadi isteri orang Kedah. Tetapi sedihnya sampai ke hari ini, Kjee tak reti masak Gulai Utara. Arwah mak UP buat BEST IN THE WORLD. Jadi, susah lah Kjee nak challenge kan! 😅
         Mujur Kjee reti buat Gulai Pahang. Walaupun orang Kedah namun UnclePali lahir dan dibesarkan di Pahang. Anak peneroka Felda. So apabila Kjee masak Gulai Ayam Pahang, dia seakan-akan lupa pasal Gulai Utara. 😬

         Lauk ini kejadian awal minggu ini. Tak sempat nak kongsi sini sebab sejak dua tiga hari lepas, kurang sihat dan sibuk sangat. 
         Baki kuah ada UnclePali bekukan dalam freezer. Nanti Kjee buat lempeng kelapa untuk sarapan dan cicah gulai Pahang. 
         Cara Kjee buat, sila klik SINI. 







Tuesday, July 25, 2023

SUDAH 17 TAHUN


         Masih ada ke yang ingat Hani Mohsin? Anak2 sekarang mungkin tidak kenal, sebab masa dia pergi, korang belum lagi lahir.
         Apapun, doa untuk Mohsin tidak pernah Kjee lupakan. Kalau lalu di jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam di perkarangan Mesjid Al Rhidwan, Hulu Kelang, pasti ku hadiahkan bacaan surah Al Fatihah.
         Moga Roh mu tenang disana adikku. Al Fatihah. 
         Kalau sudi bacalah di link SINI.  Setiap kali membaca, airmata Kjee akan berlinangan... 

Monday, July 24, 2023

PAU KACANG MERAH GORENG


         Akhirnya setelah berkali-kali kecewa kerana penjual Pau Kacang Merah di Desa Setapak tu kejap jual kejap tak, akhirnya terlaksana kuih ini. Airtangan mokcik tau. Hehehe. 
         Jangan ketawa tengok kejadian yang kurang sempurna. First time buat! Dua tiga kali lagi, Insya Allah elok. Tetapi yang duk sengih2 tengok kejadian ni, ko ada?!!
         Unclepali macam tak konfiden tengok mokcik buat sensorang. Tak berani tegur sebab Kjee kata, kalau tak jadi, humban jer dalam tong sampah.


         Tetapi lega apabila UnclePali makan dan tunjuk two thumbs! "Sukses! Congrats!" Kelakar umur dah masuk 68 tahun Sabtu ini, baru berani buat. 
          Kjee ikut sebiji resipi blog Vanila Kismis. Klik SINI.  Terima kasih empunya resipi. Siap bagitahu kalau nak simpan frozen, goreng suku masak dulu seperti foto bawah. Bila nak makan digoreng semula. Orite! 


         Senang tau kalau boleh dibekukan. Tadi Kjee goreng 3 biji dulu. 6 biji lagi dibekukan. Maklumlah penghuni rumah tak ramai. Kalau nak buat minum petang, buat ler pagi2. 
         Foto bawah inti kacang merah yang buat sendiri. Pelik kacang warna merah gelap, jadinya inti warna ungu. Kalau malas buat sendiri beli jer yang siap. 



         Foto atas ini masa dia tengah debab. Tunggu 45 minit untuk dia debab baru dipenyek-penyek sikit dan goreng. Minyak mesti dah panas tetapi api perlahan. 

Sunday, July 23, 2023

SALTED EGG PRAWNS

         Elok dah plan nak buat Udang Telor Asin atau Salted Egg Prawns hari ni, tetiba pagi ini UnclePali kena gout. So kena tangguh pembikinannya. 
        Seorang fren di FB message kenapa resipi Salted Egg Prawns tiada dalam blog, rupa2nya Kjee silap. Dalam blog entri itu judulnya Udang Telor Asin. 🙏
         Kjee jamin kalau letak sepinggan lauk ini, licin sekelip mata. Kalau tak caya, cer terai buat. 
         Untuk resipi, klik SINI. 





Monday, July 17, 2023

NASI LEMAK IN DA HOUSE


         Oleh kerana Rendang Kacang Nismilan yang Kjee masak semalam ada berbaki, Kjee pun buatlah Nasi Lemak pagi ini. Itu pun setelah UnclePali kata, lauk itu sedap makan dengan Nasi Lemak.
         Memang dah lama Kjee tak masak Nasi Lemak. Kjee jarang2 makan Nasi Lemak untuk breakfast. UP pula suka nasi lemak bungkus daun pisang. Sekarang ada yang jual rm2-2.30 sebungkus. 
         Dulu masa niaga di Foodcourt Anjung Melawati kami jual rm1.20 jer. UnclePali yang bungkus. Kjee memang 'keras tangan'. 😁


         Anyway, sejak niaga dulu Kjee hanya buat Nasi Lemak stail arwah Mak iaitu separuh tanah, separuh kukus. Maknanya tanak atas dapur sehingga hampir2 kering lepas itu kukus. Memang leceh. Elok campak aje dalam rice cooker, kata ramai orang. Tetapi itu bukan cara Kjee. 
         Hati ini Kjee buat stail OnJoho. Letak sebiji hirisan bawang merah dan sedikit halba. Satu pot beras Kjee letak 1 pot santan pekat dan 1 pot air. Garam mesti secukup rasa. Barulah naik lemak. Orang sekarang niaga, nama aje nasi lemak tetapi pada Kjee ala2 nasi biasa. 🤭🤔


       Nak tahu cara Kjee masak Nasi Lemak, sila klik SINI. 


         Alamak masa nak makan tadi baru perasan lupa nak rebus telor. UnclePali terus bangun dan goreng telor. 😁



Sunday, July 16, 2023

RENDANG KACANG NISMILAN


        Kalau ke Restoran Omak Den di Taman Melawati, mesti mata Kjee liar cari Rendang Kacang. Dia orang letak hati dan pedal Ayam.
         Kjee pernah masak lauk ini dulu. Letak hati, pedal dan juga telor kuning ayam gostan. Tetapi Kjee masak tadi letak hati, limpa dan sedikit peparu Lembu Korban. 
          Apabila dah siap masak, Kjee garu kepala apabila foto dalam blog yang Kjee buat dulu lebih mirip masak lemak pedas kuning Nismilan. 🤔
         Untuk resipi Rendang Kacang dibawah ini, sila klik SINI. 


         So Kjee rasa Rendang Kacang yang Kjee masak tadi lebih tepat dipanggil Rendang. Seorang sahabat Kjee beritahu, dia masak letak sedikit kerisik. So I follow lah. 
         Bahan2 yang Kjee guna ialah bawang merah, bawang putih, cili padi (ikut kepedasan suka), sedikit lengkuas dan serai. Semua Kjee kisar kemudian tumis sehingga garing. 
         Dah pecah minyak, letak protein. Kjee guna yang ada iaitu hati, limpa dan peparu. Potong kecik2. Masukkan dalam kuali tadi. Masak sehingga semua protein empuk. Letak santan satu kotak. Perasakan dengan garam dan pak aji kalau guna. Then letak satu asam keping dan satu sudu makan kerisik, kalau ada. 
         Apabila hampir hendak padam api masukkan kacang panjang. Kacau2 sampai mesra. Padam api. Kjee suka kacang tu kruk krak bila makan. Lagipun apabila sudah padam api, kacang itu masih terus 'masak'.
        Itu aje. Kjee suka cara dua2  rendang itu dimasak. 


        

Thursday, July 13, 2023

KWAY TEOW GORENG PULAU PINANG


         Apabila kemalasan melanda, tak sihat sikit pun cari alasan, kononnya tak larat nak ke dapur, masak. Mujur suami kita boleh bacaaa lah. 🤭
         So tadi dia singgah Hero Market. Beli bahan-bahan untuk masak comfort food isteri dia. UnclePali kata udang murah hari ini. 
        Kjee dah ingatkan dia kalau nak beli udang, beli hanya untuk masak hari itu. Tak boleh simpan lama2. Simpan dua hari pun dah lembik. Tak tahu kenapa. 
         So masa dia bawak balik, Kjee terus bersihkan udang. Buang muncung dan belah belakang buang tali hitam.
         Unclepali masuk dapur dan suruh kita duduk jauh2. Dia nak masak. Berdesup Kjee lari.
         Inilah kejadiannya. Tidak pernah menghampakan. 
          Resipi step by step klik SINI.

Monday, July 10, 2023

LAKSA JOHOR LAGI


         Kjee last buat Laksa Johor 10 bulan lalu. Patutlah teringin banget. So walaupun tak berapa nak larat, terpaksa buat sebab tekak ni hanya boleh terima LJ airtangan sendiri.
         So lepas Subuh semalam. Kjee turun ke dapur. Bahan2 yang diperlukan dah dibeli hari sebelumnya. Dah sekerat jalan, UP masuk dapur tolong Kjee. 
         Tak berat mana pun. Tiga jam siaplah. Tetapi seperti biasa, kalau dah penat, memang tertutup selera untuk makan. Tadi baru Kjee lunch Laksa Johor. Dah simpan kuahnya overnite, memanglah lebih sedap. 
         Laksa Johor airtangan Kjee ni tak lah ori sangat. Tetapi ramai pulak onJoho yang makan, kata sedap. (Malah mereka tak tahu bahan2nya tak cukup korum.) Hehehe. Malah masih ramai yang cuba order hingga ke hari ini. Maaf Kjee dah tak buat dah untuk jualan. 
         Kalau nak tahu cara Kjee buat, klik SINI. 

Saturday, July 8, 2023

PAN FRIED BABY POTATOES


        Hehehe makan kentang lagi Kjee ni. Ya lah itu aje yang Kjee selera makan. Nasi dah tak boleh telan lagi sejak akhir2 ni. 😓
         Dah lama Kjee cari Baby Potatoes. Tetiba kelmarin singgah kat Hero Market, ternampak. Terus Kjee rembat satu peket. Tadi lupa nak amik foto. So foto bawah ini ehsan Cik Google.
         Yang Kjee beli serupalah macam dalam foto diatas tu. Dari Indonesia. Murah aje. Satu peket tak sampai rm4. Sama aje rasanya dengan yang pernah Kjee beli kat Jaya Grocers yang kononnya diimport dari Australia. Dan harganya pun berkali-kali ganda. 😬
         Kjee suka pan fry Baby Potatoes ini. Buat ratah. Ianya kenit2 maklumlah namanya baby kan. 😀

          Mula2 cuci bersih2. Tak perlu buang kulit. Kemudian Kjee rebus dalam air yang telah diletak garam. Rebus dalam 10 minit. Jangan terlalu lembik. Agak2 dalam tiga suku masak jer. Cucuk dengan garfu. Tengahnya masih agak keras. Pastu ditoskan, biar sejuk sekejap dan belah dua. 

        Kjee ketuk-ketuk 7-8 ulas bawang putih. Jangan hancur sangat. Lebih banyak pada Kjee lagi sedap. Tepikan. 
        Kemudian Kjee guna non stick pan untuk panaskan lebih kurang dua sudu besar, butter. Sebelum butter cair sepenuhnya susun kentang tadi. Cut side down. Guna api sederhana. Intai satu kalau dah garing, terbalikkan semuanya. Pastikan semua mesra dengan butter cair tadi. 


         Apabila sudah nampak garing, taburkan bawang putih dan terus dibalik-balik sehingga semua garing. Hati2 jangan sampai bawang putih hangit. 
         Taburkan sedikit cili flakes dan padam api. Rasa. Kjee juga letak Ajishio Blackpepper. Kalau tak ada boleh letak garam. Hati2 jangan berani2 letak garam sebab masa rebus awal tadi airnya dah masin. 
         Itu aje. Tadi Kjee ratah sowang2. Kenyang. Ada lagi sikit untuk dinner. Sedapnya especially dikunyah bawang putih yang garing. 
         Boleh dijadikan kudapan atau sebagai peneman steak atau ayam goreng. 
         
        

Friday, July 7, 2023

BERGEDIL 2.0


         Korang tahu tak apa makan favorite Kjee kalau sarapan di luar? Hmmm kalau restoran mamak, Kjee mesti order Vadey. Dah kalau ke warung Melayu yang jual Nasi Lemak, Kjee mesti nak Bergedil sekali.
        Entah kenapalah sejak akhir2 ini suka sangat Bergedil. Tetapi yang jual biasanya Bergedil kosong. Tak letak apa2 protein tapi ada yang caj sebiji kecik sampai Rm1.50. Mungkin nak pergi Umrah balik hari. 😬🤭
        So tadi Kjee buatlah. Apabila kita reti buat, kita tahulah modal sebiji Bergedil tu tak berapa sen jer. Kalau tak letak ayam atau daging dalam 20 sen jer. So kenapalah jual mahal sangat. Hepppp. 
        Bawah ini cara Kjee buat. Letak foto jer. Resipi penuh SINI.






         Kentang dipotong wedges, goreng sampai masak, tumbuk sampai halus, campur bawang dadu dan ayam (Kjee rebus) diricik, letak telor sebiji  yang telah dipukul (campur garam). Pastu bulat2kan, tekan bagi leper sikit. 
          Panaskan minyak dalam kuali. Pukul telor sebiji, celup Bergedil dan goreng guna api sederhana sampai cantik warnanya. Toskan dan ngaplah. 
          Tadi buat 6 biji kentang. Nanti nak bekukan dan bila nak makan, dicelup telor dan goreng. 
          Yang bestnya UnclePali tak minat makan so I eat sowang2 lah. 😬😁







Thursday, July 6, 2023

SAMBAL GORENG FUCUK 2.0


         Tak tau kenapa lama bebenor Kjee tak masak Sambal Goreng Fucuk ni. Mungkin kerana jarang ada stok fucuk dalam pantri. Maklumlah kebiasaannya kalau nak masak baru dibeli. 
         Kelmarin pesan UP beli. Nak jenis batang bukan keping. Jenis ini lebih kenyal. Harga pun boleh tahan. 
         Kjee rendam beberapa batang malam tadi sebelum tidur. Fucuk jenis batang lambat lembut. Rendam air sejuk aje.

         Mujurlah buat camtu sebab lepas sarapan tadi, UnclePali ke Klinik Gigi AU2 Keramat. Ingatkan dia hantar kita balik dulu. Kjee menunggu hampir dua jam dalam kereta. 
         Balik aje tadi terus buat persiapan. Dan Alhamdulillah inilah kejadiannya. Kalau nak resipi penuh, klik SINI. 
         Buat sikit aje arini. UnclePali tak berkenan sangat lauk Jawa ni. So, mokcik ratah sorang2 nanti. Oh ya masa nak makan baru tabur bilis goreng garing. Supaya kruk krak masa nak makan. 





Wednesday, July 5, 2023

SOHUN GORENG


         Dah selalu terfikir nak buat tetapi asyik tangguh. Pagi ini dah siap2 set dalam minda nak masak Sohun Goreng atau Fried Glass Noodles. 
         Ada satu resipi yang Kjee nampak.  Mudah aje buat. Cuma gantikan Mi atau Bihun dengan Sohun. Alaaa buat aje lah resipi yang korang ada. 


         First thing first. Kena rendam Sohun seketika. Mula2 Kjee rendam dalam air sejuk selama 10 minit. Lepas tu siapkan perencahnya. Bawang besar yang kecik satu labu, tiga ulas bawang putih dan tiga biji cili padi. 
         Kjee guna udang. Boleh letak apa2 protein yang ada. Ayam ke sotong ke, hantam sahajalah labu. Sayurnya Kjee potong2 satu tangkai sawi dan hiris sedikit kobis. 
         Dah siap semua, Kjee  buang sikit air rendaman sohun. Curahkan satu mug air panas. Biarkan dalam masa 7 minit atau sampai lembut. Terus toskan. Jangan terlalu lembik. Kalau sohun panas sangat ia akan cepat lembik, jadi lalukan bawah air paip. Toskan. 
          Kemudian letak lebih kurang dua sudu kicap pekat atau kicap karamel dalam mangkuk bersama Sohun tadi. Gaul sampai mesra. 


         Kemudian tetus tumis semua bahan hirisan sampai layu. Masukkan sayur dan udang. Kjee letak 1 kiub ayam dan satu sudu sos tiram. Kacau2 dan tuangkan sohun tadi ke dalam kuali. 
          Balik2kan sampai mesra dengan semua bahan. Padam api. Itu aje. 
          Menarik juga. Boleh buat lain kali. Selama ini asyik goreng bihun aje kan! Kjee makan untuk lunch tadi. 



Tuesday, July 4, 2023

STEW DAGING KORBAN


         Alhamdulillah apabila Faizah Shahbudin beri daging Korban hari itu, lama juga fikir nak masak apa. Kemudian apabila tengok Kjee tak sihat, UnclePali simpan dalam freezer. Tiga hari lamanya Kjee terbaring aje. 
         Tetapi dalam tak sihat, melayan TV dan nampak entah mana pun chef Omputih masak stew daging. Terus fikir kena juga buat guna daging Korban.
         Biasanya kalau buat stew, Kjee rebus dulu daging dalam Pressure Cooker. Tetapi hari ini Kjee rendidih perlahan atas dapur. Lebih kurang dua jam. 


         Inilah hasilnya yang dicicah dengan Garlic Bread. UnclePali yang uruskan Garlic Bread. Kjee seperti biasa, dah tak larat nak buat kerja lain.
         Foto bawah masa tengah rendidih. Dan bawahnya apabila kuahnya dah pekat. 
         Hari ini makan dengan Garlic Bread aje. Kalau rajin, buat ler mash potato. Sedap tau. 




Resipi lengkap DISINI